Hayatilah Sambutan Maulidur Rasul
Jika semalam anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi saya (saudara yang menulis blog ini) pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w? Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.
Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
- Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
- Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
- Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
- Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
- Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”
Rasul-rasul Penjaga Langit
Lapisan 1 : Nabi AdamIni sekadar peringatan kepada kita semua, bahawa setiap lapisan langit telah dijaga oleh rasul-rasul yang dilantik oleh Allah s.w.t. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengingatinya. Mari kita lihat pula wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.
Lapisan 2 : Nabi Isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim
Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi itu AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda semua. Salam Maulidur Rasul daripada saya.
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Sedikit berita dari keratan surat khabar :
Dr Hayei is recipient of Maulidur Rasul award
PUTRAJAYA: Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, a former associate professor at Universiti Malaya's Academy of Islamic Studies, was named the recipient of this year's National Premier Maulidur Rasul award.
Dr Abdul Hayei, 64, who was born in Pasir Mas, Kelantan, is a member of the National Fatwa Council.
He is known for his contributions in academic literary works, including a Malay version of the interpretation of the Quran, titled "Tafsir Pedoman Muttaqin."
He received the award, comprising RM50,000, a plaque, certificate and a copy of the translation of the Quran, from Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at the Maulidur Rasul celebration at Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque here.
Six others also received the Maulidur Rasul award at the function.
They are Wee Soon Yen, a Form Four student at SMK Bachok in Kelantan, former Education Ministry deputy director-general (Islamic Education and Moral Department) Datuk Dangiran Mustapha, International Islamic University Malaysia (Faculty of Architecture and Environmental Design) professor Prof Dr Ismawi Zen, National Heart Institute (IJN) chief executive officer Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, former Inland Revenue Board (IRB) chief executive officer Tan Sri Hasmah Abdullah and former Keeper of the Rulers' Seal Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Wee, who scored As for all subjects, including Arab Language, in the Penilian Menengah Rendah (PMR) examination last year, had not expected to be named one of the recipients of the prestigious award.
She said her achievement in the PMR was nothing much compared with the award.
"However, the award means a lot to make me continue to learn Arabic," said Wee, the only non-Muslim student to score A for the Arab Language subject in the PMR examination last year.
Artikel : Bernama/The Star
Dr Abdul Hayei penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011
PUTRAJAYA: Bekas Prof Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Abdul Hayei Abd Shukor diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, sebentar tadi.Penerima anugerah itu diumumkan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bertemakan 1Malaysia 1Ummah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat pada majlis itu.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Abdul Hayei, 64, menerima anugerah itu daripada Tuanku Mizan iaitu
berupa hadiah wang tunai RM50,000, plak, sijil penghargaan dan terjemahan kitab al-Quran.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu yang juga Anggota Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah.
Antaranya, beliau menghasilkan sebuah kitab tafsir al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sementara itu, enam lagi menerima anugerah sempena majlis itu.
Mereka ialah Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan; bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran, Datuk Dangiran Mustapha.
Profesor di Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN) Tan Sri Dr Robaayah Zambahari; bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Hasmah Abdullah dan bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Abdul Hayei melahirkan rasa syukur kerana menerima anugerah yang sangat tinggi nilainya kepada beliau dan umat Islam.
Beliau berkata dengan penerimaan anugerah itu ia membuktikan bahawa perkara kebaikan masih wujud di negara ini.
Katanya dengan ilmu yang ada, beliau akan terus menjalankan kewajipan untuk memberikan sumbangan kepada agama dan negara.
"Memang satu kewajipan bagi umat manusia yang mempunyai amanah untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini," katanya.
Sementara itu, Wee yang mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada Penilian Menengah Rendah (PMR) 2010, tidak menduga untuk menerima anugerah berprestij itu.
Sambil menyifatkan pencapaiannya dalam peperiksaan PMR tidak seberapa berbanding anugerah yang diterimanya, beliau berkata ia sebenarnya memberi erti yang sangat besar kepadanya untuk terus mendalami bahasa Arab.
Wee adalah satu-satunya pelajar berbangsa Cina dan bukan Islam yang mendapat A dalam subjek bahasa Arab pada PMR 2010.
BERNAMA/Berita Harian
No comments:
Post a Comment