Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Kemerdekaan Menurut Islam-Kupasan Jujur



Mencari perkataan merdeka tidak ditemui dalam kamus Islam sebaliknya mungkin kemerdekaan ditemui dalam Islam jika dilihat pada konsep dan pemahaman bagaimana bentuk pengertian merdeka yang ingin dimaksudkan.

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu (sila lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka) . Jika dilihat pada takrif bahasa mengenai merdeka mungkin agak sukar mengaitkannya dengan Islam pada suatu aspek iaitu kebebasan.

Ini kerana kedatangan Islam sebagai agama yang diutuskan oleh Allah swt sememangnya merupakan suatu sistem peraturan syariat yang mengongkong manusia dan membataskan perilaku manusia terhad kepada apa yang dibawa oleh syariat Islam.

Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu melanggar batasan had Allah dan rasul-Nya (Al-Mujadalah : 22).

“Apakah mereka belum mengetahui bahawa barangsiapa yang melanggar batasan ketentuan Allah dan rasul-Nya maka baginya neraka jahannam dan dia kekal di dalamnya” (At-taubah : 63).

Sabda baginda rasulullah : “ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).

Sebagai misalnya, sebelum munculnya syariat Islam, manusia bebas bercampur lelaki perempuan, bebas berzina, berjudi dan meminum arak namun apabila kedatangan Islam maka sudah tiada lagi kilang arak, tidak dikeluarkan lagi lesen arak dan ditutup semua pusat-pusat arak dan pusat judi.

Begitu juga dengan kedatangan Islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pelacuran, tiada lagi jual beli perempuan dan tiada lagi zina sebaliknya manusia dikawal dan dikongkong oleh undang-undang hudud dan syariat yang menghukum mereka yang melakukan kesalahan dari sudut syariat.

Demikianlah juga apabila ditegakkan syariat Islam maka sudah tiada lagi percampuran bebas lelaki perempuan di jalanan, di pusat Bandar, di pasaraya dan juga tidak wujud percampuran lelaki perempuan di sekolah-sekolah dan madrasah pada zaman baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.

“Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 30).

“Katakanlah perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 31).

“Dan tetaplah kamu (perempuan yang beriman) dalam rumah kamu dan janganlah berhias seperti hiasan jahiliyyah” (Al-Ahzab : 33).

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

Oleh yang demikian, maka tiadalah berlaku kerosakan dan fitnah serta kehancuran akhlak dan fitrah manusia yang ditetapkan oleh Allah swt telah dapat dikawal dan terjaga serta berjalan menurut panduan yang benar dan dipenuhi dengan wajar.

“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).

Maka jika dilhat bahawa kemerdekaan itu dari sudut kebebasan melakukan sesuatu menurut akal fikiran dan bebas menurut kehendak sendiri maka sesungguhnya Islam menolak kemerdekaan jenis ini bahkan Islam menentang kebebasan ini dan menjajah pemikiran manusia, perilaku mereka, budaya dan semua aspek kehidupan sehingga manusia itu menurut apa yang dibawa oleh Islam.

Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam “ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)” (hadith hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi).

Maka bagi golongan liberal dan sosial yang inginkan kebebasan mutlak, ingin hak persamaan lelaki dan perempuan sehingga wanita dapat berdiri dan berjalan setanding lelaki sehingga wanita dapat juga bekerja di pelantar minyak seorang diri bercampur bersama lelaki, wanita juga dapat memandu jet pejuang dan kapal terbang seperti lelaki, wanita juga dapat mendaki gunung Averest seperti lelaki, wanita juga dapat menjelajah ke kutub Utara dan Selatan tanpa mahram seperti lelaki maka Islam menolak kebebasan ini.

“Dan tidaklah lelaki itu seperti perempuan” (Ali-Imran : 36).

“Dan kepada lelaki itu diberikan kelebihan yang tidak ada pada perempuan dan Allah itu Maha perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah : 228).

Maka Islam menolak kebebasan seperti ini sehingga Islam juga menolak wanita bekerja di pejabat bercampur bersama lelaki dengan menjadi setiausaha kepada lelaki yang bukan mahramnya sehingga mengikuti bos lelakinya itu ke pelbagai tempat termasuk ke hotel dan tidur sebilik bersama bosnya dan Islam juga melarang dan menghadkan kebebasan manusia dalam berpakaian sehingga wanita terpaksa menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan dan lelaki terpaksa memakai pakaian yang menutupi auratnya.

“Wahai nabi katakanlah kepada kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan kepada perempuan mukminah supaya mereka menutup (melabuhkan) jubah mereka ke seluruh tubuh badan mereka” (Al-Ahzab : 59).

“Dan hendaklah mereka menutup kepala mereka sehingga ke leher mereka” (An-Nur : 31).

Maka kemerdekaan atau kebebasan yang berbentuk bebas melakukan sesuatu seperti menjadi penyanyi, menyanyikan lagu-lagu yang disebut sebagai bunyian seruling syaitan, berpakaian tidak menutup aurat seperti menampakkan rambut bagi perempuan, memakai pakaian seksi dan tidak menutup tubuh badanya selain muka dan tapak tangan , menjadi ratu cantik, atau bagi lelaki menjadi ahli sukan bina badan dengan hanya memakai seluar dalam, menjadi perenang professional yang terpaksa memakai seluar pendek tidak menutup aurat maka Islam melarang kebebasan ini.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila manusia menganggap kemerdekaan itu bebas melakukan sesuatu sehingga pemerintah dapat mengaut keuntungan dari kejahilan rakyat dan menzalimi rakyat secara sedar mahupun tidak dengan menyelewengkan harta rakyat, melakukan rasuah dan menerima rasuah, menyelewengkan lesen dan permit import eksport baik kereta atau barangan lain , penyelewengan balak dan kayu bakau, penyelewengan petroleum atau pun pembinaan empangan dan litar lumba bertaraf dunia maka Islam melarang semua perlakukan zalim ini.

“Maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau menurut hawa nafsu” (Shaad : 26).

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah berlaku adil” (An-Nisa : 58).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bermakna bebasnya syarikat-syarikat kerajaan melabur di pusat perjudian dan perniagan yang berunsurkan riba dan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan perihal haji dan kewangan haji juga turut melabur di syarikat judi dan perniagaan arak dan lain-lain jenis perniagaan yang haram dari sisi syariat Islam.

“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (Al-Baqarah : 275).

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah dan meninggalkan bekas dan kesan riba itu jika kamu benar-benar takut kepada Allah” (Al-Baqarah : 278).

Islam juga melarang kemerdekaan apabila ianya bererti kerajaan bebas menangkap sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemikiran kerajaan tanpa dibicarakan dan di adili menurut syariat untuk dimasukkan ke dalam penjara atau pusat tahanan di bawah sebuah undang-undang zalim walau namanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dalam bahasa Inggerisnya ialah ISA.

Barangsiapa yang tidak mendatangkan saksi maka sesungguhnya mereka di sisi Allah ialah golongan yang berdusta” (An-Nur : 13).


Dari Abdullah ibn Abi Aufa ra bahawa bagind rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya Allah menyukai qadhi (pemimpin) selagi dirinya tidak zalim dan apabila dia berlaku zalim maka Allah meninggalkannya dan syaitan akan mendampinginya” (hadith hasan riwayat tirmidzi no. 1330).

Juga baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya bukti dan hujah keterangan itu mestilah diberikan oleh mereka yang mendakwa dan sumpah itu bagi mereka yang didakwa” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 1341).

Apabila kemerdekaan yang ingin disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia itu ialah kemedekaan yang bermaksud kebebasan melakukan sesuatu seperti yang disebut di atas maka hukumnya ialah haram dan bertentangan dengan syariat Islam dan para mujahid (pejuang) Islam yang terdiri di bawah kepimpinan negara Islam yang mempunyai senjata dan kekuatan perlulah segera mencegah perkara ini dengan cara menjajah kembali umat Islam Malaysia dengan syariat Islam baik dengan kemampuan hati, lisan dan anggota perbuatan.

Bersabda baginda rasul : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya dan jika dirinya tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lisan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya” (hadit sahih riwayat Nasaie no 5008).

Sekiranya kemerdekaan yang ingin disambut saban tahun oleh rakyat Malaysia pada setiap tanggal 31 Ogas ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari agama dan kongkongan syariat seperti mana Islam telah mengongkong pemikiran umat Islam sejak zaman berzaman bermula dari zaman Kesultanah Melayu Melaka dari zaman selepas Parameswara sehinggalah kepada zaman datangnya Portugis ke tanah Melayu dan ditentang hebat oleh pejuang agama dan tanah air yang mahu mempertahankan kedaulatan agama dan tanahair dari dijajah pula oleh ajaran kristian seperti yang dibawa oleh Portugis (Gold, Gospel, Glory) maka kemerdekaan ini ialah satu yang jelas haram.

“Orang-orang yang zalim itu mengikut hawa nafsu yang ada pada mereka dan jadilah mereka itu golongan yang berdosa” (Hud : 116).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam seperti yang pernah dipertahankan oleh para pejuang tanahair seperti Hang Tuah, Hang Liku, Hang Lekuk, Hang Jebat dan lain-lain perwira Melayu yang bermati-matian menghalau penjajah Protugis keluar dari tanah Melayu dan kemudiannya Belanda dan juga British seperti perjuangan Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abd Rahman Limbong yang bermati-matian menghalau penjajah British dari bertapak di tanah Melayu dan mempertahankan ajaran Islam agar terus mekar dan membudaya dan mendarah daging dalam masyarakat Melayu maka kemerdekaan yang membebaskan rakyat Malaysia dari ajaran Islam yang dipertahankan oleh para pejuang ini bererti merupakan pengkhianatan kepada usaha jihad dan perjuangan mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasul-Nya..” (Al-Anfaal : 27).

Sekiranya kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia merupakan kemerdekaan dan kebebasan melakukan sesuatu tanpa perlu menurut syariat dan ianya bermaksud kebebasan yang diberikan oleh penjajah British yang kafir dan membenci syariat Islam lalu datang ke tanah Melayu dengan membawa pemikiran sekuler dan kebencian kepada Islam lalu bertapak di tanah Melayu, menguasai dan merompak harta dan hasil bumi tanah Melayu, mmeperbudak orang Islam bangsa Melayu, merosakan akhlak pemuda pemudi Melayu dengan memperkenalkan budaya hidup barat yang jauh dari Islam kepada Melayu.

“Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (agama & panduan) maka tidaklah akan diterima darinya sedikitpun dan dia di akhirat dari kalangan orang yang rugi.” (Surah Ali Imran 85).

Seperti memperkenalkan tarian seni dan memperkembangkannya, memperkenalkan arak dan brandy, memperkenalkan gaya hidup koboi dan joget dan tari (break dance) , memperkenalkan gitar, drum, memperkenalkan percampuran lelaki perempuan, mewujudkan kelab malam (kalbu Malami ikut istilah P. Ramle) , memperkenalkan kaberet, adanya pelacuran melayu di Singapura, membuka panggung wayang.

“Janganlah kamu menurut golongan yang hatinya dilalaikan dari mengingati Allah dan hidup menurut hawa nafsu mereka” (Al-kahfi : 18).

Lalu setelah puas melihat bangsa Melayu sudah dirosakkan, sudah puas menjilat dan meragut dara dan manisnya faraj perempuan Melayu, sudah puas melihat tarian bogel perempuan Melayu di Kuala Lumpur dan Singapura maka penjajah British pun mula merasakan orang Melayu perlu diberi kemerdekaan dan kebebasan memerintah sendiri supaya dengan kebodohan dan kesesatan mereka dari agama itu dapat berdikari dan membesar menjadi Negara sekuler yang membenci syariat Islam dan menjadi sekutu serta rakannya seperti negara lain yang dijajahnya (Komenwel).

“Janganlah orang yang beriman itu mengangkat orang yang kafir sebagai pemimpin selain orang yang beriman dan barangsiapa yang melakukan demikian maka bukanlah dia dari golongan Allah” (Ali-Imran : 28).

Maka apabila munculnya perwira tanah air seperti golongan Pan Islam yang membawa dakwah dan seruan kesedaran kepada Islam dan ajaran Islam yang sebenar hasil dari pengajian agama mereka dari timur tengah seperti Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir dan lain-lain maka British menjadi takut lalu gerakan kaum muda ini dimusuhi serta majalah mereka diharamkan lalu usaha mempengaruhi kaum Melayu perlu disegerakan maka British meminta jasa baik kaum tua seperti tok-tok guru pondok supaya bekerjasama dengan pihak istana yang diugut untuk menyokong pemerintahan British dan menjawab seruan dakwah kaum muda yang banyak bertapak di Perlis, Pulau Pinang dan negeri Sembilan serta Sinagpura maka menjawablah kaum tua baik tok kenali dan lain-lain membela British dan kerajaannya mengkhianati perjuangan orang yang lebih tua dan lebih lama dari mereka yang berkorban menentang British.

“Dan janganlah kamu menjual ayat-ayatku (Allah) dengan harga yang murah kerana takutlah kamu kepada Aku (Allah)” (Al-Baqarah : 41).

Bukankah seruan kaum muda dan Pan Islam di Singapura yang pernah melancarkan Dahagi dahulu itu mengajak umat Islam bersatu di bawah pemerintahan Islam kerajaan Turki Ottmaniyah dan mereka ini kaum muda yang pernah digelar wahabbi oleh kaum tua ? Lebih memelikkan kaum tua yang memerangi kaum muda ialah guru pondok dan mereka inilah yang menuduh kaum muda sebagai wahhabi sehingga hari ini sedangkan kaum muda inilah yang menyebar dakwah Islam dan mengajak bersatunya orang Melayu dengan kerajaan Turki Ottmaniyah namun perjuangan mereka dipatahkan dan ditewaskan oleh British.

“Tidaklah sama orang yang duduk dari kalangan orang yang beriman selain yang menghadapi kesulitan dengan orang yang beriman yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan diri mereka” (An-Nisa : 95).

Datangnya Jepun menyerang tanahair menambah bimbang British takut usahanya tergendala dan bimbang orang Melayu akan melupakan budaya barat dan sekuler yang diajarkan oleh Biritish apatah lagi Jepun adalah dari Asia dan golongan ini mudah didakwahkan dan menerima Islam apabila ramai pula tokoh agama berkembang di tanah Melayu melawan British mereka berkerjasama dengan Jepun dan Jepun banyak lembutnya dengan orang Melayu berbanding orang Cina dan ini dilhat berpontensi mengembalikan kekuasaan orang Melayu yang sudah hilang melalui proses yang dilaksanakan oleh British apabila meletakkan orang Melayu di kampung, orang India di ladang getah dan orang cina di pekan menjadi peniaga dan pelombong.

Kedatangan Jepun banyak menghalau orang Cina pulang ke negara mereka dan mengembalikan orang Melayu kepada kekuasaan mereka dan Jepun ibarat penjajah yang menjajah demi nafsu yang mudah dilembutkan dengan agama dan dakwah namun berbeza denagn British yang menjajah dengan perancangan dan tujuan agama, politik dan ekonomi.

Bukankah Jepun dari kuasa paksi yang menyokong Jerman dan Rusia dan bukankah Kerajaan Islam Turki Otthmaniyah pun menyertai perang dunia dengan menyokong kuasa ini ? Maka secara faktor kecil pendudukan Jepun membahayakan sekuler dan British dan dibimbangi apabila pejuang agama dan tanah air seperti Ibrahim Ya’akob diberi penghormatan oleh Jepun dan Islam dalam kesusahan mula mendapat tempat dihati penduduk tanah Melayu.

“Bahkan ada dikalangan mereka berhasad kepada manusia ..” (An-Nisa : 54).

Bukankah apabila Jepun datang maka hidup menjadi susah ? Maka bukankah kesusahan itu menjadikan rakyat mula kembali bersatu dan kuat dan semangat perjuangan Islam itu mula timbul ? maka British bimbang lalu mula memperluaskan dan menyebarkan khabar angin dan menyebarkan kejahatan Jepun dan dakyah-dakyah serta mengajak orang Melayu menentang Jepun sehingga akhirnya tewasnya Jepun dan British kembali berkuasa dengan kerjasama orang Melayu.

Sekali lagi British berkuasa di tanah Melayu selepas undurnya Jepun dan setelah melihat orang melayu amat taat kepada british, cara hidup dan budaya British maka British mula mahu berundur dengan syarat orang Melayu mesti menerima konsep dan sistem perundangan dan pemerintahan sekuler dan fahaman barat dalam kehidupan.

“Dan tidaklah akan sekali-kali yahudi dan nasrani itu meredhai kamu sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka” (Al-baqarah : 120).

Konsep parlimen, perlembangaan, mahkamah berasaskan undang-undang british, pilihanraya, demokrasi berasaskan sistem kenegaraan barat, parti politik, undid an lain-lain maka wujudlah kelompok manusia yang menentang namun suara mereka sudah tidak kedengaran lagi apabila rakyat tanah Melayu sudah terasuk dan ketagih kemerdekaan dan kebebasan dari konkongan dan belenggu penjajahan yang pelbagai.

Maka akhirnya setelah muncul tokoh-tokoh seperti Tengku Abd Rahman Putra Al-Hajj, Dato Onn , Dato Ja’far dan lain-lain yang pernah menerima tarbiyah barat, menerima pendidikan barat dan terpengaruh dengan pendidikan dan cara hidup barat yang jauh dari kefahaman Islam dari pendedahan negara Islam maka mereka ini menyokong British dan menyatukan penduduk tanah Melayu dalam sebuah parti politik dan memasuki pilihanraya yang dibuat oleh British dengan sokongan British.

Lalu setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan dan akhirnya diberikan kemerdekaan iaitu kebebasan dari sistem Islam, kebebasan dari cara hidup Islam, kebebasan dari kongkongan Islam, dari kongkongan hukum Islam, dari belenggu ajaran Islam dan dari belenggu pemerintahan menurut sistem Islam kepada sistem demokrasi iaitu rakyat bebas menentukan hukum apa sahaja walaupun menentang hukum Allah dan pembebasan dan merdeka dari Islam kepada sekuler di mana suara majoriti lebih utama dari firman Allah swt, undang-undang mahkamah sekuler dari Britain lebih utama dari hukum syariat Islam.

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang kafir” (Al-Maidah : 44).

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang zalim” (Al-Maidah : 45).

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah maka sesungguhnya mereka itu ialah golongan yang fasiq ” (Al-Maidah : 47).

Maka pada tanggal 31 Ogas 1957 maka merdekalah penduduk tanah Melayu dari Islam , dari kehidupan Islam, dari hukum Islam yang ditegakkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka kepada undang-undang sekuler, kepada Demokrasi, kepada sistem barat dan menjadi gembiralah penduduk tanah Melayu menyambut merdeka.

“Celupan (acuan, sistem, manhaj) Allah , maka siapakah yang lebih baik celupannya dari Allah ? (Al-baqarah : 138).


Merdeka !!! Merdeka !!! Merdeka !!!

Jika demikian merdeka yang disebut di atas jika apa yang disebutkan itu benar dan memang realiti merdeka itu sebegitu maka sesungguhnya merdeka itu ialah haram dan berdosalah sesiapa yang menyambut kemerdekaan tanah Melayu.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).
Sekiranya kemerdekaan tanah melayu benar seperti yang disebutkan di atas maka hukumnya ialah haram dan syiriklah sesiapa yang menyambut merdeka iaitu bererti menyambut gembira perbuatan membebaskan diri dari ajaran Islam iaitu murtad pada Islam dari sudut politik, dari sudut undang-undang, cara hidup, sistem kenegaraan dan hanya Islam pada ibadah dan muamalah.

Syiriklah sesiapa yang menyegutukan Allah pada hak hukum dan hak perundangan apabila hukum jenayah tidak lagi menurut hukum syariat yang diturunkan oleh Allah dan hak menentukan hukumnya yang sepatutnya hanya dari Allah dan dijatuhkan hukuman hanya menurut kitab dan sunnah sebaliknya ditentukan menurut peraturan dan kanun akta akal manusia (Equity Law) dari barat dan dari undang-undang berdasarkan Customary Law (undang-undang yang diimport dari asal usul peraturan hidup orang kafir barat dahulu).

“Dan siapa yang menentang Rasul setelah jelas bagi mereka petunjuk serta mengikuti jalan yang bukan jalannya kaum Mukminin, Kami biarkan dia memilih apa yang diingini nafsunya dan Kami masukkan dia ke jahanam sedangkan jahanam itu adalah sejelek-jelek tempat kembali.” ( An Nisa’ : 115) ]

Kemerdekaan sebaliknya menjadi ibadah, menjadi satu kewajipan, menjadi satu kebaikan dan berpahala serta di anggap sebagai satu usaha kebajikan apabila ianya merupakan kebebasan yang membebaskan manusia dari kejahilan, dari kesesatan, dari penghambaan dan pengabdian sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah swt.

“ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada kami.” (Surah Adz-zariyat : 56).

Kemerdekaan yang membawa makna pembebasan manusia dari dijajah minda oleh barat, dari dijajah jiwa dan agama dari kekufuran, dari dijajah hati oleh nafsu dan dari dijajah akal oleh iblis maka ianya disebut sebagai kemerdekaan yang berkebajikan yang dibuat demi membebaskan manusia dari kejahatan kepada kebaikan.

Kedatangan Islam merupakan satu ajaran yang membebaskan manusia dari kezaliman kepada kerahmatan dan kebajikan. Islam datang membawa bersama rahmat dan azab iaitu rahmat kepada mereka yang mahu menerima kebaikan dan mahu mengamalkan kebaikan dan azab bagi mereka yang melakukan kejahatan dan enggan menerima kebaikan sebaliknya menyukai kerosakan dan kezaliman.

“Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan ” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Islam membawa ilmu dan keterangan dan menmusuhi serta memerangi jahiliyyah dan kebathilan serta kesesatan. Maka jika dilihat dalam hal ini, bagi golonga susah yang teraniaya maka Islam di anggap sebagai penyelamat demikianlah yang berlaku di Madinah apabila kaum Ansar yang sebelumnya ialah suku arab dari khajraj dan Aus sering berperang akibat menjadi alat permainan kepada kaum Yahudi di Madinah dan diperlagakan, diperhambakan maka apabila datangnya Islam mereka menganggap Islam sebagai pembebas kepada penderitaan mereka, Islam sebagai penyelamat, Islam sebagai rahmat , Islam sebagai penyatu dan persaudaraan.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (Ali – Imran :102).

Namun bagi Yahudi di Madinah atau kaum munafiqin yang hatinya enggan menerima kebaikan dan menyukai kezaliman dan kejahatan maka mereka merasakan kedatangan Islam sebagai pemusnah, sebagai azab, sebagai zalim, sebagai pembunuh, sebagai perompak, sebagai perampas kenikmatan dan kesenangan mereka selama ini.


“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15).

Demikianlah apabila berlakunya pembukaan kota-kota dan ekspedisi (penjajahan dan penaklukan) Islam ke negara-negara lain dan pelbagai kawasan di dunia. Islam pernah menakluki Sepanyol, Konstantinopal, baitul Maqdis, Afrika, Timur dan barat serta pelbagai tempat di dunia maka kedatangan Islam dilihat sebagai rahmat yang membawa ilmu, tamadun, harta dan kebajikan serta keadilan.

Namun bagi mereka yang zalim melihat kedatangan Islam sebagai penjahat yang merampas kemewahan mereka seperti yang difikirkan oleh raja-raja negara yang ditakluki Islam, mereka mengatakan Islam sebagai pencemar budaya dan agama kata golongan paderi dan rahib tua negara yang dijajahi oleh Islam sebab ilmunya sudah tidak diterima pakai lagi kerana telah datang Islam membawa kebenaran.

Demikianlah prinsip Islam iaitu sentiasa menentang kebathilan dan jahiliyyah dan mustahil berdiri sama antara keduanya dan mustahil Islam bertolak ansur dengan kejahatan dan jika tertegaknya kejahatan bererti jatuhnya Islam dan jika tertegaknya Islam bererti jatuhnya kejahatan. Maka Islam itu sudah sempurna dan tiada memerlukan tambahan, ubahsuai nama atau gelaran sehingga ditukar tukar namanya menurut keadaan masa sungguh Islam tidak memerlukan hal demikian.

“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108).

Islam tidak memerlukan sebutan “Islam hadhari” , “Islam Badawi”, “Islam politik” , “Islam Liberal”, “Islam Sosial” atau lain-lain gelaran kerana semua ini ialah acuan barat dan musuh Islam yang menerapkan kepada umat Islam yang jahil dan bodoh walaupun mempunyai gelaran Phd, MA, atau BA dalam pelbagai bidang ilmu kerana mereka hanya belajar di universiti akan silibus yang diterapkan kepada mereka sedang ilmu yang tiada dalam silibus maka jahillah mereka.

“Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan” (Al-baqarah : 208).

Baginda rasul pernah bersabda : “ Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467).

Sebaliknya Allah memberikan kefahaman agama kepada golongan yang disukainya yang belajar agama demi kebenaran dan demi mengamalkan isi kandungan Islam yang sebenar maka mereka inilah yang diberikan kebenaran dan kefahaman.

Sabda rasulullah : " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037).


Islam itu sudah membawa merdeka (pembebasan dari kesyirikkan dan kesesatan) sejak awal kita mengucapkan kalimah syahadah, sejak awal didengarkan kalimah azan ke telingga (pembebasan dari kekufuran) sejak awal ibu dan bapa membacakan doa persetubuhan sehinggalah kepada lahirnya kita (pembebasan dari gangguan syaitan) kerana Islam itu sudah lengkap dan merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah swt tuhan semesta Alam.

“Dan kepadanyalah (Allah), semuanya menyerah diri baik yang berada di langit dan di bumi sama ada secara sukarela mahupun paksa dan kepadanya mereka semua kembali.” (Surah Ali Imran : 83).


Merdeka !! Merdeka !!

Menyambut kemerdekaan ialah dengan Islam, dengan mengamalkan Islam dengan melaksanakan ajaran Islam. Membebaskan diri , jiwa dan raga dari bidah dan kepalsuan, dari budaya dan adat, dari fahaman dan fikrah akal manusia, dari kejahilan dan kebodohan taqlid buta, dari khabar angin dan fitnah, dari umpatan keji kepada nasihat berguna dan berhikmah, dari perlacuran dan mempamerkan bentuk badan kepada menutup aurat.

Dari memakai jubah lawa dan berwarni – warni sambil berfesyen-fesyen dalam bertudung dengan mendakwa dirinya sebagai ustazah atau pendakwah muslimah dikaca televisyen yang jika lalu ustazah atau pendakwah muslimah ini di depan India atau Bengali pun akan dirogol kerana terlalu ghairah pakainya kepada memakai pakaian muslimah yang menutup aurat, yang menjaga pandangan dan mengelak tarikan lelaki dan menjaga maruah dirinya.

Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).


Dari berjalan keluar ke pekan-pekan tanpa tujuan kepada berjalan ke kedai buku atau mendengar ceramah, dari keluar rumah bagi perempuan tanpa mahram kepada keluar rumah dengan mahram atau belajar menetap di rumah untuk mengurus urusan rumah dan membantu ibu bapa menyelesaikan kerja rumah.

Dari seorang bapa yang jauh dari hidayah Islam kepada bapa yang soleh dan melaksanakan Islam dalam rumahtangga dan menegakkan dakwah kepada keluarga. Dari seorang bapa yang keras kepada anak-anak tanpa pasal dan sebab kepada bapa yang penyayang dan rahmat kepada anak-anak.

Dari seorang bapa dan ibu yang sukar mahu menikahkan anak perempuannya dan enggan mahu mengahwinkan anak-anaknya sehingga telah mendapat kerja kepada memudahkan anak-anak dan membantu supaya anak-anak segera mendapat jodoh yang baik dan membantu mereka supaya segera bernikah.

“Dan nikahkanlah golongan bujang dikalangan kamu dan orang yang soleh….Jika mereka itu miskin maka Allah akan mengayakan mereka dengan kurnia-Nya ” (An-Nur : 31).

Dari seorang yang suka membuat maksiat kepada banyak beribadah dan melakukan taubat. Dari seorang bujang dan berteman dengan ahli maksiat kepada menjadi seorang yang berkahwin dengan tujuan mengelakkan maksiat dan bersahabat dengan orang yang soleh dan bertaqwa.

Dari seorang muslimat yang suka mendengar nasyid, membaca novel-novel cinta baik cinta cintan ustazah atau ustaz kepada muslimat yang suka membaca al-qur’an, menyemak tafsir al-qur’an, memahami maksud ayat dan tuntutan, membaca hadith dan kisah sahabat dan sejarah Islam untuk diamalkan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahwa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini. Dan sebaliknya apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (HR. Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Itulah merdeka, itulah erti merdeka iaitu satu kebebasan dari kejahatan dan kejahilan kepada kebaikan dan ilmu pengetahuan.


" Dan berilah peringatan kepada mereka yang berpaling dari perintah Allah bahawa akan menimpa mereka dari fitnah atau azab yang pedih" (Surah An-Nur : 63).



Wallauhualam…

Sumber : http://ustaz.blogspot.com/2005/08/kemerdekaan-menurut-islam-kupasan.html

Thursday, September 8, 2011

Info Malaysia !

Assalamualaikum..


Baik, bersempena dengan hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September, jadi aku terjumpa berkenaan dengan info sejarah ini. Jom sama-sama kita baca bagi menambahkan lagi ilmu pengetuan dalam diri kita berkenaan dengan negara tercinta !





Di sini dikemukakan beberapa fakta menarik berkenaan dengan nama “Malaysia”. Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.
Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :

1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.

2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud “Mountains of Asia”.

3) Malaysia wujud daripada nama “Malesia”, yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.




Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.

2) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

3) Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu.


Sumber : http://wakafkita11.blogspot.com/2011/09/info-malaysia.html

Thursday, September 1, 2011

Nikmat merdeka seorang pejuang

Oleh WAN SHAHARA
AHMAD GHAZALI

Ismail menunjukkan gambar kenangan beliau menjadi satu-satunya wakil dari Malaya ketika itu yang mewakili pasukan England dalam sukan hoki semasa beliau menjalani kursus senjata di Hampshire.



KEMERDEKAAN bukan sahaja bermakna negara bebas daripada penjajahan tetapi juga mencetuskan transformasi mengagumkan bagi negara.

Bagi Ismail Chemenggun, 72, beliau berasa bangga untuk menjelaskan pengertian nikmat Merdeka dari kaca mata seorang bekas askar.

Ismail menjemput penulis ke rumah yang didiami beliau sekeluarga sejak berpindah ke Batu Arang, Selangor pada tahun 1970.

Pekan Batu Arang itu sendiri, jelas Ismail, melalui transformasi daripada sebuah penempatan luar bandar kepada penempatan pinggir bandar. Beliau sempat menunjukkan gambar lama setiap kali menyiapkan ubahsuai rumah yang dilakukan sendiri dengan tulang empat kederatnya dan tetap mengekalkan gabungan warna biru, kuning dan merah iaitu warna kor Kejuruteraan Elektrikal dan Mekanikal Diraja (REME).

Warna itu mempunyai makna mendalam kerana beliau mahu sentiasa ingat betapa tingginya semangat muda beliau seawal usia 16 tahun sebagai askar British Malaya bersama REME.

Empat rakannya yang pernah sama-sama berkhidmat semasa di sekolah tentera Army Boys Trade dan REME di Singapura turut datang memberi sokongan moral pada sesi temu bual itu.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Ismail membuka bicara dengan menceritakan pelbagai cabaran yang dihadapi sebelum merdeka, khususnya pada zaman Perang Dunia Kedua (1941-45) dan darurat ekoran ancaman Komunis (1948-60).

“Rakyat terpaksa hidup dalam keadaan huru-hara dengan keadaan ekonomi yang teruk, tiada kemudahan sekolah dan klinik, jika adapun terlalu jauh dan tidak ramai yang mampu,” luah beliau.

Sistem jalan raya, komunikasi dan pengangkutan pun sangat teruk, contohnya jika perlu ke Singapura dari Kuala Lumpur, rakyat terpaksa bergantung kepada perkhidmatan kereta api yang mengambil masa sekurang-kurangnya 16 jam.

“Itupun kalau tak rosak tengah jalan,” sahut rakan-rakannya.

Ismail menggambarkan bahawa keperluan asas untuk rakyat biasa, seperti elektrik, bekalan gas dan air masih belum wujud, sebaliknya perlu bergantung kepada perigi yang digali sendiri, kayu yang ditebang sendiri dari hutan untuk memasak dan pelita minyak tanah bagi menerangi kegelapan.

Lebih menakutkan, rakyat bukan setakat miskin dengan makanan yang terhad, malah hidup dalam ketakutan bimbang disergah penjahat atau diserang musuh.



Gambar Ismail yang segak berpakaian seragam askar British Malaya.


Azam pemimpin

Tetapi berkat usaha para pemimpin kemerdekaan bermula dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar pada tahun 1946 menerusi UMNO, dan diikuti oleh usaha Tunku Abdul Rahman Putra serta yang lain, Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 secara aman, diikuti dengan gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

“Tetapi, negara ditimpa malang lagi apabila diganggu-gugat oleh dua peristiwa utama iaitu konfrontasi Indonesia pada 1962-66 dan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Namun, dengan kebijaksanaan para pemimpin negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai usaha dilakukan supaya rakyat kembali hidup dalam keadaan harmoni dan muhibah,” ulas beliau dengan panjang lebar.

Apapun, Ismail meletakkan harapan besar kepada generasi muda dan akan datang supaya peristiwa hitam seperti konfrontasi dan rusuhan berkenaan tidak lagi berulang di Malaysia, sebaliknya perasaan muhibah dan sepakat perlu sentiasa disemarakkan.

Usaha yang dilakukan, terang Ismail, termasuk rangkaian ceramah untuk menyampaikan maklumat dan penjelasan kerajaan terhadap situasi terkini, memperbanyakkan kawalan keselamatan, penempatan rakyat disusun semula, mewujudkan banyak kampung baru untuk keselamatan masyarakat dan melemahkan pengaruh Komunis.

Di samping itu, banyak nama khas yang berunsurkan penjajah telah digantikan dengan nama yang berjiwa kebangsaan seperti nama tokoh negara atau perkataan yang lebih patriotik termasuk nama bandar, sekolah, hospital, pelabuhan, bangunan, jalan raya dan destinasi bersejarah.

Kerajaan juga, katanya, mewujudkan pelbagai dasar dan kuota yang lebih adil dan saksama untuk menjaga masa depan keharmonian pelbagai kaum.

Akhirnya, kemajuan dapat dinikmati bersama apabila negara cukup aman dan kukuh sehingga mampu menarik pelabur dan pelancong luar negara, jelas Ismail yang turut gembira apabila kekuatan ekonomi membolehkan lebih banyak kemudahan asas, sekolah, hospital, jalan raya dan sebagainya dibina untuk rakyat.

“Rakyat lebih gembira, sihat, mampu mendapatkan peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih sempurna, selain dapat melakukan aktiviti sosial seperti bersukan dan berhibur. Inilah bukti nikmat kemajuan,” jelas Ismail dengan penuh syukur.

Tetapi, beliau kecewa kerana generasi yang lahir selepas merdeka mudah pula terjerumus dengan pelbagai masalah sosial dan akhlak menyebabkan beliau berasa bimbang.

Berkorban demi anak

“Orang lain mungkin merasakan saya terlepas peluang kerana tidak mengambil tawaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas tamat perkhidmatan dengan pasukan tentera Komanwel British, tetapi masa itu saya baru berkeluarga dan tidak pasti keadaan masa depan keluarga jika bersama ATM yang biasanya perlu berpindah mengikut kenaikan pangkat.

“Masa itu, saya telah berkhidmat untuk negara selama 15 tahun, jika perlu tambah lagi 12 tahun berpindah-randah sebagai askar, bagaimana pula nasib dan pendidikan anak-anak yang masih kecil,” katanya.

Keputusan beliau untuk menetap di Batu Arang yang merupakan lokasi kilang peluru Syarikat Malaysia Explosives (MALEX) yang baru ditubuhkan sebelum pasukan British Malaya dibubarkan banyak membantu beliau menstabilkan keluarga dan membolehkan enam anak dan 22 cucunya berjaya dalam pelajaran dan melahirkan profesional dalam pelbagai bidang. – Bernama

Wanita pertama serah barang kemas

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my




JARUM jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Sejak dari tengah hari, Siti Rahmah Kassim yang ketika itu berusia 29 tahun kelihatan sibuk menguruskan kehadiran ratusan peserta rombongan yang berkumpul di kawasan padang berhampiran pekan Rembau.

Biarpun agak keletihan, wanita itu tetap meneruskan tugas-tugasnya. Selaku penganjur, dia mahu semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Lapan buah bas yang ditempah khas juga sudah sedia di satu sudut. Kunjungan mereka ke Kuala Lumpur pada petang 30 Ogos 1957 itu bukan untuk bersuka ria, sebaliknya mahu menyaksikan satu peristiwa paling penting dalam sejarah negara.

Siti Rahmah sememangnya sudah lama menantikan tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu. Perjuangannya bukan bemula sehari dua, tetapi sejak 1945 lagi melalui Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan UMNO.

Dalam ceramahnya, dia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan wanita tentang kepentingan perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Kini berusia 86 tahun, dia merupakan orang pertama menyerahkan barangan kemas bagi membantu rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Liputan meluas

Kisah Siti Rahmah dipukul oleh ibunya sehingga bajunya berlumuran darah kerana memberi gelang perkahwinan pemberian ayahnya pada sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir Melaka juga mendapat liputan luas akhbar-akhbar di Tanah Melayu.

Lamunannya terhenti, tindakan sekumpulan peserta lelaki yang tiba-tiba turun dari bas menarik perhatiannya.

Rupa-rupanya, di dalam bas itu bukan sekadar peserta tetapi ada beberapa anggota polis cawangan khas British ditugaskan untuk menggagalkan rombongan berkenaan.

“Mereka cuba menakut-nakutkan segelintir peserta bahawa orang putih akan menjatuhkan bom menggunakan kapal terbang ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka di Stadium Merdeka.

“Tidak hairanlah, ada peserta yang terpengaruh dan mahu pulang ke rumah, namun saya berjaya memujuk mereka kembali. Itu semua taktik jahat orang putih dalam usaha mengagalkan kemerdekaan negara,” cerita anak kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan itu.

Selepas melalui perjalanan panjang dan berliku-liku, rombongan dari Rembau itu akhirnya tiba di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur ketika malam menjelma.

Siti Rahmah berkata, ibu negara seakan-akan berubah wajah dengan kehadiran ribuan orang ramai dan kenderaan yang datang dari segenap pelosok tanah air.

“Menjelang malam, suasana di sekitar Kuala Lumpur penuh meriah diterangi lampu jalan. Semua orang berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor sambil membawa sepanduk dan bendera Persekutuan.

“Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan begitu gah diterangi lampu- yang berwarna-warni. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri,” ujar bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Bahagian Terentang (Rembau) itu.

Laungan Merdeka

Katanya, tepat pukul 11.55 malam, Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli Perikatan bermotosikal dan polis pengiring pun tiba.

Ujarnya, Tunku telah disambut oleh Datuk Abdul Razak Hussein dan beberapa pemimpin daripada ketiga-tiga parti Perikatan yang mengiringinya ke pentas di tengah padang. Suasana yang sebelum itu riuh-rendah bertukar sunyi sepi, masing-masing tidak sabar menanti detik 12 malam yang menandakan tarikh kemerdekaan negara.

“Tepat pukul 12 malam, jam di menara berbunyi. Secara spontan laungan Merdeka berkumandang daripada ribuan rakyat jelata yang memenuhi segenap penjuru padang,” jelasnya.

Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika bendera Union Jack mula diturunkan dan lagu God Save The Queen dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu.

Katanya, ketika itu air matanya mencurah-curah. Dia bagaikan tidak percaya Tanah Melayu akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan selepas hampir 170 tahun dijajah British.

Pada malam itu juga, buat pertama kalinya lagu kebangsaan, Negaraku, diperdengarkan kepada umum. Ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang dikibarkan, semua orang memberikan tabik hormat.

“Saya lihat wajah Tunku begitu berseri-seri selepas upacara malam itu, begitu juga dengan wajah-wajah rakyat jelata yang hadir.

“Masing-masing kelihatan begitu beremosi. Saya juga tidak terkecuali, ternyata perjuangan saya selama ini menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kemerdekaan telah berbalas,” ujarnya yang kini bergelar Datuk dan memegang jawatan Pengerusi Tetap Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sembilan.



PADA usia 86 tahun Siti Rahmah masih cergas dan mampu menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Tetap Perkim Negeri Sembilan.


Episod kemerdekaan negara tidak terhenti begitu sahaja. Keesokannya, kira-kira 20,000 rakyat jelata berkumpul di Stadium Merdeka untuk menantikan pengisytiharan kemerdekaan negara secara rasmi.

“Malam itu saya dan suami menginap di rumah seorang kenalan lama di ibu kota. Tepat pukul 5.30 pagi, kami sudah berada di pekarangan stadium sambil menantikan upacara bersejarah yang bakal diadakan.

“Ketika itu terbit kebimbangan mengenai kisah serangan bom seperti didakwa oleh polis-polis cawangan khas British benar-benar terjadi, bagaimanapun dari mula hingga akhir majlis berjalan lancar,” jelasnya.

Menurut Siti Rahmah, upacara penuh simbolik di hadapan tetamu-tetamu kehormat seperti wakil kerajaan British dan wakil Raja-Raja Melayu jelas menandakan penjajahan British telah berakhir.

“Di atas pentas, saya melihat Tunku begitu segak dengan pakaian berwarna hitam Muskat ketika membaca watikah kemerdekaan. Ia diikuti laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali.

“Saat itu tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah di atas apa yang berlaku.

“Biarpun negara kini telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, tidak bermakna perjuangan saya telah selesai. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan,” ujar serikandi terbilang itu.

Wednesday, August 31, 2011

Iktiraf tanpa dikenang

DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam.
DOA...Abu Bakar berdoa di pusara abangnya, Allahyarham Mohamed di Tanah Perkuburan Islam di Kebun Teh, semalam. 
JOHOR BAHRU: Dalam kemeriahan seluruh rakyat Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 hari ini, serentak dengan sambutan Aidilfitri, perasaan terkilan masih bersarang di sanubari keluarga pencipta Jalur Gemilang, Allahyarham Mohamed Hamzah.

Adik bongsu Allahyarham, Abu Bakar Hamzah, 76, berkata, keluarganya bersyukur selepas kerajaan mengesahkan abangnya sebagai pencipta Jalur Gemilang pada 17 Julai 2005, namun pengiktirafan secara zahir daripada pengesahan itu tidak diperoleh bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

“Sudah tujuh tahun Allahyarham disahkan pencipta Bendera Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang, namun hingga kini arwah masih tidak menerima anugerah khas seperti dijanjikan pihak berkuasa. “Lebih menyedihkan, pusara Allahyarham usang termasuk simen di sekelilingnya terkopak, namun tiada pihak tampil membantu membaikinya,” katanya yang ditemui ketika mengunjungi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dagang, Kebuh Teh di sini, semalam.

Pesara tentera itu berkata, keluarganya selain anak perempuan tunggal Allahyarham yang tinggal di Kuala Lumpur tidak dapat membiayai kos membaik pulih pusara kerana masing-masing tiada pendapatan.

Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan ingin mengenang jasa Allahyarham yang meninggal dunia pada 19 Februari 1993, keluarganya amat berbesar hati, sekurang-kurang membaik pulih pusara Allahyarham.

“Pengesahan Allahyarham sebagai pencipta Jalur Gemilang adalah pengiktirafan, namun apa faedahnya sekiranya tiada sebarang penghargaan diberikan hingga perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.


“Apa salahnya, sedikit keuntungan hasil menjual buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ oleh pihak tertentu sejak beberapa tahun lalu digunakan untuk membaik pulih pusaranya sebagai tanda mengenang jasanya,” katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berharap permintaan keluarganya diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membolehkan orang ramai mengenali pusara Allahyarham yang berjasa kepada negara menerusi bendera Malaysia ciptaannya.

Persoalan siapa pencipta bendera Malaysia pertama kali dicetuskan Metro Ahad pada 29 Ogos 2004, beberapa hari menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-47 pada tahun berkenaan.

Selepas beberapa siri laporan berita mengenainya dibuat Metro Ahad dan Harian Metro, beberapa pihak tampil memberi maklumat, antaranya JKR Johor dan Yayasan Warisan Johor sebelum Allahyarham Mohamed dikenal pasti pencipta yang dicari-cari. Hanya selepas hampir setahun kemudian iaitu pada 17 Julai 2005, segala kemusykilan terungkai apabila Datuk Seri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan membuat pengumuman rasmi mengesahkan Mohamed pencipta Jalur Gemilang.

Kira-kira dua tahun selepas pengesahan rasmi itu, satu buku bertajuk ‘Mohamed Hamzah Pereka Cipta Jalur Gemilang’ dilancarkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam majlis khas pada 17 Ogos 2007.