Wednesday, August 31, 2011

Umat Islam AS puas hati meskipun ditindas

CHICAGO: Masyarakat Islam Amerika Syarikat lebih berpuas hati dengan hala tuju negara mereka berbanding rakyat negara itu yang lain meskipun hampir setengah mereka berdepan dengan penindasan dan prejudis sejak sekian lama.
Kajian yang dijalankan menjelang ulang tahun ke-10 serangan 11 September dan bertujuan memberi gambaran mengenai 2.75 juta penganut Islam yang tinggal di Amerika Syarikat.

Penganalisis Pusat Kaji Selidik Pew, Greg Smith berkata, sebahagian besar penduduk Islam Amerika menentang fahaman pelampau.
Bagi mereka, pengeboman berani mati atas alasan membela Islam tidak boleh diterima.

“Meskipun 55 peratus responden berkata sukar untuk menjalani kehidupan sebagai penganut Islam di Amerika Syarikat sejak 11 September, 48 peratus berpendapat, rakyat Amerika secara umumnya ‘peramah.’” kata Smith. - Reuters

Sumber : http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment