Wednesday, August 31, 2011

Hari kemenangan

SELEPAS sebulan berpuasa dalam suasana Ramadan yang penuh barakah, hampir seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri, semalam.
Kecuali di beberapa negara, termasuk Indonesia yang menyambutnya secara rasmi hari ini kerana alasan tertentu, umat Islam di negara lain meraikannya semalam, termasuk di Arab Saudi, Mesir, Russia dan juga Amerika Syarikat.

Aidilfitri adalah perayaan kerana pencapaian besar yang disambut secara meriah dan besar-besaran, tidak kira peringkat umur.
Namun perlu diingat, para sahabat Rasulullah (SAW) dulu menangis setiap kali Ramadan memasuki penghujungnya. Mereka bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadan akan datang.

Sikap yang ditunjukkan para sahabat dengan kita sekarang ini jauh berbeza. Kita seolah-olah gembira kerana Ramadan yang dianggap mengekang kebebasan sudah berakhir. Sebenarnya tidak salah untuk merayakan Aidilfitri sebagai hari kemenangan tetapi ia mesti dalam erti kemenangan kita setelah selama sebulan berpuasa.

Di hari berbahagia ini kita boleh saja menyambut hari raya bersama keluarga, sanak saudara dan tetangga asal ia berada dalam batas syariah.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment