Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

14 Tips Mencari Isteri Cantik

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


Sumber: Halaqah Net | Layari Koleksi Agama Melayukini.net

Software Ujian Undang-Undang JPJ

Software ni sangat bagus bagi sesiapa yang akan menduduki ujian berkomputer undang-undang JPJ untuk mendapatkan lesen L. Sesiapa yang masih belum ada lesen L boleh la download software ni. Kalau dah ada pun lesen L, boleh kasi adik-adik atau kawan-kawan yang akan akan mengambil ujian undang-undang pada masa akan datang. Bak kata pepatah orang putih “practice makes perfect”. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 42/50.
Macam mana nak guna software ni?
Download software JPJ Test Computer dan kemudian extract dengan menggunakan winrar. Anda akan dapat satu folder bernama JPJ. Masuk ke dalam folder tersebut dan kemudian klik pada icon KPPTEST.
JPJ Driving Test Questions Malay Version – Download
Updated:
JPJ Driving Test Questions English Version – Download
Contoh soalan:
jpj computer test
Contoh keputusan:
jpj computer test

Software Percuma Setiap Hari | Giveaway Of The Day



Giveaway Of The Day merupakan sebuah laman web yang menyediakan software berbayar percuma setiap hari. Walaubagaimanapun tempoh yang diperuntukkan hanyalah 24 jam sahaja bagi setiap software. Dalam tempoh yang disediakan itu, anda harus mendownload dan menginstall software tersebut supaya dapat menggunakan fungsi penuh software tersebut selama-lamanya. Setiap software yang ditawarkan akan direview dan diberitahu fungsi serta kelebihannya.



Contohnya macam software AyRecovery Lite yang ditawarkan download secara percuma hanya pada 29 December 2010 sahaja. Selepas daripada tarikh itu, software ini perlu dibayar dengan harga $29.95 untuk anda dapatkannya.



Sila bookmark laman web ini dan lawatinya setiap hari supaya anda tidak terlepas peluang untuk memiliki software berbayar secara percuma.
 
Sumber : http://ezany-kun.com

Curi Baca Yahoo Messenger Archived Message User Lain


Teknik ni hanya boleh digunakan jika user tersebut telah setting untuk save semua archive messsage.
yahdecode
Download dan run software YahDecode. Kemudian skrin seperti gambar di bawah akan keluar. Software tersebut akan detect kesemua user yang pernah login YM di komputer anda. ID bagi user 1, user2 dan seterusnya terpaksa diblurkan atas sebab peribadi. Untuk contoh kali ni aku gunakan ID YM aku sendiri iaitu user 15 (oryctolagus89).
yahdecode
Ada 2 cara nak baca archived message. Cara 1 melalui senarai ID yang anda pernah chat dan hanya perlu klik pada ID YM mereka. Cara 2 melalui senarai chat terkini mengikut tarikh. Anda hanya perlu pilih yang mana anda mahu lihat dan klik, seterusnya mesej akan terpapar di bahagian. Sila rujuk gambar di bawah.
yahdecode
Peringatan:
Jangan salahguna ilmu yang dipelajari. Sila gunakan untuk tujuan yang munasabah sahaja. Contohnya untuk pantau aktiviti adik masing-masing. Maklumlah di zaman IT ni budak-budak semakin nakal dan liar.
Boleh juga digunakan untuk baca archived message bagi sesiapa yang malas nak login YM atau sudah kehilangan password.

Sumber : http://ezany-kun.com 

Friday, December 16, 2011

Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar

Korang semua mesti pernah rasa mengantuk di pejabat atau kelas kan? Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak mencukupi? Nak ke korang tidur di tempat kerja/belajar? Kantoi ngan bos atau cikgu nanti menyusahkan korang je. Ni nak share cara hilangkan rasa mengantuk


67120 wanita mengantuk thumb 300 225 Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar



  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio
    Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringan
    Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.
Sumber : http://lepak.my/blog/2011/12/12/tips-cara-hilangkan-rasa-mengantuk-di-tempat-kerjabelajar/

Saturday, October 8, 2011

Pesanan Buat Suami..

 

 1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.