Saturday, September 10, 2011

IMPLIKASI KENAIKAN CUKAI PREPAID SEBANYAK 6%


Semalam rakyat Malaysia telah digemparkan dengan isu kenaikan cukai prepaid sebagai 6%.. aku pon turut digemparkan oleh si dia yang telah menghantar mesej kepada aku dalam keadaan yang cukup emo berikutan hal ini.. hehe..

Perkara mula menjadi isu daripada pihak perkhidmatan telefon selular apabila mereka kelihatan cukup jeles dengan Astro kerana kerajaan telah membenarkan pihak Astro untuk mengenakan cukai kerajaan sebanyak 6% dalam yuran langganan bulanan mereka..

Pihak perkhidmatan telefon selular telah merasakan bahawa perkara ini adalah satu perkara yang tidak adil bagi mereka.. kalau Astro dapat, aku pon nak jugak.. baru la fair and square..

Dirasakan akan terdapat banyak implikasi yang bakal muncul berikutan pengenaan cukai kerajaan sebanyak 6% ni..

Antaranya :


1- Orang ramai akan mula mengurangkan sikap " keep the change ''.. 

Jika sebelum ni, golongan- golongan yang memang berada dan pemurah akan mengamalkan sikap ini setiap kali membeli barangan di kedai mahupun minum di kedai- kedai mamak.. tetapi situasi ini bakal berkurang sedikit demi sedikit kerana mereka pon amat memerlukan baki wang tersebut bagi membayar cukai kerajaan sebanyak 6% tu..

2- Banyak urusan penting tergendala..

Apabila berlaku kenaikan cukai kerajaan sebanyak 6% ni.. dikhuatiri lebih banyak urusan- urusan penting yang akan mula tergendala.. sebagai contoh, lebih banyak jumlah panggilan yang akan dikurangkan kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu membayar atau protes terhadap cukai yang dikenakan ini.. akibat daripada protes inilah, mereka telah tidak men topap kredit mereka dan apabila mereka mahu melakukan sesuatu panggilan, barulah mereka perasan yang telefon mereka telah kehabisan kredit..

3- Aktiviti ngorat- mengorat berkurangan..

Aktiviti ngorat- mengorat memang popular dalam kalangan muda- mudi khususnya remaja.. di zaman teknologi serba canggih ni, kebanyakan aktiviti ngorat- mengorat dilakukan melalui  telefon bimbit.. apabila menggunakan telefon bimbit, sudah tentulah akan menggunakan prepaid.. jadi, apabila berlaku kenaikan harga prepaid di pasaran.. golongan remaja yang belum bekerja ni sudah tentu akan mengurangkan aktiviti ngorat- mengorat tersebut kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos yang berlaku..

4- Pasangan kekasih lebih setia..

Ini mungkin adalah kebaikan yang berlaku apabila cukai prepaid sebanyak 6% dikenakan.. pasangan kekasih tidak akan lagi berlaku curang.. jika sebelum ini, mereka khusus nya si lelaki, mampu pasang awek sehingga lima.. tetapi selepas berlaku kenaikan ini, mereka tidak lagi akan berbuat begitu kerana kos yang perlu ditanggung adalah tinggi.. jadi mereka akan lebih fokus kepada seorang awek sahaja selepas ini bagi mengelakkan mereka daripada menampung kos yang tinggi..

5- Telefon rumah mula aktif diguna pakai..

Jika sebelum ini, telefon rumah hanya dipandang sinis dan dibiarkan berhabuk di penjuru rumah.. situasi ini bakal berubah sama sekali.. bagi mengelakkan daripada menanggung cukai prepaid, orang ramai akan mula berebut- rebut untuk menggunakan telefon rumah untuk berhubung kerana caj yang dikenakan adalah lebih murah malahan ada yang tidak dikenakan apa- apa caj jika turut menelefon ke talian tetap..

No comments:

Post a Comment