Monday, December 26, 2011
(Gambar) Menakjubkan Letusan Gunung Berapi di Iceland dari Jarak Dekat
Sebahagian besar orang tentu lebih memilih menjauhkandiri ketika terancam oleh letusan gunung berapi yang menghasilkan lava panas hingga 1,000 C. Namun tidak bagi Skarphedinn Thrainsson, seorang jurugambar berani yang berani mencabar maut demi memperoleh foto-foto yang memang menakjubkan.
“Itu adalah pengalaman yang paling menakjubkan dalam hidup saya” ujar Skarphedinn.
“Anda merasa begitu kecil dan tak berdaya di depan gunung gunung berapi. Dan kembali suka fotografi landscape yang normal setelah mengalami hal tersebut, rasanya membosankan”
Skarphedinn, yang berasal dari Reykjavik, Iceland, mengambil gambar-gambar indahnya pada saat letusan gunung Fimmvorduhals dan Eyjafjallajokull, yang sempat menimbulkan kehebohan di Eropah kira-kira 2 tahun lalu.
Gunung berapi di Fimmvorduhals merupakan gunung yang cenderung lebih friendly.Namun, Eyjafjallajokull waktu itu letusannya mengerikan, yang abunya sempat mematikanindustri penerbangan di Eropah.
“Sangatlah merbahaya di sekitar kawasan Eyjafjallajokull, Iceland, masa saya mengambilsebahagian besar foto tahun lalu, kerana petir menyambar-nyambar di balik abu pekat”
“Petir sempat menyambar di berhampiran spot saya berdiri malam itu. Dua orang meninggal secara tragis kerana tersesat malam itu setelah melakukan pemerhatian di sana.” tambahnya.
Skarphedinn kini terobsesi untuk mengabadikan momen-momen luar biasa, dan target selanjutnya adalah Hawaii dan lokasi menakjubkan lain. Namun ia menyatakan bersedia untuk mengambil gambar jika suatu masa gunung di Iceland kembali meletus.
::P/S: Mujurlah Malaysia tak berada dalam lingkaran gunung berapi jika berada dalam lingkarannya sudah tentu musnah bandar di situ..Tetapi lihatlah betapa besarnya ciptaan Tuhan walaupun merbahaya ianya akan memperoleh banyak manfaat dari gunung tersebut.
::Sumber:Apa Kabar Dunia
Kredit : Ohduniaku Menakjubkan Letusan Gunung Berapi di Iceland dari Jarak Dekat | Ohduniaku http://ohduniaku.com/letusan-gunung-berapi#ixzz1hd1DOF00
(Gambar) Duit Kertas Baru..Menakjubkan..
Sungguh tak disangka pada penghujung tahun 2011 ini telah ada satu transformasi baru yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia(BNM).. Pada tahun ini juga BNM telah melancarkan duit syiling baru tetapi tidak dilancarkan lagi..Duit kertas baru yang bakal menggantikan duit kertas lama sudah dilancarkan pada 21 disember 2011 dan akan mula diedarkan di bank-bank pada bulan julai 2012..Duit kertas ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.
Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.
Ciri-Ciri Duit Kertas Baru
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia. Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.
Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional
Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.
Wang Kertas RM10 – Flora
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut
Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Wang Kertas RM50 - Pertanian dan Teknologi
Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.
Bagi Mereka Yang Minat Mengumpul Wang
Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.
::P/S: Wah sungguh lawa duit kertas ini..Harap-harap kertas yang di gunakan ini berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak seperti duit RM5 yang seperti plastik..Sudah koyak tidak laku untuk digunakan..Dengan keluarnya duit-duit baru ini sudah pastinya duit-duit lama menjadi sejarah dan amat tinggi harganya pada masa akan datang..
Kredit : Ohduniaku Duit Kertas Baru..Menakjubkan.. | Ohduniaku http://ohduniaku.com/duit-kertas-baru#ixzz1hd0L6Ds7
Duit Syiling Baru
Sedar tak sedar reka bentuk duit syiling yang kita gunakan ketika ini telah berusia 20 tahun, Bank Negara Malaysia telah pun mengeluarkan reka bentuk terbaru duit syiling bagi siri ke-3, reka bentuk baru yang didatangkan untuk syiling dengan nilai 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen lebih ringan dan bertemakan Keunikan Malaysia, Duit syiling ini akan digunakan pada tahun 2012.
Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.
Spesifikasi Teknikal
50 senSulur KacangMotif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
20 senBunga MelurBunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
10 senMotif Orang AsliOrang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
5 senDestar SigaKain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.
Credit To Bom321
Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
Sumber : http://arshad-terunadara.blogspot.com/2011/12/sebab-allah-temukan-kita-dengan-orang.html
Sunday, December 25, 2011
Saintis Temui Dua Planet Bersaiz Bumi
NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang berada di orbit bintang di luar sistem solar.
Penemuan itu memberi petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.
Saintis Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian, Francois Fressin berkata, penemuan itu membuktikan planet seperti itu wujud dan boleh dikesan.
Menurut beliau, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh didiami manusia dan mahluk bernyawa lain.
Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature pada Selasa.
Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.
Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi. "Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.
Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.
Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.
Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.
Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.
Sumber : http://mstar.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)