Monday, April 11, 2011

Telur Ayam Tiruan | Cara Membuat dan Membezakannya !

Kalau tak kerana berita hangat pasal telur tiruan hari nie. Sampai kesudah, saya tak tahu .. telur ayam pun boleh diciplak. Ingatkan barang-barang elektronik je. Nie tak .. telur ayam pun kena jugak. Tak sangka betul !


Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.


Tadi .. search kat Google. Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.

Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.

Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?


Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Pendapat saya !
Emm .. susah jugak nak kesan telur tiruan nie. Sebabnya .. kadang-kadang .. memang ada telur ayam yang bersaiz besar (telur kembar) ! Kalau tengok gambar telur tiruan kat denagn yang sebenar kat atas sekali tu pula. Saiznya lebih kurang sama je dengan yang sebenar.

Kulit telur berkilat dan kasar .. tu dah biasa. Memang telur ayam sebenar kadang-kadang kasar dan berkilat. Lebih-lebih lagi .. yang dah melalui proses “pengeraman” (telur ayam kampung). Nak bau pula .. tak kan masa nak beli tu nak kena cium satu-satu. Kulit telur .. mana la ada bau. Lain la kalau cium kulit durian. Huhuhu .. makin keliru jadinya.

No comments:

Post a Comment