Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha. Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.
Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati
Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.
Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar - dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.
Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian sebelum Candiru dapat dibuang .
Sumber : http://beritabest.blogspot.com
Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts
Saturday, April 13, 2013
Sunday, September 11, 2011
Keseksian Seluar Slack dan Baju Muslimah!
Bagi pembaca muslimah, di bawah ni ada ulasan daripada blog http://www.norfanil.com berkenaan baju muslimah...
Wallahualam..
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera semua…
Ha.. entry controversi… Ok.. sebelum start aku nak cakap.. entry ni takde mengaibkan sesiap pon.. hanya pemerhatian dari aku sendiri…
Seluar slack? Seluar yang orang selalu buat pergi kerja.. atau di pakai semasa tujuan formal.. biasa perempuan alim suka pakai seluar slack dan kurang pakai seluar jeans..tapi ada jugak lain.. Aku nak cakap seluar slack ni seksi.. kenapa?
Seluar slack ni nipis.. aku nak suh korunk perhatikan, tapi tak elok la pulakkan..so aku cerita apa yang aku perhatikan.. Selama ni aku perhati, perempuan yang pakai seluar slack kebiasaan nya akan menampakkan dieorg punya seluar dalam.. kenapa?? sebab seluar slack itu nipis dan lembut.. memang lumrah la kan, nama pun seluar slack.. gitu la dia.. tapi berapa ramai yang perasan akan benda ni??
Aku cerita pasal ni sebab aku tahu ada sesetengah lelaki prihatin.. yang sudi menegur perempuan, nak nak yang tak tahu.. akibat nya kita jugak malu..sebab tak amik tahu.. kengkawan sesama perempuan pulak tak tegur.. hairan..Sebab tuh aku kalau boleh elakkan pakai seluar slack.. kalau nak formal pon pakai baju kurung.. ..
Bab baju muslimah pulak.. mak aku sendiri suruh aku jadi macam kakak aku.. pakai baju muslimah.. yang labuh tuh..tapi aku tak pakai.. kenapa?? Satu, sebab aku ni berisi sikit.. so kalau pakai, di bahagian punggung kain baju tuh akan tertarik..so bila berjalan pergerakan punggung tuh nampak sangat.. ini apa yang aku perhatikan kat perempuan yang pakai baju muslimah labuh..
Tapi kalau orang yang kurus takde masalah.. tapi yang gempal ni bermasalah..dengan slack yang nipis, tak de guna gak kalau pakai baju muslimah..memang elok pakai baju muslimah, tapi kalau nak pakai pakai la baju yang besar dari biasa.. kalau nak pakai jugak cari la yang ada belah tepi..tak de la nampak pergerakan punggung dari kain baju yang tertarik.. ok..!
Ini adalah observation dari mata aku sendiri.. biasa la.. memang aku suka observe atas orang.. mana yang buruk jadikan sempadan..
Wallahualam..
Tuesday, September 6, 2011
Nabi Muhammad Gemar Beri Hadiah Kepada Isteri
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.
Baginda Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang.
Sabda Nabi SAW:
“Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang.” (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448)
Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.
Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.
Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan “pekena” seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.
Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Nabi S.A.W merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda S.A.W juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.
Kemurahan hati Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita,
“Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, “Sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-Najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu.” Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah S.A.W; “Jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu.” (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah S.A.W menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi S.A.W.
Ubat Untuk Krisis Rumah Tangga
Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.
Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.
Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.
Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad S.A.W.
- Artikel iluvislam.com
Cara Puasa 6 Di Bulan Syawal
KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL
Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.
Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”
Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.
Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.
Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.
Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.
Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.
Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.
Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.
Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Sumber link : http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2627
Nota: Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal :
“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Sumber : http://www.kyrul.com/cara-puasa-6-di-bulan-syawal/
Treatment of Waste water
Saint-Petersburg central aeration station located near the Gulf of Finland takes in sewage wastes that come from the central part of the city. Let’s see how they process the water before it enters the Gulf.
The station is located on an artificial island Beliy (White Island). The island was created in 1966 when the area was increased from 16 to 55 hectares. The station was put into operation in 1978 whereas the second line of purification plants was launched in 1985. This aeration station processes up to 1.5 million cubic meters of wastes a day. Through 2 other largest city’s wastewater treatment plants – the Northern aeration station and the Southwest wastewater treatment plant- more than 800 million m3 of sewage is discharged annually, which makes two thirds of all waste waters in St. Petersburg.
First and foremost, wastes are accepted by the main pump station.
After that the wastes go 55 meters high and undergo mechanical and biological cleaning.
Mechanical cleaning is the first stage. Water is freed from garbage that wasn’t found by traps on the main pump station.
Here trap holes are decreased up to 6 mm. Mobile phones, ornamental and bodies of kittens and pups are found at this stage.
At the next stage water is separated from the sand which is later taken to a special polygon.
Water undergoes two types of cleaning including mechanical and biological ones. Streams are distributed over primary drain boxes.
This pump station deals with crude residue.
The station is equipped with 12 aerotanks with corridors that are 200 meters long and intended for biological cleaning. The aerotanks are used to carry out the process of wastes biological oxidation with the help of forced air and active mud microorganisms.
The station also contains 12 primary and secondary traps for mechanical cleaning.
Spill of an aerotank which is a mixture of active mud and purified waste water that goes to secondary traps.
This aerotank is used for air supply.
Last stage of cleaning.
Secondary trap.
The yellow appliance is called a mechanical rake. It absorbs separated mud.
This is where purified water from the station goes.
Mud left in the process of cleaning is burnt at the plant built in 1997.
First the residue is dried with the help of Flottweg centrifuges and then goes to furnaces where it is burnt.
The Stop button.
Residue is burnt in the furnaces.
The ash will be taken to a special polygon.
But before that it will be put in closed containers.
Location: Saint-Petersburg
Wednesday, August 31, 2011
Puasa proses jadi baik
Situasi itu sama seperti dalam dunia pekerjaan di mana Indeks Prestasi Utama (KPI) pekerja dinilai berdasarkan prestasi serta mutu kerja yang dilaksanakan.
Sama halnya juga penghayatan Ramadan kerana ia adalah latihan untuk mempelajari serta mengendalikan diri menjadi insan bertakwa.
Sekiranya kita melepasi ujian dan cabaran dengan cemerlang bermakna kita pasti dapat ‘bertempur’ melawan nafsu sepanjang tahun selepas Ramadan.
Mengekalkan konsisten selepas Ramadan itulah menjadi matlamat utama dan ia adalah proses manusia kembali semula kepada fitrahnya.
Sifat takwa memerlukan seseorang itu berbuat baik kepada dirinya sendiri, orang lain, alam sekitar dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t.
Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti orang-orang yang terdahulu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah ayat 183)
Maka puasa terbaik dan bermanfaat adalah puasa yang mempengaruhi empat perkara dinyatakan di atas. Tarbiah Ramadan yang mencapai matlamatnya pasti melahirkan manusia berhati mulia, emosinya terkawal, menjaga adab sopan serta memiliki tubuh badan yang sihat.
Insan bertakwa juga menjadikan seorang itu cukup produktif dan mereka tidak menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri mahupun orang di sekelilingnya.
Semakin tinggi nilai takwanya semakin banyak manfaat yang diberikannya, malah mereka mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
Allah s.w.t memberi balasan dengan rezeki yang tidak diduga, membuka jalan penyelesaian baginya, mempermudahkan segala urusannya serta mengampunkan dosa-dosanya.
Pada bulan Ramadan ganjaran pahala yang Allah s.w.t tawarkan amat berbeza, malah tidak mungkin ditemui pada bulan-bulan lain. Sebab itu, setiap kali tiba akhir Ramadan sahabat nabi berasa terlalu sedih.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran ayat 133)
Ayat berkenaan mengandungi kata ‘mudah-mudahan’ yang maksudnya tidak semua orang yang berpuasa itu menjadi bertakwa kerana ada kala�ngan kita yang dapat berpuasa selama sebulan, tetapi tidak mencapai tingkatan orang bertakwa.
Tidak ada proses pendidikan atau latihan yang menjamin dapat mengubah kualiti peribadi manusia hanya dalam masa sebulan. Jadi kenapa Ramadan mampu menghasilkan perubahan sehebat itu?
Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata Allah s.w.t pasti memberi ganjaran ke atas kebaikan yang dilakukan hamba-Nya walaupun ia sebesar atom atau zarah.
“Jika tidak mampu menyempurnakan ibadah sunat khusus seperti solat Tarawih, tadarus al-Quran dan zikir, bukanlah perkara yang perlu dibimbang�kan kerana ia boleh diusahakan perlahan-lahan pada masa akan datang.
“Taqarrub atau mendekat�kan diri kepada Allah s.w.t bukan hanya dilakukan melalui pelaksanaan ibadah sunat semata-mata, tetapi dengan cara meninggalkan segala maksiat yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Ia adalah satu bentuk taqarrub yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah,” katanya.
Beliau berkata, cara terbaik melaksanakan amalan beriktikaf dalam konteks kehidupan sekarang memerlukan persediaan mental serta fizikal.
“Hidupkan malam dengan amalan Qiamullail yang dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t selain solat sunat dan bacaan al-Quran, anda boleh mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca buku-buku agama atau muzakarah yang dapat meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.
“Jika amalan itu masih tidak dapat menjadikan kita insan yang lebih baik, dibimbangi ia sekadar satu ritual rutin setiap Ramadan,” katanya.
Rahimi berkata, ibadah puasa perlu dilihat sebagai satu proses dan bukannya satu output.
“Jangan menganggap orang berpuasa itu menjadi baik, tetapi ia sebenarnya proses menjadi baik dan bertakwa.
“Kita perlu berusaha mening�katkan ilmu serta kefahaman yang bukan tertumpu kepada aspek prosedural atau mekanikal (cara pelaksanaan) semata-mata, tetapi menjangkaui aspek hikmah dan penghayatannya berpandukan penjelasan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.
Beliau berkata peluang mencari rahmat dan keredaan Allah s.w.t sentiasa terbuka sepanjang tahun selagi belum berlaku kiamat.
“Namun, ruang itu diperluaskan serta dipermudahkan Allah pada bulan yang mulia ini. Berdasarkan hadis nabi yang sahih, baginda menjelaskan bahawa pintu syurga dibuka seluas-luasnya, manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya di sepanjang Ramadan ini.
“Makna hadis ini boleh difahami secara fizikal dan juga secara simbolik. Selagi mana pintu sesuatu tempat itu dibuka, maka selagi itulah kita boleh melewati atau memasukinya tanpa halangan.
“Oleh itu, sesiapa saja yang mendekatinya pasti mampu memperolehnya. Ikhlas akan melahirkan kesungguhan dalam melaksanakannya serta mencapai apa yang diharapkan.
“Oleh itu, peluang ini sentiasa terbuka buat kita semua walaupun Ramadan tahun ini hanya berbaki tiga hari saja lagi,” katanya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
Hari kemenangan
SELEPAS sebulan berpuasa dalam suasana Ramadan yang penuh barakah, hampir seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri, semalam.
Kecuali di beberapa negara, termasuk Indonesia yang menyambutnya secara rasmi hari ini kerana alasan tertentu, umat Islam di negara lain meraikannya semalam, termasuk di Arab Saudi, Mesir, Russia dan juga Amerika Syarikat.
Aidilfitri adalah perayaan kerana pencapaian besar yang disambut secara meriah dan besar-besaran, tidak kira peringkat umur.
Namun perlu diingat, para sahabat Rasulullah (SAW) dulu menangis setiap kali Ramadan memasuki penghujungnya. Mereka bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadan akan datang.
Sikap yang ditunjukkan para sahabat dengan kita sekarang ini jauh berbeza. Kita seolah-olah gembira kerana Ramadan yang dianggap mengekang kebebasan sudah berakhir. Sebenarnya tidak salah untuk merayakan Aidilfitri sebagai hari kemenangan tetapi ia mesti dalam erti kemenangan kita setelah selama sebulan berpuasa.
Di hari berbahagia ini kita boleh saja menyambut hari raya bersama keluarga, sanak saudara dan tetangga asal ia berada dalam batas syariah.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
Kecuali di beberapa negara, termasuk Indonesia yang menyambutnya secara rasmi hari ini kerana alasan tertentu, umat Islam di negara lain meraikannya semalam, termasuk di Arab Saudi, Mesir, Russia dan juga Amerika Syarikat.
Aidilfitri adalah perayaan kerana pencapaian besar yang disambut secara meriah dan besar-besaran, tidak kira peringkat umur.
Namun perlu diingat, para sahabat Rasulullah (SAW) dulu menangis setiap kali Ramadan memasuki penghujungnya. Mereka bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadan akan datang.
Sikap yang ditunjukkan para sahabat dengan kita sekarang ini jauh berbeza. Kita seolah-olah gembira kerana Ramadan yang dianggap mengekang kebebasan sudah berakhir. Sebenarnya tidak salah untuk merayakan Aidilfitri sebagai hari kemenangan tetapi ia mesti dalam erti kemenangan kita setelah selama sebulan berpuasa.
Di hari berbahagia ini kita boleh saja menyambut hari raya bersama keluarga, sanak saudara dan tetangga asal ia berada dalam batas syariah.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
Ibu curi untuk anak
KAJANG: Hanya kerana mahukan anaknya memakai baju baru, seorang wanita mencuri beberapa pakaian dan barangan permainan bernilai RM597 di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan ternampak kelibat seorang pelanggan dalam keadaan mencurigakan di bahagian pakaian kanak-kanak.
Menurutnya, pengawal terbabit mengekori suspek yang masuk ke bilik persalinan bersama beberapa pakaian, tetapi suspek tidak mengetahui perlakuannya diperhatikan.
Katanya, tidak lama kemudian, suspek keluar, tetapi pakaian yang dibawa ke dalam bilik berkenaan tiada bersamanya.
“Mengesyaki suspek mencuri pakaian, pengawal berkenaan mengekori suspek hingga ke tempat letak kereta sebelum menahannya.
“Pengawal berkenaan mendapati beberapa baju dan seluar kanak-kanak serta mainan disembunyikan dalam beg suspek,” katanya.
Katanya, suspek dibawa ke pejabat pengurusan pusat beli-belah berkenaan untuk diambil keterangan sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis sudah mengambil keterangan suspek yang mengaku mencuri pakaian berkenaan.
“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan ternampak kelibat seorang pelanggan dalam keadaan mencurigakan di bahagian pakaian kanak-kanak.
Menurutnya, pengawal terbabit mengekori suspek yang masuk ke bilik persalinan bersama beberapa pakaian, tetapi suspek tidak mengetahui perlakuannya diperhatikan.
Katanya, tidak lama kemudian, suspek keluar, tetapi pakaian yang dibawa ke dalam bilik berkenaan tiada bersamanya.
“Mengesyaki suspek mencuri pakaian, pengawal berkenaan mengekori suspek hingga ke tempat letak kereta sebelum menahannya.
“Pengawal berkenaan mendapati beberapa baju dan seluar kanak-kanak serta mainan disembunyikan dalam beg suspek,” katanya.
Katanya, suspek dibawa ke pejabat pengurusan pusat beli-belah berkenaan untuk diambil keterangan sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis sudah mengambil keterangan suspek yang mengaku mencuri pakaian berkenaan.
“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
Sunday, March 20, 2011
Dengkur
APABILA membincangkan topik berdengkur, terlintas di fikiran ia adalah isu lelaki, tetapi tahukah anda ramai juga wanita ada masalah ini, cuma malu hendak mengakuinya. Kajian menunjukkan 60 peratus masalah berdengkur berlaku pada lelaki dan 40 peratus lagi membabitkan wanita.
Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.
Yang membimbangkan ialah, ia meningkatkan risiko untuk golongan yang ada masalah tidur berdengkur terbabit dalam kemalangan jalan raya akibat terlelap ketika memandu.
Bagaimana berdengkur boleh menyebabkan seseorang itu kurang tidur kerana pada anggapan umum, dengkuran menjadi tanda tidur yang nyenyak? Sebenarnya, dengkuran boleh membuatkan kita kerap terjaga daripada tidur dan biasanya kita mengambil sedikit masa untuk kembali lena. Apabila tidur kerap terganggu, kita berasa letih dan mengantuk keesokan harinya.
Secara purata, kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup dengan tidur. Tidur bukan perkara sia-sia kerana ia adalah waktu untuk badan berehat, meningkatkan keupayaan mental, ingatan dan fungsi psikologi.
Malah, ketika tidur juga badan berpeluang menghasilkan sel baru dan memperbaiki tisu rosak. Sesetengah orang bertuah kerana mereka mudah terlena sebaik meletakkan kepala di bantal.
Tidur adalah fasa tidak sedar sementara. Bagi kebanyakan orang, waktu tidur yang cukup ialah antara tujuh hingga sembilan jam.
Bagaimanapun, tempoh tidur bukan perkara utama kerana ramai orang yang mendakwa cukup tidur masih mengantuk pada waktu siang dan segar pada waktu malam, penat, cepat marah, emosi berubah dan rasa tidak sihat.
Tanda di atas menunjukkan kita sebenarnya tidak cukup tidur. Lebih membimbangkan ialah, orang yang tidak cukup tidur lebih mudah terbabit dalam kemalangan sama ada di jalan raya atau tempat kerja.
Masalah ini juga boleh menjejaskan prestasi kerja dan dalam kes ekstrem, ia membawa kepada masalah rumah tangga dan perceraian kerana emosi tidak stabil.
Adakah dengkur masalah biasa? Ya, di kalangan orang dewasa, kira-kira 45 peratus sekali-sekala dan 25 peratus lagi berdengkur setiap hari, kata Penasihat Respiratori/Tidur Pusat Pakar Alpha, Dr Lau Wee Ming.
Walaupun masalah ini lebih kerap berlaku pada lelaki, biasanya isteri yang membawa suami berjumpa doktor kerana tidak tahan dengan dengkuran mereka.
Di Malaysia, dianggarkan lebih lima juta rakyat negara kita berdengkur. Kajian mendapati dalam populasi sesebuah negara, secara purata 45 peratus lelaki dan 30 peratus wanita berdengkur pada kadar biasa.
Kajian Synovate Omnibus pada Jun 2008 ke atas 1,006 penduduk Semenanjung Malaysia mendapati, empat daripada 10 orang berdengkur, 36 peratus mengakui dengkuran mereka mengganggu tidur pasangan dan 53 peratus lagi mendakwa tidur terganggu akibat dengkuran pasangan.
Walaupun lebih 50 peratus mengalami gangguan tidur akibat dengkur, sembilan daripada 10 tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah itu.
Soal selidik itu menunjukkan kebanyakan yang berdengkur adalah lelaki (57 peratus berbanding 43 peratus wanita), berkahwin (62 peratus berbanding 38 peratus bujang) dan untuk perbandingan bangsa, masalah ini dilaporkan lebih kerap pada orang Melayu (63 peratus) berbanding Cina (26 peratus) dan India (11 peratus).
“Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Jika seseorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika,” kata Dr Lau.
Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.
Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran ini menghalang dan menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi.
Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.
Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk dan masalah berdengkur lebih kerap berlaku pada orang gemuk kerana kehadiran banyak tisu lemak pada saluran pernafasan.
Menurutnya, punca dengkuran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung). Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.
Pada kanak-kanak, dengkuran dianggap perkara normal, tetapi jika berlanjutan sehingga dewasa ia menjadi gangguan bukan saja pada individu berkenaan, tetapi kepada pasangan atau orang lain yang tidur berhampiran.
Beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang berdengkur seperti:
Adakah berdengkur tanda penyakit?
Berdengkur bukan penyakit tetapi ia dikategorikan sebagai masalah perubatan, terutama bagi individu yang alami apnea tidur, kerana boleh mengundang kedatangan pelbagai penyakit seperti strok dan tekanan darah tinggi, kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.
Kurang pengetahuan mengenai kesan negatif berdengkur menyebabkan ramai tidak menganggapnya sebagai masalah. Gejala paling biasa dialami akibat tidur berdengkur ialah keletihan, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan tertekan.
“Apa masalahnya jika mengalami OSA? Banyak. Apabila pernafasan terhenti, kita mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan. Kekurangan oksigen memberi tekanan kepada jantung untuk berfungsi dengan cekap.
“Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah menjadi lebih tinggi yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. OSA juga boleh mengakibatkan degupan jantung menjadi tidak normal.
“Ada kajian mendapati, berbanding orang lain, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus untuk mengalami serangan jantung dan strok (67 peratus).
“Ramai orang yang ada masalah OSA tertidur ketika memandu yang bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi nyawa orang lain. Malah, ia menyebabkan tidur pasangan atau orang yang hampir dengannya terganggu dan turut mengalami gejala seperti orang berdengkur tadi,” katanya.
Antara gejala apnea tidur ialah:
Menurut Dr Lau, beberapa kaedah bukan pembedahan boleh digunakan mengatasi masalah dengkur seperti:
“Mengapa perlukan pembedahan? Orang kini mahukan penyelesaian cepat dan ramai menghadapi masalah mengurangkan berat badan. Malah ramai mengadu tidak selesa menggunakan peralatan bagi membantu pernafasan ketika tidur,” katanya.
Jenis pembedahan tertakluk kepada keadaan seseorang, tetapi secara umumnya ia dibahagi kepada dua iaitu:
“Kini ada kaedah lain boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah berdengkur iaitu implan Pillar yang ditanam pada lelangit lembut.
“Penanaman implan ini bertujuan mengeraskan sedikit lelangit lembut supaya tidak mudah ‘jatuh’ dan menghalang aliran udara ketika tidur,” katanya.
Melalui kaedah ini, doktor menyuntik tiga implan bersaiz 18 milimeter dengan garis pusat dua milimeter ke lelangit lembut selepas diberi bius setempat.
Kaedah ini hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dan pesakit sedar ketika implan disuntik. Ini satu-satunya kaedah pembedahan minimali invasif (yang mudah dan cepat tanpa membabitkan luka pembedahan).
“Selepas pembedahan, pesakit boleh kembali bekerja atau menyambung aktiviti hariannya. Mereka boleh makan seperti biasa kerana ia tidak membabitkan pembuangan tisu dalam mulut.
“Kesan atau keberkesanan teknik ini berbeza antara individu dan bergantung kepada tahap dengkuran setiap orang. Biasanya dengkuran berkurangan secara perlahan-lahan dan kesan terbaik boleh dilihat selepas tiga bulan iaitu apabila implan ‘bersatu’ dan membuatkan lelangit lembut menjadi keras,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua orang sesuai mendapatkan rawatan ini. Ia hanya dilakukan ke atas individu berumur 18 tahun ke atas, tidak obes (Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 32), ukuran lelangit lembut melebihi 25 milimeter, tiada masalah saluran hidung tersumbat dan tiada sejarah pembedahan farinks.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
Monday, March 14, 2011
Tebarkan Salam Asbab ke Syurga
Syariat Islam yang sempurna mengajarkan kaum muslimin untuk selalu meningkatkan kecintaan terhadap saudara semuslim, mengeratkan persaudaraan dan kasih sayang. Untuk mewujudkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang ini, maka syariat Islam memerintahkan penganutnya untuk menyebarkan salam.
Memberi salam merupakan syiar Islam yang sangat besar dan penting. Namun begitu budaya memberi salam semakin pupus pada masa kini petanda akhir zaman sebagaimana sabda Nabi saw :
“Sesungguhnya termasuk tanda-tanda hari kiamat apabila salam hanya ditujukan kepada orang yang telah dikenal.” (Sahih Riwayat Ahmad dan al-Tabarani).
Salam itu menunjukkan rendah diri seorang muslim, ia juga menunjukkan kecintaan kepada saudaranya yang lain. Salam menggambarkan akan kebersihan hatinya daripada dengki, dendam, kebencian, kesombongan dan rasa memandang rendah kepada orang lain. Salam merupakan hak kaum muslimin antara satu dengan lainnya, ia merupakan sebab tercapainya rasa saling mengenali, bertautnya hati dan bertambahnya rasa kasih sayang serta kecintaan. Ia juga merupakan sebab diperolehnya kebaikan dan sebab untuk seseorang masuk syurga. Menyebarkan salam adalah salah satu bentuk menghidupkan sunnah Nabi saw.
Bersabda Nabi saw: “Lima perkara yang wajib bagi seorang muslim ke atas saudaranya, menjawab salam, mendo’akan orang yang bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantarkan jenazah.” (Imam Muslim).
Sebarkan salam adalah perintah Allah
Allah berfirman,
فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتاً فَسَلِّمُوا عَلَى أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah- rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” (An Nur: 61)
Syaikh Nashir As Sa’di berkata, “Firman-Nya: “Salam dari sisi Allah”, maksudnya Allah telah mensyariatkan salam bagi kalian dan menjadikannya sebagai penghormatan dan keberkahan yang terus berkembang dan bertambah. Adapun firman-Nya: “yang diberi berkat lagi baik”, maka hal tersebut karena salam termasuk kalimat yang baik dan dicintai Alloh. Dengan salam maka jiwa akan menjadi baik serta dapat mendatangkan rasa cinta.” (Lihat Taisir Karimir Rohman)
Perintah dari Nabi
Barra’ bin Azib berkata, “Rasulullah melarang dan memerintahkan kami dalam tujuh perkara: kami diperintah untuk mengiringi jenazah, menjenguk orang sakit, memenuhi undangan menolong orang yang dizalimi, memperbagus pembagian, menjawab salam dan mendoakan orang yang bersin…” (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Ibnu Hajar Al Asqalani berkata, “Perintah menjawab salam maksudnya iaitu menyebarkan salam di antara manusia agar mereka menghidupkan syariatnya.” (Lihat Fathul Bari 11/23)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang ertinya :
“Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Dan tidaklah kamu beriman sehinggalah kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan suatu amalan yang jika kamu kerjakan nescaya kamu akan saling menyayangi? Tebarkanlah salam di antara kamu.” (Imam Muslim)
Dari Abdullah bin Salam, Rasulullah bersabda yang ertinya, “Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam di antara kalian, berilah makan, sambunglah tali silaturahim dan solatlah ketika manusia tidur malam, nescaya kalian akan masuk surga dengan selamat.” (Sahih, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)
Etika Salam
Imran bin Husain berkata, “Ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi seraya mengucapkan Assalamu ‘alaikum. Maka nabi menjawabnya dan orang itu kemudian duduk. Nabi berkata, “Dia mendapat sepuluh pahala.” Kemudian datang orang yang lain mengucapkan Assalamu ‘alaikum warahmatullah. Maka Nabi menjawapnya dan berkata, “Dua puluh pahala baginya.” Kemudian ada yang datang lagi seraya mengucapkan Assalamu ’alaikum warahmatullahi wa barakatuh. Nabipun menjawabnya dan berkata, “Dia mendapat tiga puluh pahala.” (Sahih, Abu dawud, Tirmidzi dan Ahmad)
Dari hadits tersebut dapat diambil beberapa kesimpulan, yaitu:
Memulai salam hukumnya sunnah bagi setiap individu, berdasar pendapat terkuat.
Menjawab salam hukumnya wajib, berdasarkan kesepakatan para ulama.
Salam yang paling utama iaitu dengan mengucapkan Assalamu’alaikum warohmatullohi wa barakatuh, kemudian Assalamu’alaikum warahmatullah dan yang terakhir Assalamu’alaikum.
Menjawab salam hendaknya dengan jawapan yang lebih baik, atau sekurang-kurangnya serupa dengan orang yang mengucapkannya. Allah berfirman:
وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيباً
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.” (An Nisa: 86)
Disunnahkan berjabat tangan ketika memberi salam dan menghulurkan tangannya kepada saudaranya. Nabi saw bersabda : “Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah”. (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi).
Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda yang artinya, “Hendaknya orang yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan. Yang berjalan kepada yang dduk yang sedikit kepada yang banyak.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim). Dalam lafaz Bukhari, “Hendaklah yang muda kepada yang lebih tua.”
Disukai bagi seorang muslim yang akan masuk ke rumahnya, mengucapkan salam terlebih dahulu, kerana sesungguhnya berkah itu turun beserta salam, bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau salam, nescaya berkah akan turun kepadamu dan keluargamu.” (Imam al-Tirmizi)
Semoga Allah membimbing kita semua ke jalan yang diredainya dan dapat mengamalkan sunnah Nabi saw yang sungguh besar keutamaannya ini.
Membazir = Saudara Syaitan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله، والحدالله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد
Kemelesetan ekonomi sering melanda dunia. Begitu juga pada waktu ini, kita diberitakan banyak syarikat-syarikat gergasi di negara kuasa besar ekonomi dunia, US telah banyak yang mengalami kerugian hinggakan presidennya terpaksa mengeluarkan sejumlah peruntukan besar bagi membantu syarikat-syarikat besar. Tempiasnya tidak dinafikan telah dirasai di Malaysia.
Acapkali kita dilanda krisis ekonomi, namun adakah ia telah mengajar kita agar tidak membazir? Adakah kita telah berjaya mendidik diri agar sentiasa berjimat-cermat dan membuat tabungan untuk kegunaan pada masa diperlukan?
Allah s.w.t memberi ancaman dalam Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isyra’ iaitu:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Bagaimana hanya dengan membazir, kita boleh menjadi saudara-saudara Syaitan? Sedarilah bahawa dalam diri Syaitan adanya sifat takabbur, meninggi diri. Manakala perbuatan membazir itu biasanya didasari oleh perasaan merasa mempunyai kelebihan, jika membazir pun tiada apa-apa yang terkurang padanya. Perasaan itu jika dibiarkan boleh menghampiri kepada sifat meninggi diri yang sangat dilarang.
Sama-samalah kita memperbaiki diri, periksa diri kita, adakah kita sering membazir?
Di bawah ini dikongsikan beberapa tips berjimat-cermat ketika di pejabat.
- Matikan PC ketika keluar bermesyuarat dan waktu keluar makan tengahari. Gunakan fungsi hibernate jika ingin mudah menyambung kerja selepas PC dimatikan.
- Matikan PC selepas waktu pejabat, bila pulang ke rumah. Ramai ingin mudah terus sambung kerja esok paginya, tetapi sebenarnya pembaziran telah berlaku lebih 12 jam tanpa PC digunakan.
- Kurangkan tahap kesejukan penghawa dingin. Tidak perlu set terlalu sejuk, tetapi penggunanya sendiri memakai jeket tebal kerana kesejukan.
- Kurangkan penggunaan lampu. Ada pejabat terang-benderang hinggakan untuk satu meja pegawai memerlukan tiga lampu pendaflour panjang yang sebenarnya cukup sekiranya hanya satu saja dihidupkan.
- Tidak mencetak e-mail yang tidak perlu.
- Mencetak menggunakan recycle paper sekiranya cetakan bukan untuk tujuan rasmi.
Sunday, March 13, 2011
Bila Ditimpa Musibah, Termasuk Golongan Manakah Kita?
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Alloh, Selawat dan salam ke atas Rosululloh Shollallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Ketahuilah, bahawa apabila kita ditimpa musibah, kita akan termasuk ke dalam salah satu daripada empat golongan iaitu:
Orang yang berkeluh-kesah
Orang yang sabar
Orang yang bersikap redha
Orang yang bersyukur
Orang yang berkeluh-kesah
Golongan yang berkeluh-kesah adalah golongan yang paling buruk, paling dibenci Allah serta paling besar kerugiannya di dunia dan akhirat. Mereka adalah orang yang tidak rela dan kecewa terhadap takdir (ketentuan) dan qadha’ (ketetapan) Allah. Mereka akan sentiasa mengeluh dan mengesali musibah yang berlaku. Lebih teruk lagi, ada yang memukul-mukul dirinya tanda tidak rela.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya):
“Bukan termasuk (golongan) kami orang yang memukul-mukul pipi, menyobek-nyobek baju dan berdoa dengan doa (kaum) jahiliyah.”
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi)
Mereka juga akan meratap (nihayah) dan berteriak secara melampau yang mana ia boleh mendatangkan laknat. Satu riwayat yang baik dalam Shahihut Targhib wat Tarhib, disebutkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya):
“Ada dua suara yang dilaknat: suara seruling ketika mendapat kenikmatan dan suara teriakan ketika mendapat musibah.”
Orang yang sabar
Mereka yang sabar dengan musibah yang berlaku akan meraih darjah mulia dan dicukupkan pahalanya tanpa batas. Allah berfirman dalam suroh Az-Zumar ayat 10, maksudnya:
“Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Orang yang sabar akan menjaga beberapa bentuk kesabaran iaitu kesabaran dengan berani terhadap pelbagai kesukaran dalam jihad, kesabaran dengan menjaga kesucian diri daripada nafsu, kesabaran dengan berlemah-lembut atas pembangkit amarah dan kesabaran dengan menjaga rahsia daripada menyebarkannya. Mereka yang sabar akan bertindak atas keyakinan bahawa apa yang berlaku adalah telah ditetapkan pasti terjadi dan tidak dapat dielak.
Orang yang bersikap redha
Mereka yang redha pula merupakan pemilik darjat yang lebih tinggi daripada mereka yang sabar. Di samping bersabar, mereka akan rela dan redha dengan ketentuan Allah. Mereka akan merasa senang dengannya dan tidak menunjukkan reaksi marah yang menunjukkan dirinya tidak redha.
Perasaan senangnya terhadap musibah adalah sama saja seperti mendapat nikmat kerana baginya, kedua-duanya adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah terhadapnya.
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya, besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian. Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka. Maka, siapa yang redha (terhadap ujian tersebut), baginya redha (Allah), namun siapa yang marah (terhadap ujian tersebut), baginya murka (Allah).”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Orang yang bersyukur
Terakhir, mereka yang bersyukur adalah orang yang paling agung di antara golongan sebelumnya kerana mereka menghimpun sabar, redha dan bersyukur dengan turunnya ujian kepada dirinya. Mereka yang bersyukur kerana diuji akan mampu tersenyum.
Mereka akan menginsafi apa yang berlaku adalah tanda cinta Allah kepadanya. Mereka akan menyambut cinta daripada Tuhannya dengan tenang dan gembira. Mereka akan memperkemaskan kembali rasa cinta mereka kepada Allah dengan memperbaiki amalannya, berpegang teguh pada sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم serta bersedia berkorban demi Tuhannya yang tercinta.
Namun sangat sedikit sekali mereka yang bersyukur sebagaimana diberitahu Allah dalam surah Saba’, ayat 13 yang maksudnya:
“Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.”
Kerana itu, pupuklah rasa syukur kepada Allah bukan sahaja apabila menerima nikmat, bahkan apabila menerima musibah. Buahkan rasa syukur dengan mengingat Allah (zikrulloh). Sesungguhnya Allah akan mengingat kita apabila kita mengingati-Nya. Allah berfirman dalam ayat 152, surah Al-Baqarah maksudnya:
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”
Awak Setuju Tak Dengan 15 Soalan Ini?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mari kita bermuhasabah diri..
- Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلم adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلم adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلم sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلم serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
- Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
- Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
- Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
- Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
- Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
- Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)






