Tuesday, February 15, 2011

Valentine Day aka Hari Kekasih

Pandangan Islam Tentang Hari Kekasih (Valentine Day)

Sunday, February 14, 2010
Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti.

Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat).

Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang malapetaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia.

Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat.

Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulama', kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam.

Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti.

Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.

Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam.

Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day).

Ramai ulama' Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”

Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya.

Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama paderi yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka.

Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikhuatiri murtad dari agama Islam.

Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam.

Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).

Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.

Marilah kembali kepada cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah.

Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhoi Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, bermesra dengan pasangan dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam.
Artikel : Kembara Islami
Berikut adalah sedikit sejarah mengenai yang dikatakan Hari kekasih : 

HAri valentine atau valentine days adalah hari yang di sebut sebut sebagai simbol hari kassih sayang yang jatuh pada tanggal 14 februari.., tapi tahukah anda bawha sesungguhnya hari velntine itu dilarang khususnya oleh yang beragama muslim.keterangan tersebut diambil dari beberapa sumber termasuk al- quran.

Sejarah valentine

Sungguh merupakan hal yang ironis (menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri ‘terjun’ dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang karena kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cobaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari arti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment ini hanyalah tidak lebih bersifat kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merusak ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

pandangan islam


sebagai seorang muslim ,coba kita renungkan dan pikirkan apakah boleh mengikuti sesuatu yang bukan berasal dari islam ?
mari coba kita renungkan…..

allah swt berfirman
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:
“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
pendapat tentang valentine ;
dari keterangan keterangan di atas dapat di tarik beberapa kesimpulan
1. bahwa agama islam melarang keras perayaan valentine
2. bahwa seorang muslim di larang mengikuti apapun yang bukan bersumber dari islam terutama alqur-an dan hadist
3. hari valentine merukan ritual yang dilakukan nasrani yang bertujuan merusak aqidah seorang muslim..

Artikel : kajian-islam.co.cc

Saturday, February 5, 2011

Seindah Mawar Berduri-Episod 2

Syaqiera, Yusra, Sayyidah, Roziana, Juliea, Nur Fatihah dan Nik An-Najah sudah sedia
menanti Khazinatul Asrar di Kafetaria Alumni. Mereka sering datang lebih awal untuk
memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah
seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan
setiap minggu itu sering mereka nanti–nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang
terjalin sesama mereka.

Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat
suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.

"Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41," arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula membelek
tafsir Quran masing – masing.

"Biar saya bacakan…" Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta.

"dan saya bacakan tafsirnya…" Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar
tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka.

"Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah yang
bermaksud : ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan
sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang )dari Allah. Mereka itu adalah orang–
orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia
dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.

Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan
menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada
kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya.

Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan
mendustakannya.

Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah.

Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan
hidayah-Nya ke hati–hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok
Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat.
Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri.

Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat
yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi.

Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang memerintah
seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah lagi membiarkan
ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit.

Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering
membuat kesilapan." hurai Khazinatul Asrar.

"That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum tertentu jea,
kita pun boleh masuk sekali, kak Asrar, kan?" soal Yusro yang agak aktif orangnya.
Minta kepastian.



"Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang –
orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah.

Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal
dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan
orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana
sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran
yang dia imani sebelumnya.

Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah
S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dari–Nya,
sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang bermaksud :

"dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’

Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :

‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’

Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana
percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan
hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai
keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan
tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik
orang yang tak bersedia," jelas Khazinatul Asrar lagi.

"Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?" Nur Fatihah mencetus
persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–
adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.

"Apa pendapat Syaqiera?" Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan
pandangan.

"Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah
biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,"
jawab Syaqiera, petah.

"Juliea pula bagaimana?" Khazinatul Asrar bertanya lagi.

" Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah,
mesti benda tue baik," yakin jawapannya. "Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…" Roziana mencelah. "Confuse? Boleh kongsi?"
Khazinatul Asrar bernada lembut. "Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana.
Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana
teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah.
Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh
daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat
namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call.
Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu," luah
Roziana.

"Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?" keluhnya lagi.

"Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk
menafikan kelalaian cinta," Nik An-Najah bersuara tegas.

Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.

"Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta
kerana Allah?" Khazinatul Asrar cuba membuka minda.

"Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan
cara hidup Islam, baitul Muslim" jawab Syaqiera spontan.

"Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.
Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana
Allah," Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.

"Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?" Sayyidah minta kepastian.

"Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk
itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya
tak syaro’. Itulah yang disedihkan.

Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah
masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak
gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat
satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera
dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan."

"Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?" getus Yusro

"Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani
untuk bercinta lagi," nasihat Khazinatul Asrar.

"Kalau dah terjebak macam Ziana ni?" gerutu Roziana.

" Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya
boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai.
Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu
sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha

Penyayang," jelas Khazinatul Asrar.

"Praktikalnya?" Roziana mahu lebih jelas.

"Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah
untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan
dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan
masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada
kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah," senyum berputik di bibir.

Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan
amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–
Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup
meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.

" Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!!!

Nota misteri berwarna biru lembut hadir lagi dan kali ini dalam failnya pula. Ketika itu
malam masih muda. Khazinatul Asrar sedang sibuk menyiapkan assigment dalam
perpustakaan. Berjilid–jilid kitab Tahdib At–Tahzib berselerak di depannya. Dia menjadi
bingung dan cuba mengingat–ingat apa yang telah dia lakukan hingga digelar pencuri.
Fikirannya buntu.

"Berani kerana benar! Apa yang perlu aku takutkan…mungkin ada orang yang sengaja
ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarlah dia…nanti bila dia rasa penat buat
kerja tak berfaedah nie, tahulah dia berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya,"
hatinya memujuk sendiri. Dia pun meneruskan kerja–kerja yang masih banyak.

"…" tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara yang amat dikenali itu
sambil wajahnya diangkat sedikit.

"Sibuk nampak….awak ni kan tak kenal penat ke? Setiap malam bertungkus-lumus
siapkan assignment, siang pulak…mesyuarat sini, usrah situ, program sini, tamrin situ.
Susah nak nampak batang hidung. Malam-malam macam ni, saya dah agak, awak
memang ada kat sini," leter Hijriah sambil mula mengambil tempat di depan Khazinatul
Asrar. Khazinatul Asrar terus juga khusyuk dengan tugasnya.

"Saya tak kira, malam ni saya nak kacau juga awak…" celotehnya lagi.

"Asrar, awak sedar tak saya datang ni?" getus Hijriah tatkala menyedari sahabatnya
hanya acuh tak acuh sahaja dengan kedatangannya. Mulutnya ditarik muncung.

Khazinatul Asrar meletakkan pen yang sejak daripada tadi rancak menari di atas helaianhelaian
kertas A4.

"Yea...saya sedar, Hijriah sayang! Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main
liat lagi bila saya ajak ke sini," sindir Khazinatul Asrar, bergurau.

"Tak adalah…actually, saya tengah gembira ni. Tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi
dengan awak," luah Hijriah penuh ceria. Senyumannya semakin melebar menyerlahkan
susunan giginya yang cantik tersusun.

"Betul? Ish, ish, comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Okey, ceritalah… boleh saya
tumpang gembira sekali," balas Khazinatul Asrar penuh exited. Seronok melihat wajah
temannya yang ceria.

"Lihat ni!" Hijriah menunjukkan buku nota berwarna biru lembut yang tertera tajuk,
‘Clinical psychology’ . Khazinatul Asrar mencapai buku itu. Rupa-rupanya buku itu
kepunyaan Tsabit apabila dia mendapati nama pemuda itu tertulis di ruang dalam buku
tersebut.

"Kenapa awak riang sangat dengan buku ni?" Tanya Khazinatul Asrar kehairanan.

"Saya cakap kat Tsabit, nota saya untuk subjek ni tak lengkap. Terus ditawarkan notanya
pada saya. Dah agak dah semua tu…Then, waktu dia nak serahkan buku dia pada saya
tadi, saya cakaplah saya belum dinner lagi, lapar sangat separuh gastric. Saya pujuk dia
supaya temankan saya makan. Dia begitu baik sekali," Hijriah bersuara riang. Wajahnya
memang penuh ceria. "

Kenapa awak tidak meminjamnya sahaja daripada saya?" duga Khazinatul Asrar kurang
senang dengan gelagat temannya itu.

"Alah…bukan saya perlukan sangat nota tentang subjek yang menjadi favourite semua
orang ni. Saya sengaja cari peluang ni untuk mengenali hati budi Tsabit. Best lah dia,
Asrar," terang Hijriah.

"Astaargfirullahal azhim. Hijriah…kalau inilah niat awak, malam ni jugak awak perlu
pulangkan nota nie," sambil nota biru itu diletakkan di hadapan Hijriah. "Hari ni
bertukar-tukar buku nota dan makan-makan. Esok…mungkin keluar berdua-duaan pula
untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri
khalwat dan zina," nada Khazinatul Asrar agak tegas dan emosi. Nafasnya ditarik
panjang melepaskan kebimbangannya terhadap anak tunggal seorang Dato’ dari Kajang
itu. Air muka Hijriah yang tadinya riang mula berubah mendung.

Khazinatul Asrar mulai sedar bahawa dia perlu berhati-hati dan berhikmah apabila
menasihati Hijriah kerana Hijriah berjiwa sensitive dengan masalah melibatkan lelaki.
Nalurinya terlalu cenderung untuk disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Itulah ujian
Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja sebenarnya. Apatah lagi, dia ketandusan kasih
lelaki bergelar ayah sejak kecil lagi. Ayahnya lebih mementingkan materialistik daripada
menghargai erti sebuah kasih sayang. Bagi ayahnya, memberi kemewahan sama seperti
memberikan kasih sayang. Khazinatul Asrar menyedari bahawa Hijriah tersinggung.

"Maafkan saya kalau saya terlalu berkasar," Khazinatul Asrar cuba memujuk kembali…

"Bukannya apa, saya sayangkan awak Hijriah. Hijriah…sebagai siswi di Fakulti
 Pengajian Islam nie, keindahan nilai akhlak wanitanya perlu lebih terpelihara kerana kita
diasuh dengan acuan agama." Khazinatul Asrar memegang erat tangan Hijriah dan mula
mengatur kata-katanya lagi, kali ini lebih lembut… "Malah setiap wanita muslimah
sebenarnya tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib memelihara akhlaknya. Hijriah,
awak harus malu untuk buat begitu. Malulah menjadi hias pakaian kita sebagai
muslimah" nasihat Khazinatul Asrar dengan ikhlas.

"Malu? Kenapa perlu malu? Saya bukan pemalu!" Hijriah menafikan.

"Malu memang ada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara
yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba Allah je kat muka bumi milik
Allah ni. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita.
Lambang sesuatu yang mahal dan berharga, bukan sebarangan. Tentu awak masih ingat
satu hadis Rasulullah S.A.W:

"Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu."
Hijriah cuma membisu. Khazinatul Asrar menyambung lagi.

"Allah ciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang.
Lantaran itu, tidak hairankah wanita sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga.
Hijrah…jadilah bunga mawar yang indah………………………………………
……………………………………………….Rasulullah bekerja tu. Dia ada kuasa
arahkan apa sahaja pada pekerja-pekerjanya.

Namun, beliau merisik peribadi Rasulullah dan meminang Baginda melalui seorang
hamba lelakinya bernama Maisarah. Bayangkanlah betapa terpujinya sifat malu seorang
manager besar, tokoh wanita korporat terbilang pada zaman itu yang mempelopori
syarikat perdagangan peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah kualiti akhlak Sayyidatina
Khadijah turut manambat hati manusia yang paling agung di sisi Allah biar pun
Sayyidatina Khadijah dah pun berstatus janda 40 tahun."

"Tapi Asrar.. saya dah mula mencintai Tsabit. Saya tak mahu kehilangan Tsabit.Saya dah
banyak kali kehilangan…cukuplah!" terkedu Khazinatul Asrar mendengar pengakuan
sahabatnya. Mudahnya dia melafazkan cinta. Baru sebulan yang lepas Hijriah memberi
tahu Khazinatul Asrar bahawa dia jatuh cinta pada seorang pelajar Medic di kampus KL.
Kini, cintanya sepantas kilat beralih kepada Tsabit pula. Apalah erti cinta sebegini…cinta
manusia yang sementara dan berubah-ubah. Sesuatu yang tidak pasti.

"Asrar…salahkah saya?" getus Hijriah lagi.

"Hijriah…bercinta tu tak salah," nafasnya ditarik panjang dan dia menyambung lagi,

"Tapi, memuja cinta itu yang salah! Kalau nak bercinta biarlah syara’…di atas landasan
Allah! Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga
kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mula
melupakan batasan-batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka
peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah. Manusia sendirilah
yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci."

"Alah… Saya Cuma meminjam notanya dan makan-makan sikit. Tak lebih daripada itu.
Tak pegang-pegang pun!" Hijriah mencelah agak kasar. Hatinya diselubungi kebencian.

"Hijriah, saya cuma memberi peringatan sebelum tersasar. Peringatan ini semata-mata
kerana saya sayangkan awak, bukankah setiap yang membawa kepada haram adalah
haram. Lagipun, mencegah itu lebih baik daripada merawat."

Khazinatul Asrar cuba menjernihkan keadaan. Wajah Hijriah tetap serius dan masam
mencuka.

"Rasulullah sendiri ada bersabda, cinta itu buta. Cinta tak mengenal sesiapa. Apa
salahnya saya mencintai Tsabit?" Hijriah masih mengeraskan suaranya.

"Astargfirullahal azhim…saya tak bermaksud begitu. Ianya tak salah. Naluri cinta adalah
fitrah setiap manusia. Saya sekadar memberi peringatan tentang batasan cinta. Ya cinta
itu buta! Ingatlah cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas
haram dan halal juga. Dalam bercinta ni, liciknya strategi syaitan menipu pemikiran
sepasang kekasih. Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan… alah tak pegangpegang
pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata… alah bukannya berzina pun.
Orang yang berzina pula masih ada alasan…alah tak adalah sampai pregnant. Seolah-olah
dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya tu salah.

Nau’zubillah min zalik. Di usia kita ni, cinta perlu dihijab dengan dengan iman dan
khasyatillah, takutkan Allah. Allah jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Bukan ke baru
minggu lepas Ustaz Hasanul Basri ada menerangkannya dalam Kitab Silahul Ummah a’la
Huda As-Sunnah. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya ustaz bacakan satu ayat Allah,
Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan untuk
Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu
Maha Melihat," hujah Khazinatul Asrar.

"Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Saya sekarang dah dilamun
cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!" Hijriah bertegas.

"Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman awak.
Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 plat ? ya’ni mencari
kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu. Perkara yang Allah
haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea…
perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi
akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh redha Ilahi.
Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti.
Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T.
Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya.

Dr. Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta selepas
kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih ingat tak
lagi?" jelas Khazinatul Asrar.

"Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…" luah Hijriah.
Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk kesekian
kalinya.

"Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang
faham…" keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa.

"Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak
sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas!
Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya…." Hijriah bingkas bangun dari kerusi.
Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan.
Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar itu dengannya.
Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi.

Kenapakah tiba-tiba sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni
kefahaman temannya.

Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan
pencuri. Jiwanya tersentak.

Buku yang ditinggalkan di depannya itu dibelek-belek lembut. Fikirannya berserabut dan
bercelaru. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang mungkin terlalu lemah dalam
menyampaikan hujahnya kepada Hijriah menyebabkan Hijriah mula tersalah tafsir.
"Mungkin methodku tidak kena.." bisik hatinya. Di samping itu, dia memperbanyakkan
zikir untuk mencari ketenangan hati. Semakin direnung-renung buku itu, persoalan lain
pula yang bertandang di mindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu.

"Warna yang sama!" bisik hatinya,. Tangannya terus mencapai nota biru yang masih
terselit di dalam failnya. Dia cuba membanding-bandingkan warnanya. Ternyata sama
sahaja. Lagipun Tsabit gemar memakai baju berwarna biru lembut ke dewan kuliah.
Mungkin warna kegemarannya. Hatinya mengesyaki sesuatu.

"Kalau Tsabitlah orang yang menggangguku dengan nota itu, apa yang dituntutnya?"
fikirnya. Namun, dia tidak mahu menuduh sembarangan. Bimbang tersilap membuat
perhitungan. Terngiang-ngiang pula di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang
Hijriah tuturkan. Pencuri? What’s up? Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?
Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Hijriah dibebani pula dengan
persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Ilahi yang Maha
Mengetahui. Minta diberi kekuatan. Apakah situasi yang bakal dihadapinya nanti.
Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Hijriah. Lagipun, Hijriah
mudah dipujuk dan marahnya tidak berlaratan. Hatinya lembut.

"…Ya Allah, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar…"
Doa Robithoh dijadikan penawar resah hatinya. Buku-bukunya yang berselerak mula
dikemas. Keresahan yang bersarang tidak mengizinkannya untuk meneruskan revision.
Langkahnya diatur pantas untuk segera tiba di biliknya, berjumpa Hijriah.

Di suatu simpang, dia bertembung dengan Intan Izma yang menyapa lembut. Gadis
sebelah biliknya itu memang peramah. Suka mengambil berat masalah orang.
Sesuailah dengan statusnya memilih course Undang-undang. Semua masalah nak
diselidikinya… bakal peguamlah katakan.

"Asrar, kenapa tak temankan Hijriah ke stesyen komuter. Katanya tadi nak balik Kajang."
Intan Izma bersahaja gayanya. Khazinatul Asrar agak terkejut dengan berita itu.

"Hijriah balik? Intan tak tanya berapa hari dia nak balik?" garis-garis keresahan terjalur
pada wajah tenang itu.

"Marahkah dia?" detik hatinya.

"Eh, macam mana teman sebiliknya boleh tanya saya pula, gaduh ya?" duga Intan Izma.
Dia memang cekap menduga suasana.

"Gaduh? Tak adalah… tak sefahaman sedikit je. Insya-Allah, tak lama," jujur pengakuan
Khazinatul Asrar. Dia tahu kalaupun dia berdalih Intan Izma pasti dapat menghidunya
juga.

"Biasalah tu Asrar, asam garam persahabatan. Alah…jangan bimbang, dia balik sekejap
jea tu. Kajang bukan jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun tak jadi hal punya. Lagipun
Hijriah tak ada bawa beg besar. Handbeg jea. Handbegnya tu membuktikan dia bukan
bertujuan nak balik lama. Tapi itu bukanlah hujah yang konkrit sebab mungkin dia dah
ada simpanan baju kat rumah. So, buat apa nak bawa beg besar-besar, kan?!" Intan Izma
rancak berceloteh. Sepatah ditanya, serangkap perenggan dibalasnya. Bagaikan berada di
mahkamah pula.

"Tak apalah Intan. Terima kasih kerana beritahu saya hal nie. Hah, Intan nak ke mana
pulak ni?" Khazinatul Asrar cuba meringkaskan pertemuan. Dia dah cukup faham kalau
dilayannya lawyer sorang ni, 24 jam pun tak cukup.

"Saya nak ke kamsis Dato’ Onn. Jumpa Chee Wah. Nak Tanya dia pasal handset dia yang
tercicir tu samada dah jumpa atau belum. Dia tu pelupa. Dia cakap tercicir tapi ada
kebarangkalian handsetnya tu dicuri berdasarkan fakta yang diberi. Lagipun kes kecurian
handset bukanlah benda asing lagi kat sini. Chee Wah ni kena siasat betul- betul
sepatutnya. Tak mustahil roommate dia sendiri yang mencuri. Bukan semua roomate
boleh dipercayai. Ni saya nak cuba selidik kes dia ni… tak boleh biarkan
Chee Wah ni settlekannya sendiri," jelasnya panjang lebar. Selepas itu, mereka membawa
haluan masing-masing.

Setibanya di bilik, Khazinatul Asrar mendapati ada sekeping nota berwarna biru lembut
di atas katilnya.

##Asrar, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Izinkan saya balik ke Kajang untuk
menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya
akan kembali. Maafkan saya…##

Khazinatul Asrar menarik nafas lega. Dia tidak mahu konflik itu berlarutan. Kehadiran
nota itu benar-benar menenangkannya. Dia bertahmid meluahkan kesyukuran. Namun
setelah seketika, nota Hijriah yang berwarna biru lembut itu mengembalikan ingatannya
terhadap nota-nota misteri yang sering kali diterimanya.

Dia sebenarnya cuba melupakan persoalan itu kerana ianya bagaikan suatu mainan yang
sia-sia. Tiada motifnya. Masih banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan.

Namun, situasi ini mengundang persoalan tentang nota misteri itu untuk hadir lagi.
“Tulisannya tidak sama.Jenis kertas pun berlainan,” Khazinatul Asrar membandingbandingkan
nota Hijriah dengan nota-nota yang diterima sebelumnya. Wajahnya hampa.

Dia bingkas bangun memperbaharui wudhuknya. Di saat-saat resah begitu, al-Quranlah
penawar paling mujarab baginya kerana Al-Quran adalah warkah cinta dari Pencipta.
Allahlah Kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah raja segala cinta kerana
Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihatlah hanya dengan satu sifat cinta-Nya yang
dilontar ke bumi, berkasih sayanglah semua makhlukNya hatta binatang sekalipun.
Bayangkanlah 99 lagi sifat cinta yang masih bersama-Nya.

Subhanallah! Agungnya cinta Ilahi…

Pada kuliah pagi itu, awal-awal lagi Khazinatul Asrar mengajak Suwaibah Aslamiyyah
duduk di sebelahnya. Dia mengambil langkah berjaga-jaga sebelum Tsabit mengambil
kesempatan untuk duduk di sebelahnya kerana Hijriah tak datang.

Suwaibah Aslamiyyah memenuhi perlawaan Khazinatul Asrar tanpa banyak soal.
Untuk kali inipun, nota berwarna biru lembut hadir lagi dalam buku yang dibawanya.

“Wahai pencuri, saya bertai biru di Cyber Café Kajang pada pukul 5.00 petang ini. Ayuh
kita buat perhitungan!”

Pandangannya segera beralih kepada pemuda yang berkedudukan di posisi belakangnya.
Entah mengapa dia begitu curiga dengan pemuda yang memakai baju kemeja putih
berbintik biru itu. Warna biru memang ada kaitan dengan pemuda itu.

Tsabit yang menyedari Khazinatul Asrar sedang memandangnya dengan spontan
membetulkan songkok di atas kepalanya sambil tersengih-sengih. Hati Khazinatul Asrar
bertambah geram. Kali ini dia tidak berfikir panjang lagi.Hatinya penuh yakin.
Lantas dia mencoretkan sesuatu di atas kertas dan menghulurkannya kepada Tsabit.
*Perhitungan! Cyber Café Kajang, 5.00 petang.

Khazinatul Asrar berazam pertemuan yang akan diadakan seringkas yang mungkin
dengan Tsabit petang ini bakal mengajar Tsabit sesuatu. Berkeriuk dahi Tsabit menatap
nota itu. Namun selepas seketika, dia tersenyum sendirian. Entah apa yang difikirkannya.
Suwaibah Aslamiyyah juga mengeriukkan dahi melihat telatah aneh Khazinatul Asrar.
“Duhai kekasihku Ya Allah, peliharalah diriku dari fitnah..” hatinya berdoa tatkala
menyedari temannya mula memikirkan sesuatu.

Pada petang itu…

“Kenapa dia bertai hitam? Kemeja pula merah jambu…” bisik hati kecil Khazinatul Asrar
tatkala dia melihat dari jauh telatah Tsabit yang sedang mencari-cari seseorang di muka
pintu Cyber Café. Lagaknya bagaikan orang yang sudah lama menunggu. Langkahnya
terus disusun kemas menuju ke situ. Tsabit mula menyedari kemaraan gadis itu.
Dibetulkan tainya agar lebih kemas. Entah keberapa kali dia membetulkannya…
“Saudara terlupa pakai tai biru?” sindir Khazinatul Asrar tatkala langkahnya betul-betul
berhenti di hadapan Tsabit. Tubuhnya di hala ke arah lain. Tidak tergamak untuknya
bertembung mata dengan pemuda kacak kacukan Libya itu. Ghoddul basor.
“Tai biru?” dahi Tsabit berjalur dengan tandatanya.

“Ya…tai biru! Atau…mungkin tai biru itu sebenarnya yang telah saya curi. Maklumlah
saya ni kan pencuri..” Khazinatul Asrar menyindir lagi.

“Asrar, apa yang awak cakap ni?” wajah Tsabit kebingungan.

“Maafkan saya saudara…saya datang ni pun untuk mengucapkan terima kasih kerana
memberi gelaran pencuri kepada saya. Sebagai penghargaan dari saya, saya pun ingin
menggelarkan saudara sebagai perompak. Perompak ketenangan orang lain. Maafkan
saya…” kata-kata Khazinatul Asrar bagaikan duri mawar yang menusuk kalbu. Dia
pantas berlalu dari situ dan segera menaiki teksi yang sedia menanti. Tsabit masih
terpinga-pinga di muka pintu. Tiba-tiba badannya dirempuh oleh seorang pemuda bertai
biru yang berlari tergesa-gesa seperti mengejar seseorang. Pemuda itu sempat meminta
maaf daripada Tsabit. Tsabit semakin keliru.

Tidak seperti selalu, Khazinatul Asrar hanya duduk di bilik pada malam itu.
Badannya direbahkan di atas tilam. Peristiwa di Cyber Café petang tadi masih segar di
fikirannya. Hatinya puas. Dia berharap agar Tsabit tidak akan mengganggunya lagi
dengan nota-nota berwarna biru lembut itu. Namun dia masih dilanda persoalan
bagaimana Tsabit boleh meletakkan nota-nota itu ke dalam bukunya tanpa disedari.
Sesuatu yang mustahil. Secara logiknya, hanya orang yang terdekat sahaja boleh
melakukannya. Orang terdekat? Hijriah… Mungkinkah Hijriah terlibat dalam hal ini?
Hijriah? Ah…tak mungkin Hijriah. Perkara kecil sekalipun Hijriah tak mampu nak
rahsiakan daripada Khazinatul Asrar. Dia sahabat yang baik dan berterus terang.
Nota-nota yang terkumpul itu terus dibelek-belek untuk mencari clue. Tsabitkah
pengirimnya? Hatinya tiba-tiba dilanda serba-salah kerana membuat tindakan yang
terburu-buru terhadap Tsabit. Segalanya didasari perasaan geram yang meluap-luap.
Dia beristighfar menghitung dirinya. Hatinya terus berdialog sendiri. Tiba-tiba, suatu
suara halus mengejutkannya dari lamunan… suara yang tidak asing lagi. Dia bingkas
berlari ke pintu dengan senyuman yang manis terukir.

“…oh, saya gembira awak dah kembali,” wajah Khazinatul Asrar penuh ceria
menyambut kepulangan Hijriah. Salam dihulur dan mereka berdua saling bersalam
berpelukan. Wajah Hijriah juga berseri dengan keceriaan.

“Saya ingat nak balik sini secara surprise sebab biasanya waktu-waktu begini awak dah
ke perpustakaan… macam dah tahu-tahu saja saya nak balik sini…” Kedua-dua sahabat
itu beriringan ke katil masing-masing.

“Entahlah…hati saya berat semacam jea nak ke perpustakaan malam ni… tak sangka
pulak itu petanda yang sahabat saya yang sorang ni nak balik sini,” senyuman Khazinatul
Asrar masih tak lekang di bibir.

“Ha…mesti siang malam awak asyik rindukan saya…” Hijriah mengusik disambut
ketawa kecil Khazinatul Asrar. Dalam pada itu, mata hijriah melirik pada helaian-helaian
nota berwarna biru lembut dalam genggaman Khazinatul Asrar.

“Nota apa tue?” Hijriah ingin tahu sambil tangannya pantas mencapai nota-nota itu dari
genggaman Khazinatul Asrar. Kazinatul Asrar merelakan.
Entahlah Hijriah... nota-nota ni sering mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir nie.
Mungkin ini ujian Allah supaya saya sentiasa memuhasabah diri. Allah takkan bagi ujian
kalau bukan kerana Dia sayangkan kita,kan?!” kata-kata itu menyebabkan Khazinatul
Asrar direnung dalam-dalam oleh Hijriah. Mata Hijriah langsung tidak berkelip.
Bagaikan ada rahsia besar yang tersimpan. Khazinatul Asrar agak terkejut apabila
direnung begitu.

“Hijriah….???” Bibirnya mengungkap. Hijriah masih jauh meneroka anak mata
Khazinatul Asrar.

“Hijriah, kenapa ni?” Khazinatul Asrar yang kehairanan cuba menduga. Air muka Hijriah
segera berubah seperti orang yang baru disedarkan dari mimpi. Namun, dia hanya
berdiam diri dengan pernyataan Khazinatul Asrar.

“Eh, ganjil sekali perangainya…” bisik Khazinatul Asrar kebingungan.
Serentak dengan itu, Hijriah tiba-tiba bangun dari katilnya dan mendapatkan handbeg
yang baru sebentar tadi diletakkan di atas meja study. Dia mencari-cari sesuatu.
Khazinatul Asrar hanya mampu melihat telatah aneh Hijriah itu. Pelbagai soalan dan
andaian menujah-nujah kotak fikiran. Hijriah mengeluarkan sekeping nota berwarna biru
dari handbegnya dan nota itu diselitkan dalam salah satu fail kepunyaan Khazinatul Asrar
yang tersusun kemas di atas meja study. Khazinatul Asrar yang menyaksikan semua itu
bertambah keliru. Lidahnya kelu untuk menuturkan sesuatu kepada Hijriah yang
berkelakuan ganjil itu.Hijriah kemudiannya menyerahkan fail yang diselitkan dengan
nota berwarna biru itu tadi kepada Khazinatul Asrar. Dengan kebingungan, tangannya
akur menyambut fail itu tanpa alasan biarpun mindanya sarat persoalan. Nota berwarna biru itu ditatapnya.

##Wahai pencuri, kau mungkin telah ke Cyber Café…namun tuntutan saya masih belum
terlaksana. Masakan tidak, si perompak pula yang kau temui…not me!!##

Nota itu benar-benar menyentak naluri. Hijriah pula direnungi sedalam mungkin.
“Apa semua ni?” soalan yang terpacul itu memang sarat dengan tanda tanya.
Serentak dengan itu peristiwa petang tadi terngiang-ngiang di ingatannya. Kerana notanota
berwarna seumpama itulah, Tsabit digelarnya perompak. Namun itu bukanlah suatu
jawapan…sebaliknya menambahkan persoalan.

“Hijriah! What’s up?

Teka-teki apa ni? Saya tak faham…” Khazinatul Asrar terus dan terus mendesak.
Bingung. Pelik. Hairan. Ganjil. Ajaib. Ahhh..

Hijriah hanya menunjukkan reaksi tenang dengan persoalan yang diwujudkannya itu.
Namun akhirnya, hati dan perasaan seorang sahabat beralah jua pada redup mata

Khazinatul Asrar yang jelas memendam persoalan.

“Asrar, maafkan saya!” ungkapnya perlahan.

“Untuk apa? Kenapa? Hijriah…???” luahan persoalan itu benar-benar meresapi sanubari
Hijriah. Timbul pula rasa bersalah dalam dirinya kerana mendera perasaan Khazinatul
Asrar dengan persoalan. Ibarat membalas dendam kesumat yang bersarang.

“Asrar, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat tentang
nota tue, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan sesuatu
daripada awak kerana memang saya tak mampu untuk berbuat begitu…”
manik-manik jernih mula menitis di pipi Hijriah sambil tangannya menulis beberapa
susunan angka. 017-3410170.

Biarlah air mata itu menyucikan sekeping hati yang kadang-kadang dikuasai dendam dan
iri hati.

Satu persatu angka 017-3410170 dari handsetnya ditekan. Khazinatul Asrar memang
amat mengharapkan satu jawapan dan kepastian.

“Hello!” suatu suara garau menyambut panggilan bisu dari Khazinatul Asrar.

“Hello, siapa ni?” beberapa kali suara itu mendesak. Khazinatul Asrar hanya mendengar
dengan penuh keliru akan suara yang langsung tidak dikenalinya itu sambil matanya tidak
berganjak dari anak mata Hijriah, Yang pasti ianya bukan suara Tsabit.

“Hello,Hellooo…awak ni nak main-main ke?” nada suara itu semakin tinggi.

“err, siapa di sana?” terkeluar juga pertanyaan itu dari lidahnya yang kelu.

“Eh, kau pulak yang tanya saya siapa?” suara itu masih geram.

“Maafkan saya…saya…saya…saya cuma nak tahu siapa di sana?” terketar-ketar lidah
Khazinatul Asrar dilanda persoalan.

“Kenapa? Saudari ni nak berkenalan dengan saya ke?” suara itu kembali rendah dan cuba
bergurau pula. Khazinatul Asrar geram dengan gurauan itu. Bibirnya digetap.
Bukan prinsipnya gatal nak mengenali seorang lelaki.

“Maaf! Kalau bukan Hijriah yang suruh, saya takkan telefon awak!” luahan Khazinatul
Asrar itu menyentak suara itu.

“Apa? Hijriah?” suara itu menjadi cemas. Sangat cemas.

“Saudari ni Khazinatul Asrar ke?” suara itu bertanya dengan nada takut.

“Emm…” jawab Khazinatul Asrar ringkas. Dia semakin pelik apabila lelaki itu telah
mengenali dirinya.

“Hijriah mungkir janji! Saya dah agak dia mesti dedahkan juga hal ni akhirnya. Suara itu
berbaur hampa meluahkan ketidakpuas hatian.

“Jadi awaklah rupanya menyuruh Hijriah menyelitkan nota berwarna biru tu dalam bukubuku
saya?” soal Khazinatul Asrar.

“Err..jangan salah faham. Sya…saya..” suara itu seakan-akan menyusun ayat.

“Apa yang saya telah curi daripada awak?” Khazinatul Asrar semakin berani berhadapan
dengan suara lelaki itu. Dia benar-benar ingin meleraikan persoalannya.

“Khazinatul Asrar…biarlah dengan peluang ini saya berterus-terang, sejak pandangan
pertama lagi, awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya langsung
tidak boleh melupakan awak.” Suara itu langsung tidak mahu berselindung sesuatu.
Beristighfar panjang Khazinatul Asrar mendengar kata-kata itu. Butang End ditekan tibatiba
untuk mengakhiri perbualan itu. Susulan daripada itu, beberapa kali handsetnya
berirama minta disambut namun dibiarkan sahaja. Dia sedih kerana dirinya telah
melalaikan hidup seorang lelaki.

“Hijriah, tolong jangan buat saya begini!” Khazinatul Asrar seakan menahan marah.
Persoalannya bukan terjawab malah kian bertambah.

“Sabar Asrar…biar saya jelaskan,” udara disedut sedalam mungkin untuk memulakan
bicara.

“Lelaki tu Ahmad Mukhlisin namanya. Dia siswa tahun akhir course Medic. Jiran
saya…Dialah yang menyuruh saya selitkan nota-nota nie dalam buku awak.” Handset
Khazinatul Asrar berirama lagi. Dia segera memilih profile silent.

“Tapi kenapa awak lakukannya?” celah Khazinatul Asrar.

“Kerana cinta dan harapan……Asrar, saya sebenarnya menaruh impian cinta terhadapnya
namun ternyata dia mencintai awak. Sejak pertama kali dia menyuruh saya menghantar
nota-nota nie, sejak itulah saya tahu bahawa dia tak pernah mencintai saya bahkan terlalu
menyukai awak, Asrar. Dia merapati saya pun hanyalah kerana ingin mengenali awak.
Mulanya saya terlalu kecewa dan mendendami awak tanpa rasionalnya. Kuliah yang saya
ponteng tempoh hari sebenarnya kerana saya terlalu melayan kekecewaan ini. Saya sedar
kesilapan saya dan berjanji untuk membantu Mukhlisin menawan hati awak semata-mata
untuk membuktikan pada diri saya sendiri bahawa betapa tidak patutnya timbul perasaan
dendam terhadap sahabat semulia awak. Maafkan saya. Harapan saya agar dia akan
memiliki awak..”

Hijriah menitiskan air mata lagi. Khazinatul Asrar sebak dengan penjelasan itu.
Tulusnya hatimu Hijriah.

“Hijriah, usahlah menangis begini. Awak tak bersalah apaapa
terhadap saya! Saya yang seharusnya meminta maaf kerana membuat tafsiran yang
bukan-bukan. Kerana hanya timbul sedikit rasa dendam, awak diburu rasa bersalah
begini…itu sebenarnya cerminan kepada sucinya hatimu Hijriah.” Tubuh itu dirangkul
erat. Mekar kembali kuntuman ukhuwwah dan mahabbah.

“Asrar, Mukhlisin seorang lelaki yang baik dan penyayang. Dia mengenali awak sewaktu
awak turut dicalonkan mewakili Fakulti Pengajian Islam dalam pilihanraya kampus tahun
lepas. Gadis semulia awak memang layak untuknya, Asrar. Hati saya sendiri akur dengan
hakikat ini walaupun saya pernah mencintai Mukhlisin. Sekuntum mawar berduri yang
dikagumi sang kumbang… awak memang contoh yang tepat untuk apa yang awak pernah
katakan,” raut wajah Hijriah memancarkan keikhlasan.

Khazinatul Asrar hanya berdiam diri dengan kata-kata Hijriah. Setelah seketika dia
bersuara,

“Hijriah, saya harap saya takkan mengenalinya!”

“Asrar..awak tak nak bagi peluang padanya?” Tanya Hijriah. Khazinatul tidak memberi
respond terhadap persoalan itu. Hijriah menyambung lagi,

“Janganlah begitu..Mungkin awak tak suka cara dia approach awak. Yealah, siapa suka
dititlekan ‘pencuri’ ?! Tapi itu suatu hakikat…awak memang telah benar-benar mencuri
hatinya. Mukhlisin sedar awak memang sukar didekati lelaki tanpa sebarang urusan. Dia
sedar bahawa dia tiada alasan untuk mengenali awak kerana tak mungkin dia mempunyai
urusan dengan awak. Kalau dia luahkan dalam surat pun tentu awak tak layan. Apatah
lagi, mustahil baginya untuk keluar dengan awak.

Saya sendiri yang menjadi penasihat utamanya. Sebab itulah dia hadirkan dirinya dalam
hidup awak melalui cara ni. Dia tak salah, kan?!” beria-ia Hijriah membela Mukhlisin.

“Cukuplah….saya dah cukup teruji dengan makhluk Allah bernama lelaki sejak di
bangku sekolah lagi. Saya takkan tewas lagi! Pengalaman mengajar saya bahawa cinta
Allah tak boleh diganti sesiapa. Hanya cinta Allah yang memberi kebahagiaan, bukan
kelalaian dan angan-angan. Cinta manusia sifatnya sementara. Ada yang bersifat dusta.
Ada yang melalaikan dari cinta Pencipta. Saya tak nak dipisahkan dari cinta suci Kekasih
Agung di saat ini semata-mata kerana cinta sementara manusia.” Luah Khazinatul Asrar
agak emosi.

“Pengalaman? Khazinatul Asrar si mawar berduri ni pernah bercinta?” Hijriah cuba
mencungkil sesuatu.

“Hijriah, cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang…sesiapapun takkan
terkecuali. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah ujuan Allah yang paling berat
untuk hamba-Nya bergelar remaja.” Tersirat pengakuan di sebaik kata-kata itu.

“Jadi, benarlah awak pernah bercinta?” Hijriah semakin berminat untuk tahu.
Khazinatul Asrar tidak keberatan untuk mencaritakan pengalamannya. Moga Hijriah
boleh belajar sesuatu.

“Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka
tapi lama-lama saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang
saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-hari yang
saya lalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri saya ini amat dihargai… ramai
lelaki rupanya yang concern pasal diri saya. Namun sifat pemalu saya membuatkan saya
kelihatan seperti jual mahal jea, hakikatnya hati saya suka. Waktu itu hidup saya penuh
dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani suratsurat
tersebut. Tapi, Alhamdulillah, berkat tarbiyyah yang saya dapat secara sedar atau
tidak di sekolah agama tu, saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat begitu biarpun
waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan.

Then, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya.

Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya?
Hanya kegagalan…dan cinta lah punca angan-angan. Saya mula rasa keliru dengan dunia
cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati. Bukan secara zahir. Saya tak pernah
terjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota
badan. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hatiku ini untuk menadah nur
ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat
maksiat. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila ummi dan abah sedih tengok keputusan
peperiksaan akhir tahun saya. Saya cemburu kepada kawan-kawan yang sebelumnya tak
pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu.
Tak tau nak mengadu pada siapa. Saya sedih dengan kesedihan ummi dan abah. Saban
hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib kat sekolah, entah bagaimana
saya rasa tertarik pada ungkapan CINTA ALLAH.

Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa CINTA ALLAH tak
mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan
kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak
kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Saya mula
bertekad untuk mencari cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan
banyak amalan sunat dan zikir qolbi. Tika tu, susah juga nak istiqomah terutamanya
tahajjud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan tu, saya
paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya…darah daging
saya. Saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya.

Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki seperti saya, saya terfikir alangkah
indahnya kalau cintaku untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta manusia. Rasa
macam bodoh pulak hidup dalam angan-angan cinta, dahlah masih sekolah. Semua tu siasia.
Buang masa dan boleh tergadai cita-cita. Sweet 17, saya ada azam baru. Saya
ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya dah tekad bahawa cinta Allah mampu
mencemerlangkan akademik saya kerana Allahlah penentu segalanya. Bukan sekadar
akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk
bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan
ini terhadap Kekasih saya. Saya mula concern pada study dan habiskan masa lapang
untuk mengikuti majlis-majlis ilmu kerana saya yakin bahawa tarbiyyah inilah yang
mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta. Siang malam saya berdoa agar
Allah hadirkan cinta dan rindu-Nya dalam diri saya yang kosong ni. Saya ingin jatuh
cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Hinggalah
result SPM diumumkan. Saya menjadi salah seorang top-ten di sekolah. Macam tak
percaya! Semuanya kerana cinta Allah sebenarnya.

Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah tidak engecewakan. Hanya bila tersemai
semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya.
Kudus dan suci. Sebab itulah di usia ini, cinta Allah tidak boleh dikongsi sesiapa. Itu
prinsip saya,” panjang lebar Khazinatul Asrar menceritakan dunia remajanya yang
membentuk peribadinya pada hari ini. Hijriah mendengarnya dengan penuh minat dan
khusyuk, sepatah perkataan pun dia tidak menyampuk.

“Err…awak tak nak kahwin ke? Macam Rabiatul Adawiyyah…” setelah sekian lama
membisu, Hijriah mula bertanya dengan muka bodoh.

Khazinatul Asrar tersenyum. Manis.

“Siapalah saya untuk sehebat Rabiatul Adawiyyah. Cintanya tiada hijab dengan Allah
hingga ibadahnya memenuhi setiap saat dan detik. Sebenarnya, saya pun ada cita-cita nak
melahirkan ummat Rasulullah. Saya redha jika suatu hari nanti saya perlu sandarkan cinta
Allah pada seorang lelaki bernama suami. Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana
memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah
jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta. Awak
perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam konteks kita yang masih belajar
dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu dan tanggungjawab lebih daripada
cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri, so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam
diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja.
Andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk
situasi masih belum bersedia seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah.
Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah
banyak pintu syaitan tertutup. Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana
tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga
Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang mampu
membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu mengemudi
bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,” jelasnya lagi.

“Kalau Mukhlisin tu bakal suami awak?” Hijriah membuat muka bodoh lagi.

“Apa yang awak Tanya ni? Awak masih tak faham dengan penjelasan saya?” Khazinatul
Asrar buat-buat marah.

“Takkk…” balas Hijriah spontan.

“Okey, kalau dia adalah lelaki yang ditaqdirkan Allah untuk jadi suami saya, saya redha.
Allah Yang Maha Bijaksana menentukan yang terbaik untuk saya. Tapi, untuk situasi
sekarang ni, tak perlulah saya nak cakap I LOVE YOU ke, nak ajak dating ke,nak bagi
hadiah ke, coz untuk apa semua tu? Untuk ganggu study saya? Untuk bazirkan waktu
saya? Untuk tukarkan pemikiran saya dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan
hati saya? Untuk lalaikan solat saya? Untuk jauhkan saya dari Allah kerana asyik
ingatkan dia? Nau’zubillah. Tahanlah dulu cinta tu sebab Islam suruh tahan pun
bukannya lama sangat. Lepas kahwin nanti luahkanlah…cinta sesama insan atas nama
suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai.

Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas
kahwin lagi bermakna! Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang
terpelihara dari murka Allah insyaAllah akan lebih diberkati Allah. Permulaan yang
diredhai insyaAllah akan dibalas dengan keredhaan pula. Dah faham ke Cik Hijriah?
Saya dah ngantuk ni… esok kuliah awal tau, 6.30 pagi,” Khazinatul Asrar ingin bebas
dari persoalan Hijriah.

“Alah..janganlah ngantuk lagi. Banyak soalan lagi ni!” Hijriah mengeluh. Khazinatul
Asrar mendengus perlahan. Dia dapat menduga tentu soalan yang berkisar tentang nama
itu lagi akan Hijriah utarakan.

“Asrar, kalaulah Mukhlisin….”

Tatkala mendengar nama itu diulang lagi, Khazitul Asrar pura-pura menguap, tanda
mengantuk kononnya. Hijriah mencebik. Dia faham bahawa Khazinatul Asrar tidak mahu
lagi memanjangkan perbualan.

Sebenarnya, kehadiran Ahmad Mukhlisin dalam hidup Khazinatul Asrar menambahkan
resah dihati. Khazinatul Asrar bingkas untuk berwudhuk.

Tikar sejadah dihamparkan untuk solat taubat, hajat dan istikhoroh. Itulah rutin wajib
hidupnya sebelum tidur. Dia sengaja ingin tidur lebih awal bukan kerana kuliyahnya di
awal pagi tapi kerana ingin memperuntukkan ruang waktu yang lebih panjang dalam
munajat seorang kekasih pada waktu tengah malamnya.

Dewan kuliah masih lengang dari pelajar. Khazinatul Asrar yang gemar datang awal
agak terkejut dengan kelibat Tsabit yang sedang khusyuk membuat revision.
Hari ini, pemuda itu datang lebih awal daripadanya. Kotak memorinya segera mengimbas
peristiwa petang semalam. Malunya dia pada diri sendiri apatah lagi pada pemuda itu.

Perlahan-lahan dia menyusun langkah sambil memikirkan sesuatu.

“Setiap kesilapan kena minta maaf, takut Allah persoalkan di akhirat nanti,” hatinya
berbisik. Dia mula menggagahkan diri untuk berhadapan dengan Tsabit…..langkahnya
terhenti berhampiran dengan kerusi Tsabit. Tsabit pura-pura tidak menyedari kehadiran
gadis itu.

“Tsabit, saya minta maaf atas kejadian di Cyber Cafe tue. Saya tak patut menuduh awak
sembarangan,” buat pertama kalinya Khazinatul Asrar bersuara lembut dengan Tsabit.
Matanya tunduk ke lantai. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap pemuda itu. Tsabit
cuma tersenyum. Teringin saja digunakan peluang itu untuk mengenakan Khazinatul
Asrar.

“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak mesti tunaikan satu permintaan saya,” balas
Tsabit. Khazinatul Asrar tercengang. Namun dibalasnya pula,

“Selagi ianya tak langgar syariat, insyaAllah akan saya tunaikan..”

“Alah, gurau jea…saya tak pernah marah Khazinatul Asrar saya. Lagipun, perkara kecil
jea tu. Awak tak perlu minta maaf. Tapi…bolae saya tahu apa sebenarnya yang telah
berlaku? semalaman saya asyik fikirkan kata-kata awak di Cyber Café tue,”
Tsabit tak berani mengenakan Khazinatul Asrar kerana bimbang kemungkinan akan
menambahkan kebencian gadis yang penuh hujjah itu. Khazinatul Asrar berasa agak
keberatan untuk menceritakan segala-galanya.

“Err..saya rasa ianya hal peribadi. Tak perlulah awak tahu. Cukuplah kalau awak sudi
memaafkan saya. Tapi…kasihan awak terpaksa memeningkan kepala berfikir tentang
kata-kata saya tue. Cukuplah saya jelaskan bahawa kata-kata tue bukan untuk awak.
Saya dah tersilap orang. Maafkanlah saya yea…”

“Maknanya saya bukanlah perompak, kan?” Tsabit menanti jawapan.

“Emm…bukan awak perompak tue. Awak orang baik..” Khazinatul Asrar tidak
menghampakan Tsabit. Senyuman Tsabit semakin melebar dengan jawapan itu.
Matanya asyik menjeling-jeling ke arah kerusi Hijriah yang masih kosong.

“Eh, Hijriah macam tak datang jea hari nie?” Tsabit bertanya. Khazinatul Asrar dapat
menduga ada maksud tersirat di sebalaik pertanyaan itu. Mungkin kekosongan itu nak
dipenuhinya.

“Hijriah pasti datang…InsyaAllah. Mungkin dia lambat sikit kot,” Khazinatul Asrar
membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang yakin meskipun dia sebenarnya kurang
pasti mungkinkah Hijriah benar-benar akan datang pada hari itu atau tidak. Sengaja untuk
membatalkan niat Tsabit yang mungkin ingin duduk di kerusi Hijriah.

Tidak lama kemudian, muncullah Hijriah yang gemar datang lewat ke dewan kuliah.
Wajahnya nampak ceria. Khazinatul Asrar menarik nafas lega.

Selepas tamat kuliah, Khazinatul Asrar dan Hijriah berjalan seiringan.
Mentari memancar terik sekali. Mungkin hari nak hujan. Mereka singgah terlebih dahulu
di cafeteria untuk membasahkan tekak yang kehausan. Selang seketika, kedengaran
alunan muzik daripada handset Khazinatul Asrar. Tatkala melihatkan angka 017-3410170
terakam di skrin handset, dia segera menekan butang End pada handsetnya dan
menekannya untuk kali yang kedua. Irama itu pun senyap.

“Kenapa?” Hijriah menduga.

“Mukhlisin…” jawab Khazinatul Asrar sambil menghirup horlicks sejuk berais yang dah
tersedia di atas meja. Hijriah yang memesannya tadi.

“Kenapa tak nak cakap dengan Mukhlisin? Manalah tahu kalau-kalau ada hal mustahak
yang dia nak sampaikan…” Hijriah masih menduga.

“Saya tak kenal pun dia…Jadi, InsyaAllah dia tak ada perkara penting yang nak
disampaikan,” bersahaja jawapannya.

“Awak marahkan dia kot…” Hijriah ingin tahu.

“Marah? Untuk apa?” Khazinatul Asrar mengkeriukkan dahinya.

“Pasal nota-nota tue,” duga Hijriah.

“Hijriah….saya dah jelaskan bahawa saya tak kenal pun dia dan….dan saya tak mahu
kenal dia!” Khazinatul Asrar masih bersahaja.

“Asrar, walauapapun…awak patut menghormati perasaannya terhadap awak. Tak patut
awak buat begini. Saya dapat bayangkan betapa kecewanya dia bila awak tutup handset
awak tue.” Hijriah nampaknya agak kesal. Khazinatul Asrar pula seakan-akan lebih
berminat menghirup horlicknya daripada mendengar soal Mukhlisin.

“Mawar memang berpagarkan duri untuk melindungi keindahannya. Tapi, awak tak
boleh menolak hakikat bahawa keindahan itu bukankah untuk dihadiahkan kepada
kumbang terpilih yang telah Allah janjikan untuk si mawar?” petah Hijriah berhujah.
Dia semakin matang menghargai keindahan wanita.

“Tapi…Mukhlisin bukanlah kumbang pilihan tue!” lembut sahaja Khazinatul Asrar
menutur kata.

“Itu andaian awak! Siapa yang dapat menghalang kuasa Allah? Asrar, awk bercakap
seolah-olah awak dah dimiliki seseorang! Awak sendiri kan tahu bahawa menerima lelaki
adalah fitrah hidup kita. Bukankah awak pernah kata kat saya bahawa bercinta tue tak
salah. Cuma, memuja cinta itu yang salah. Jadi, apa salahnya kalau awak cuba kenal cinta
Mukhlisin? Siapa tahu nama itu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk awak,”
Hijriah semakin petah berhujah menyebabkan Khazinatul Asrar tersenyum.

“Hijriah…sebenarnya saya tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh
menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagi
saya dan ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan Allah
buat saya….kiranya ada,” Khazinatul Asrar masih bernada lunak dan lembut.

“Lagipun wanitalah yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita ramai lelaki
yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangannya sendiri.
Saya tidak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan yang
mana menjadi fitnah kepada lelaki. Ingin sekali saya mentarbiyyahkan diri ini agar
menjadi seorang wanita yang biasa mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona
dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan antara saya dengan
Mukhlisin, InsyaAllah serba sedikit terlaksana amanah saya kepada Allah S.W.T untuk
menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Mogamoga
ianya boleh mendidik Mukhlisin menjadi insan yang lebih matang dalam menilai
harga seorang wanita dan mengenal cinta Allah,” jelas Khazinatul Asrar.
Hijriah tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Tapi dia masih ingin mempertahankan
sesuatu.

“Asrar…memang saya akui itu semua. Rasulullah memang ada bersabda:
Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku kepada kaum lelaki selain daripada
fitnah wanita. Tapi, Rasulullah juga ada bersabda:

Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Mungkin itulah yang cuba Mukhlisin dambakan dalam hidupnya. Masakan tidak, bukan
senang nak mencari seorang wanita solehah yang boleh beristiqomah dengan jubah dan
tudung labuh di akhir zaman ni. Saya sendiri masih keberatan nak memilih pakaian
sunnah ni sebagai identiti hidup. Mungkin Allah masih tak gerakkan hati saya lagi. Benda
yang susah nak dapat nilah, ramai yang berkenan. Jadi, Mukhlisin tak bersalah jika dia
cintakan awak. Asrar, tak kenal maka tak cinta!”

“Hijriah…saya bukan tak mahu memberi ruang perkenalan langsung kepadanya. Tapi,
dalam konteks sedang belajar apatah lagi di tahun akhir seperti sekarang ini, saya
perlukan lebih tumpuan kepada study. Saya mengharapkan agar hati saya bersih supaya
ilmu senang nak tembus ke hati dan mendapat pertolongan Allah. Saya rasa percintaan
tak sesuai pada saat begini kerana boleh menjerumus kepada kelalaian semata-mata.
Terbuka ruang pula kepada syaitan jika tidak dikekang dengan kekentalan iman dan
mujahadah. Sekalipun Mukhlisin itu memang dijadikan untuk saya, saya tetap tidak mahu
mengenalinya lagi untuk situasi ini..biarlah saya graduate dulu..sebab itu adalah amanah
keluarga yang perlu saya utamakan. Utamakan cita-cita sebelum cinta!” tegas Khazinatul
Asrar.

“Awak langsung tidak mahu memberi peluang kepada Mukhlisin. Itu sebabnya awak
memberi alasan begini. Betul tak?” dengus Hijriah.

“Hijriah,…saya tak bermaksud begitu,” bela Khazinatul Asrar pada dirinya sendiri.
“Tapi saya tak faham dengan prinsip awak! Bagaimana mungkin awak boleh menjadi
 isteri Mukhlisin kalau awak tak mengenalinya. Itu mustahil. Awak harus kenal dulu hati
budinya supaya cinta boleh berputik,” Hijriah mencetuskan pendapatnya lagi.

“Maksud awak?” Khazinatul Asrar pula yang keliru dengan pendapat Hijriah yang
sebenarnya.

“Kenali Mukhlisin kemudian bercintalah…tapi jangan memuja cinta hingga terbawabawa
dalam solat. Cinta kerana Allah!” jawab Hijriah.

“Hijraih…memang setiap ikatan ada permulaannya…”

“So, tindakan awak ni salah!” dihentamnya Khazinatul Asrar.

“Nanti..tak habis cakap lagi ni! Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah
untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang,
manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang
menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada
Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa
dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu
sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan yang
memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan
jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan kelalaian
daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah
dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan melalui apa saja cara. Kalau
kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa si dia, kita tak
patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta kita dikawal oleh syaro’ .
Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak
tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah
mengubat rindu. Semua ni khayalan.

Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu akan
menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang
diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.
Sepatutnya, agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan
sepenuh harapan pada-Nya,” Khazinatul Asrar merungkai simpulan persoalan.

“Okey, sekarang ni Allah dah temukan Mukhlisin seorang gadis bernama Khazinatul
Asrar kerana dia yakin gadis itu adalah sebaik-baik pilihan untuknya. Si gadis itu pula tak
nak mengenalinya sedangkan dia masih tak tahu betapa istimewanya pemuda itu.
Bagaimana saling bercinta kerana Allah akan bermula dalam situasi ini? Entah-entah
selamanya si pemuda tu bertepuk sebelah tangan jea,” Hijriah masih keliru.

“Situasi inilah yang menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah. Dan
menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Dalam konteks
sekarang, biarlah saya menilai cinta Mukhlisin yang sebenar. Kalau benar-benar dia
cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik
merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia
mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara
ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah
dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat
menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap
perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih
banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai seorang pelajar. Lagipun, tak confirm
lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah
menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada
seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas
berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu
yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benarbenar
rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung
sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah
pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,”
Khazinatul Asrar mengambil nafas.

“Tapi, kalau buat macam tu pun tak dapat jugak?” Hijriah masih mempersoalkannya.

“Kerana memang itulah ketentuan Allah! Manusia hanya mampu merancang, Allah jua
merancang serta menentukan dan perancangan-Nya jauh lebih baik.

Redholah dengan qodo’ dan qodar. Mungkin Allah ingin jodohkan dengan orang yang
lebih sepadan dengannya dari pelbagai segi seperti perangai yang sama, citarasa yang
sama atau sebagainya. Dia lebih mengetahui. Yang penting, kita sentiasa
utamakan keredhaan Allah dalam setiap tindakan. Cinta Allah takkan mengecewakan.
Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula
untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya,” Khazinatul Asrar
berharap agar Hijriah akan faham.

“Tapi, kesianlah Mukhlisin kalau tak dapat memiliki awak. Saya pun akan kecewa kerana
saya memang berharap awak akan menjadi isteri Mukhlisin agar bolehlah saya tinggal
berjiran dengan awak sepanjang hidup saya,” luah Hijriah akhirnya.

“Hijriah…” belumpun sempat Khazinatul Asrar meneruskan kata-kata, Hijriah mencelah
mengajaknya pulang. Malas dipanjang-panjangkan lagi perbualan. Khazinatul Asrar
menggeleng-gelengkan kepalanya. Barulah dia faham kenapa sebenarnya
Hijriah beria-ia benar mendesaknya mengenali Mukhlisin. Kasih seorang sahabat.

Bersambung...



Thursday, February 3, 2011

Seindah Mawar Berduri-Episod 1

Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di
sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah
cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap
teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
 
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi.
Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak
kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang
perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta
Khazinatul Asrar?
 
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
 
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di
Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
 
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap
seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana
Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki?
 
Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
 
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah
 
An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"
 
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
 
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
 
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi
dalam percintaan…
 
Buatmu… pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
 
Terimalah….
 
Seindah Mawar Berduri…
 


S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I

"Khazinatul asrar , kau pencuri!" Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil
berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan
bertandang di benak fikiran.
 
"Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan.
 
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata
yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang
nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan
sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan
kerja sendiri.

"Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk
berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.Lengan jubahnya
ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas
Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu
akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka,
derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah
doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul
Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.

"Mana Hijriah?" getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk
mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat
datang. Hampa. "Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari
nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan
kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…" hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang
datang bertamu.

"Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?"

Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan
punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri,
jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi.
Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya
tetapi tidak pernah dilayan. Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus
memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
 
"Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?" tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit
sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin
memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika.
Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…

"Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!" Khazinatul Asrar bernada
agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia
tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
 
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu
membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah.
Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan
didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada
syarahan Dr.Maisarah.

Dalam sedar mahupun tidak, fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–
legar disudut ingatan.

Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa.
Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja
dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?

Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah.
Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang
awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah
bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi,
mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia selalu tersilap
waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba
mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya.
Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun.
Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu.
Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar
membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu,
malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai
penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang
beridentitikan Muslimah sejati.

‘Tomorrow…please present this topic. ..’" Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang
telah sejam berlalu.

"Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?" spontan Khazinatul Asrar
menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. "Kenapa Asrar?"
Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.

"Err.. nothing!" Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri
mengemas buku–buku di hadapannya.

"Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!" Tsabit
cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul
Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak
diminta itu.

"Maaf, saya nak pulang dulu," getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan
Tsabit.

"Ish, sombongnya!" keluh Tsabit.

"Sombong pun sombonglah.. thanks!’" balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya
mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.

"Nanti…!" halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup
untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu- Libya itu. Dia
hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat.

Hatinya berzikir.

"Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie," sambil tangannya menghulurkan
sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.

"Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan
yang lain," balas Khazinatul Asrar. Menolak.

"Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah." Tsabit masih
tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi
lain!

"Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya
nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk
presentation esok," tegas Khazinatul Asrar.

"Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang,
baru tau…" Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.

"Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…" kata-kata
Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….

"Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi.

However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah." Tsabit bernada merajuk
dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar
menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang
beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang
menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa
pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan
‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.

Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir
lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi.

Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu
ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa
bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga
agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini.

Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang
dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan
untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan
assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara.

Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana
mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar
menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:

"…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada."
~Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan…tiada siapa yang bisa memisahkan
kita…antara kita semua…~

Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali.
Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju
ke biliknya yang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid
dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah
pasti ada di dalam bilik.

"Hijriah. Asrar balik nie!" pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan.
Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan
diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya
bagaikan orang yang ada masalah.

Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni
lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur – tidur ayam
sahaja.

"Eh, Asrar dah balik rupanya…" Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan
bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri
Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah.

"Tak panas pun!" kata Khazinatul Asrar perlahan.

"Sejak bila pula saya demam?" balas Hijriah bersahaja.

" Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?" tanya Khazinatul Asrar pula.

"Err…topik baru ke hari nie?" Hijriah cuba mengalih perbualan.

"Hijriah…saya tanya nie!" Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan
sesuatu. "Kenapa nie?" Khazinatul Asrar memujuk lembut.

"Tak ada apa–apa…betul!" Hijriah masih membuat aksi selamba.

"Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?"

Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah.

"Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension," jelas
Hijriah berterus–terang.

"Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!" Hijrah
menguatkan kenyataannya.

"Hilangkan tension dengan coklat??? Hijrah yang saya kenali biasanya menatap Al-
Quran bila ada masalah," getus Khazinatul Asrar masih curiga.

"Saya tak ada apa-apa. Percayalah Asrar! Saya Cuma tension sikit saja pagi
tadi…sekarang dah okey," sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.

"Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?" Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah
terdiam.

"Ada masalah ye?! Kongsilah…" pujuk Khazinatul Asrar lagi.

"Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension," Hijriah terus berdalih.

" Period? Bukankah baru seminggu lepas…." Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan
alasan yang mungkin sengaja direka–reka.

"Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar
apa saja. Janganlah macam ni…" Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk
sahabatnya.

Raut wajah Hijriah jelas menyembunyikan sesuatu. Dia tetap enggan menceritakannya
kepada Khazinatul Asrar. Tidak seperti selalu. Dia sebenarnya seorang yang ceria dan
berterus – terang. Namun, tidak untuk kali ini….

"Alah Asrar nie…lupakanlah perkara tue. Lain kali, saya janji tak ponteng kuliyah lagi,"
Hijriah seolah – olah mula bosan dengan desakan Khazinatul Asrar.

"Betul tak ada apa- apa ni?" Khazinatul Asrar cuba menduga lagi.

"Awak dah tak percaya saya lagi ke?" kata Hijriah seakan merajuk.

"Okey,okey.. kali nie awak boleh sembunyikan sesuatu dari saya, tapi esok–esok tidak
lagi, tau!"

"Oh, ya! Nie nota Tsabit tentang topik hari ni. Awal pagi esok ada presentation,"
sambil nota bersampul biru itu diserahkan kepada Hijriah. Mata Hijriah sedikit terbeliak.

Tangannya pantas menyambut dan membelek – belek buku nota tersebut.

"Tsabit suruh berikan kepada saya?" tanya Hijriah minta kepastian.

"Emm…" Khazinatul Asrar menjawab ringkas. Malas diceritakan kembali peristiwa tadi.

Pemuda itu sering membuatkannya geram hinggakan dia terasa malas menyebut nama itu
berulang kali.

"Kenapa tiba–tiba saja Tsabit boleh teringatkan saya? Pelik ni!" Hijriah bertanya sambil
tangannya terus membelek–belek nota itu.

"Dia sukakan awak kot…." Khazinatul Asrar cuba mengusik, sengaja mahu melihat
reaksi temannya. Tiada respon marah. Sebaliknya Hijriah mula tersenyum – senyum
sendiri.

"Ish, lain pula jadinya…" Bisik hati kecil Khazinatul Asrar.

"Asrar, dia tak cakap apa-apa tentang saya?" Hijriah nampak semakin berminat
bertanyakan Tsabit. Khazinatul Asrar menarik nafas. Dia mula mencari alasan untuk
menyegerakan dirinya bebas dari bercakap pasal Tsabit.

"Tengah – tengah hari nie, saya nak tidur qoilulah dulu lah. Lepas zohor nanti, saya ada
usrah. Petang ni pula ada meeting. Lain kali sajalah kita cakap pasal dia!"
badannya terus direbahkan ke katil sambil mata dipejamkan. Sengaja diceritakan aktiviti–
aktivitinya pada hari itu untuk menagih simpati Hijriah agar mengizinkannya berehat.

Hijriah mencebik bibir sambil fikirannya menerawang jauh. Entah ke mana.
Wajahnya kembali berserabut kerana memikirkan sesuatu.


Bersambung...