Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Review: P3-21A First Impressions

 Gambar sekadar hiasan
Selepas pulang dari 'Proton Sales Conference & Introductions P3-21A' yang disampaikan oleh DSZ sebentar tadi, saya berasa begitu tidak sabar untuk mengulas sedikit sebanyak tentang produk terbaru proton iaitu P3-21A yg bakal dilancakan pada akhir suku pertama tahun ini, iaitu March 2012.
Apa yang saya dapat lihat dan ingin dikongsikan mengenai produk ini selepas saya dapat menyaksikan sendiri secara 'live' di depan mata buat kali pertamanya, P3-21A merupakan model yang bakal menjawab segala kritikan dan pandangan yang telah diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada Proton, secara tak langsung membuktikan DSZ telah mendengar dan membaca komen-komen, idea dan pandangan anda semua di blog-blog automitive negara mahupun di tempat-tempat lain. segala 'features & functions' yang kita semua mahukan, hampir semuanya ada di dalam P3-21A ini, meyakinkan lagi P3-21A ini mampu bersaing menjadi produk global.
Suka untuk saya jelaskan, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Setibanya waktu P3-21A ini dilancarkan March nanti, pastinya masih ada suara-suara yang akan terus mengkritik lagi dan lagi. Tidak menjadi rahsia lagi, majoriti citarasa pengguna di Malaysia ini lebih kearah rekabentuk 'Japanese/Korean'. Tak salah.. Tetapi yang sukarnya di sini, P3-21A ini bukan sahaja mahu memenuhi citarasa pengguna di Malaysia, malah juga di 28 buah negara lain yang bakal dipasarkan dan citarasa kesemua pengguna di 28 buah negara ini berbeza-beza dan pastinya setiap keputusan yang diambil dalam pembinaan P3-21A ini memerlukan keputusan teliti dan 'collective decisions'.
Yang pertama, bab ciri keselamatan, P3-21A mempunyai NCAP 5 Star rating, yang pastinya memberikan kelebihan ketara kepada pesaing-pesaing terdekatnya terutama Vios & City. Rangkanya lebih kukuh dan selamat serta mempunyai Airbag depan dan sisi. Ia juga merupakan kereta yang paling selamat di Malaysia jika diletakkan dalam segmennya, kerana ciri pemanduan 'Lotus Ride & Handling' yang amat stabil & menggunakan 'Multilink rear suspension' yang tiada dalam pesaing-pesaingnya seperti Vios, City, Forte, mahupun Corolla Altis, bak kata DSZ "guarantee best handling in it's class". Ciri-ciri keselamatan lain yang dilengkapi P3-21A ini adalah ABS & EBD with 4 wheels Disc Brake dan satu lagi ciri keselamatan terbaru diperkenalkan iaitu ESC (lebih kurang mcm VSA-Vehicle Stablity Assist).
Bab aksoseri pula, kereta ini dilengkapi dengan Keyless Push start Button, Light Sensor, Rain Sensor, Build-in GPS, front LED light untuk pemanduan waktu siang seperti Audi, ruang boot yang amat besar, lebih kurang besarnya seperti ruang boot Persona Elegance, menggunakan spotrim 16" inci dan lebar tayar saiz 205, logo badge proton yang diletakkan di bahagian depan dan belakang lebih besar menampakan kereta lebih gah dan pelbagai lagi.
Bab performance pula, variant teratas P3-21A akan menggunakan enjin Campro 1.6L CFE dengan 7-speed gearbox CVT, 140PS/205 torque. Wowww!!! dan tak lupa ia juga dilengkapi dengan Paddle shift steering, dan sport mode +/- di gear column seperti Inspira 1.8CVT dan 2.0CVT. Bagi variant pertengahan dan bawah, engine yang digunakan ialah Campro 1.6L IAFM+ dengan gearbox CVT 6-speed.
Akhir Sekali bab finishing, bab ni ramai yang musykil dan bimbang, terutamanya mengenai badge Proton di Steering. Jadi komentar-komentar di blog funtasticko, paultan dan lain-lain tak perlu lagi bimbang, kerana badge proton warna hitam-putih (sama seperti badge di bumper depan) disertakan lining chrome nipis disekelilingnya ada diletakkan di steering P3-21A ini. Steeringnya pula menggunakan steering Exora, tetapi ada sedikit 'design improvement' di bahagian 'Audio switch control' sekaligus menampakkan steeringnya lebih kemas, kompak dan elegan. Dashbord & door trim pula menggunakan soft material seperti Wira, bukan keras seperti Persona, Saga, Exora & Satria Neo.
Banyak lagi yang boleh diulaskan mengenai P3-21A ini. Tetapi biarlah yang selebihnya dirahsiakan sehingga hari perlancaran nanti. Rumusan saya design P3-21A ini 'Clean & Simple'. Tiada geometri-geometri 'futuristik' yang keterlaluan ditonjolkan seperti yang selalu digunakan oleh Kia, Hyundai & Honda. Sebaliknya ia lebih banyak menggunakan 'safe & long lasting design' seperti BMW, Audi & toyota.
Apa pun Tahniah diucapkan kepada DSZ, 400 orang juruteta P3-21A dan seluruh warga kerja Proton yang terlibat bertungkus-lumus selama 24 bulan. Great Job!!!
Cuma tinggal satu lagi yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini, apakah nama sebenar model Proton P3-21A ini? Persona? Tuah? Espire? atau Wira?
 

Monday, December 26, 2011

(Gambar) Menakjubkan Letusan Gunung Berapi di Iceland dari Jarak Dekat



Sebahagian besar orang tentu lebih memilih menjauhkandiri ketika terancam oleh letusan gunung berapi yang menghasilkan lava panas hingga 1,000 C. Namun tidak bagi Skarphedinn Thrainsson, seorang jurugambar berani yang berani mencabar maut demi memperoleh foto-foto yang memang menakjubkan.

“Itu adalah pengalaman yang paling menakjubkan dalam hidup saya” ujar Skarphedinn.

“Anda merasa begitu kecil dan tak berdaya di depan gunung gunung berapi. Dan kembali suka fotografi landscape yang normal setelah mengalami hal tersebut, rasanya membosankan”



Skarphedinn, yang berasal dari Reykjavik, Iceland, mengambil gambar-gambar indahnya pada saat letusan gunung Fimmvorduhals dan Eyjafjallajokull, yang sempat menimbulkan kehebohan di Eropah kira-kira 2 tahun lalu.

Gunung berapi di Fimmvorduhals merupakan gunung yang cenderung lebih friendly.Namun, Eyjafjallajokull waktu itu letusannya mengerikan, yang abunya sempat mematikanindustri penerbangan di Eropah.



“Sangatlah merbahaya di sekitar kawasan Eyjafjallajokull, Iceland, masa saya mengambilsebahagian besar foto tahun lalu, kerana petir menyambar-nyambar di balik abu pekat”

“Petir sempat menyambar di berhampiran spot saya berdiri malam itu. Dua orang meninggal secara tragis kerana tersesat malam itu setelah melakukan pemerhatian di sana.” tambahnya.



Skarphedinn kini terobsesi untuk mengabadikan momen-momen luar biasa, dan target selanjutnya adalah Hawaii dan lokasi menakjubkan lain. Namun ia menyatakan bersedia untuk mengambil gambar jika suatu masa gunung di Iceland kembali meletus.









::P/S: Mujurlah Malaysia tak berada dalam lingkaran gunung berapi jika berada dalam lingkarannya sudah tentu musnah bandar di situ..Tetapi lihatlah betapa besarnya ciptaan Tuhan walaupun merbahaya ianya akan memperoleh banyak manfaat dari gunung tersebut.

::Sumber:Apa Kabar Dunia

Kredit : Ohduniaku Menakjubkan Letusan Gunung Berapi di Iceland dari Jarak Dekat | Ohduniaku http://ohduniaku.com/letusan-gunung-berapi#ixzz1hd1DOF00

(Gambar) Duit Kertas Baru..Menakjubkan..



Sungguh tak disangka pada penghujung tahun 2011 ini telah ada satu transformasi baru yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia(BNM).. Pada tahun ini juga BNM telah melancarkan duit syiling baru tetapi tidak dilancarkan lagi..Duit kertas baru yang bakal menggantikan duit kertas lama sudah dilancarkan pada 21 disember 2011 dan akan mula diedarkan di bank-bank pada bulan julai 2012..Duit kertas ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan kembali wang kertas RM20 selepas 16 tahun dihentikan. Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.

Ciri-Ciri Duit Kertas Baru

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia. Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.

Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional



Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar



Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM10 – Flora



Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut



Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM50 - Pertanian dan Teknologi



Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi



Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.



Bagi Mereka Yang Minat Mengumpul Wang

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

::P/S: Wah sungguh lawa duit kertas ini..Harap-harap kertas yang di gunakan ini berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak seperti duit RM5 yang seperti plastik..Sudah koyak tidak laku untuk digunakan..Dengan keluarnya duit-duit baru ini sudah pastinya duit-duit lama menjadi sejarah dan amat tinggi harganya pada masa akan datang..

Kredit : Ohduniaku Duit Kertas Baru..Menakjubkan.. | Ohduniaku http://ohduniaku.com/duit-kertas-baru#ixzz1hd0L6Ds7

Duit Syiling Baru



Sedar tak sedar reka bentuk duit syiling yang kita gunakan ketika ini telah berusia 20 tahun, Bank Negara Malaysia telah pun mengeluarkan reka bentuk terbaru duit syiling bagi siri ke-3, reka bentuk baru yang didatangkan untuk syiling dengan nilai 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen lebih ringan dan bertemakan Keunikan Malaysia, Duit syiling ini akan digunakan pada tahun 2012.

Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.

Spesifikasi Teknikal




50 senSulur KacangMotif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.


20 senBunga MelurBunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.


10 senMotif Orang AsliOrang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.


5 senDestar SigaKain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.


Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

Credit To Bom321

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Sumber : http://arshad-terunadara.blogspot.com/2011/12/sebab-allah-temukan-kita-dengan-orang.html

Sunday, December 25, 2011

Saintis Temui Dua Planet Bersaiz Bumi



NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang berada di orbit bintang di luar sistem solar.

Penemuan itu memberi petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Saintis Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian, Francois Fressin berkata, penemuan itu membuktikan planet seperti itu wujud dan boleh dikesan.

Menurut beliau, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari dikesan setakat ini.

Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh didiami manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature pada Selasa.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi. "Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Sumber : http://mstar.com.my