Saturday, October 1, 2011

Gubal standard pengurusan Islam – PM




Satu standard pengurusan Islam perlu digubal untuk menjadi penanda aras dalam amalan dan perkhidmatan Islam di kalangan pentadbir hal ehwal Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu amat penting dalam meningkatkan fungsi pegawai hal ehwal Islam sebagai pentadbir, pengurus, pakar rujuk dan penasihat dalam bidang keagamaan.

“Kerajaan amat komited dalam pembangunan Islam sejak merdeka sehingga kini dan sentiasa melihat struktur pentadbiran agama perlu diperkasa sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya ketika merasmikan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Najib berkata, penjawat awam dalam bidang jabatan agama dan guru-guru agama seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab serta amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Katanya, perkara itu perlu agar jabatan agama dan institusi yang berkaitan terus cemerlang dalam perkhidmatan kepada rakyat.


sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

No comments:

Post a Comment