Sunday, September 18, 2011

10 Lubang Terbesar Di Dunia


greatbluehole belize1 300x231 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Great Blue Hole, Belize
Lubang Biru Besar adalah lubang jurang bawah air di pantai Belize. Lubang ini memiliki diameter 1000 kaki dan kedalaman 400 kaki. Lubang ini terbentuk sebagai gua kapur sejak zaman ais.
chuquicamatacoppermine chile 300x207 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Chuquicamata, Chile
Chuquicamata adalah lubang galian lombong terbuka di Chili. Ini adalah lombong dengan jumlah pengeluaran tertinggi di dunia – walaupun ini bukan lombong terbesar. Lombong ini dalamnya 850 meter.
udachnayapipe russia1 300x199 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Udachnaya Pipe, Russia
Pipa Udachnaya adalah lombong berlian di Rusia. Pemilik lombong bercadang menghentikan operasinya pada 2010 – untuk melaksanakan perlombongan bawah tanah. Lombong ini ditemui tahun 1955 dan dalamnya mencapai 600 meter.
guatemalasinkhole1 300x199 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Sink hole, Guatemala
Pada tahun 2007, sebuah lubang runtuh sedalam 300 kaki menelan rumah di Guatemala – membunuh 2 orang dan mengakibatkan ribuan dipindahkan. Lubang ini diakibatkan hujan dan aliran pembuangan bawah tanah.
Diavik Mine, Canada
Lombong Diavik adalah lombong di wilayah Barat laut Kanada. Lombong ini dibuka tahun 2003, memhasilkan 8 juta karat atau sekitar 1.600 kg (3500 lb) berlian setiap tahun.
mirnuydiamondtambangsiberia 300x193 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Mirny Diamond Mine, Siberia
Lombong Berlian Mirny memiliki kedalaman 525 m dan diameter 1.200 m. Ini adalah salah satu lombong berlian pertama dan terbesar di USSR (Soviet). Kini telah ditinggalkan. Sewaktu masih beroperasi, ia memerlukan 2 jam untuk lori melintas dari atas hingga ke dasar lombong.
binghamcanyonmine utah 300x212 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Bingham Canyon Mine, Utah
Lombong Ngarai Bingham adalah lombong di pegunungan Oquirrh, Utah. Lombong ini memiliki kedalaman 1,2 km, lebar 4 km. Ini adalah lombong penggalian terbesar di dunia.
gloryholeinmonticellodamcaligornia 300x225 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Monticello Dam, California
Lurang Monticello adalah lurang di Napa County, California, Paling dikenal di Amerika kerana katup melingkarnya dengan rata-rata 48.400 kaki kubik per saat.
kimberlybighole afrikaselatan 300x225 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Kimberley Diamond Mine, South Africa
Lombong berlian Kimberley (juga dikenal sebagai Big Hole) memiliki julukan lubang buatan tangan terbesar di dunia (masih diperdebatkan). Sejak 1866 sampai 1914, 50.000 perlombong menggalinya dengan cangkul dan penyeduk, menghasilkan 2.722 kg berlian. Sedang dilaksanakan untuk mendaftarkan lubang ini sebagai warisan dunia.
gerbangnerakaditurkmenistan 300x197 Gambar 10 Lubang Terbesar Di Dunia
Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Di tahun 1971, para geologis menemui deposit gas alam bawah tanah yang sangat besar di tempat ini. Sedang melakukan penggalian untuk mendapatkan gas, Menara bor runtuh dan meninggalkan lubang besar. Untuk mencegah gas beracun keluar, lubang ini dibiarkan terbakar. Sampai sekarang masih terus terbakar tanpa pernah berhenti.

Tip Untuk Memikat Wanita



Sebenarnya,aku tak terfikir pun nak buka entry ni.Asalnya,aku nak googlekan tip menabung.Entah macam mana tip memikat wanita yang duduk 1st rank google.Hehehe..

Kaum Adam diluar sana mungkin juga tengah cari tip ni bukan?Ok jom sama2 kita baca dan hayati tip menarik ini ya



1) Jadi Diri Sendiri

Cubalah jadi diri sendiri dan jangan ikut style orang lain.Kita kena ingat,tuhan telah jadikan kita cukup sempurna dan unik.Kenapa perlu jadi diri orang lain?Paling penting,laki tu mesti yakin pada diri sendiri,tak lembik, dan boleh diharap.Perempuan mana yang suka kalau bf dia pengecut dan tak boleh harap?

2) Jaga Kebersihan Diri


Tinjaun yang dilakukan terhadap wanita ciri2 lelaki pilihan mereka adalah lelaki itu mesti tau jaga penampilan diri dan sentiasa bersih.Antaranya :

  • Gigi kena gosok selalu dan tiada saki baki makanan dicelah gigi dan pastikan juga gigi tidak kuning!
  • Sentiasa berbau wangi.Semburkan perfume yang wangi2 pada badan korang dan pastikan juga ketiak korang ditepek dengan deadorant!
  • Kuku kena pendek dan tidak hitam.
  • Bagi lelaki yang dihujani dengan misai dan janggut, pastikan sentiasa kemas dan tidak berserabut!
  • Jangan merokok.( Sebenarnya aku ni perokok..tapi aku tak kisah pun kalau gurl xnak!haha).Statistik menunjukkan perempuan tidak suka akan lelaki yang merokok. ( Aku nak kena berenti rokok lepas ni).


3) Jangan DESPRATE Sangat

Kalau iapun korang tergila-gila sangat dekat perempuan tu, pastikan korang sentiasa cool dan tidak memaksa si dia untuk suka dekat korang.Bagi kaum hawa, lelaki yang jenis macam ni dianggap seperti kebudak-budakkan! ( buat malu je weiii!)

4) Kena Senyum Selalu

Amalan senyum itu adalah sedekah.Banyak kebaikan kalau korang senyum.Muka tak hensem tak apa, yang penting bila senyum nampak manis bila dipandang orang :)

5 ) Bahagiakan Dia

Sifat semulajadi wanita ialah ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati oleh kekasih mereka.Kalau muka korang hensem macam Aaron Aziz sekalipun, tetapi langsung tak pernah hiburkan wanita itu, keberangkalian untuk mereka tinggalkan korang amat tinggi sekali.

Sumber Asal : http://melayuboleh.8forum.net & http://ashikinabdullah.com

Senyuman Boleh Mengungkap Siapa Anda

Sebuah senyuman boleh dikatakan sebagai ekspresi wajah seseorang. Mengapa? Senyuman memiliki makna yang sangat mendalam dalam hidup seseorang.

Marianne LaFrance, profesor bidang psikologi dari Universiti Yale, yang juga penulis buku Lip Service, melakukan kajian melalui biologi, antropologi, dan ilmu komputer mengenai senyuman. Dalam kajian terbarunya itu, LaFrance mengeluarkan fakta mengenai senyuman yang perlu korang tahu.

Orang yang suka senyum lebar umurnya lebih panjang


Tahun lalu, kajian menganalisa gambar dari 230 pemain bisbol yang dimuatkan di Baseball Register. Dari gambar-gambar tersebut, kelihatan rata-rata lelaki dengan senyuman lebar dan cemerlang hidup 4 - 9 tahun lebih lama daripada mereka yang hanya senyum sebentar, dan 7 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak senyum.

Sebuah senyuman menunjukkan perasaan yang positif, dan perasaan yang positif berhubungan dengan kehidupan yang sejahtera.

Senyum memancarkan suatu kekuatan yang tersembunyi

Sebagai contoh, ketika seseorang hanya senyum sebentar ( sekitar 1 - 30 saat ), orang lain akan susah menangkap senyuman tersebut. Namun bagi orang yang selalu tersenyum, dunia selalu dipandang lebih menyenangkan. Cerita yang membosankan boleh jadi lebih menarik, gambar-gambar yang neutral kelihatan lebih positif, bahkan minuman yang tawar boleh terasa manis.

Kebahagiaan terdiri atas tiga tingkatan

Sebuah artikel di British Medical Journal melaporkan bahawa cinta sejati akan datang ketika seseorang sedang bahagia, perasaannya yang positif boleh dihantar kepada orang-orang yang ada di lingkarannya melalui jejaring sosial.

Jadi ketika korang senyum, kawan dari kawan korang pun boleh ikut tersenyum.

Ada dua jenis senyuman

Senyum yang tulus dan senyum yang palsu diatur oleh dua jalur saraf yang berbeza. Oleh itu, orang dari bahagian tertentu di otaknya mengalami kerosakan pun masih dapat menampakkan senyuman spontan meskipun mereka tidak mampu tersenyum dengan kemampuannya.

Para pengkaji berpendapat bahawa nenek moyang kita mengembangkan litar saraf untuk memaksa senyuman secara evolusi. Ianya bertujuan untuk menutup rasa takut dan kemarahan mereka.

Untuk mengetahui senyuman palsu seseorang, renung matanya. Orang yang senyum iklas, otot-otot wajahnya yang disebut orbicularis oculi tanpa sengaja akan mengejut, membuatkan kulit di sekitar matanya berkerut.

Kebanyakan dari kita tidak mampu menggerakkan otot-otot ini dengan bebas. Ini bererti, ketika seseorang memalsukan senyumannya,otot-otot orbicularis oculi nya tidak akan bergerak.

Orang Amerika ketika mereka tersenyum berfokus pada gerakan mulutnya berbeza dengan orang Jepun yang mengutamakan senyumannya di bahagian mata.

Note : Senyum tak perlu kata apa2 senyum :)

Sumber Asal : OPRAH

Durian Belanda


DURIAN BELANDA atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Ciri-ciri pokok dan buah. 
Pohonnya yang rendah, kalau di negara Brazil dinamakan pokok ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut (tak macam durian biasa, keras), isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan
  1. Kesan anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatanmenyembuhkan segala jenis kanser.
  2. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
  3. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
  4. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
  5. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
  6. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.
 Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
 1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel -sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan.
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah :
Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari se telah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sesekali tuh, kalau tengok kat kedai ada jual air durian belanda. Apa salahnya order minuman tuh. Kan baik untuk kesihatan.

Saturday, September 17, 2011

7 DAFTAR NAMA ORANG YANG ANEH




Ini adalah nama orang-orang sungguhan yang aneh atau luar biasa, disusun mengikuti abjad dengan nama kecilnya (meskipun kadang-kadang yang aneh adalah nama tengah atau nama keluarganya). Berikut 7 Daftar Nama Orang Yang Aneh, yaitu :

1. Adolf Lu Hitler Marak adalah seorang politikus India. Nama ini dianggap aneh, karena kebanyakan orang di dunia tidak suka kepada Adolf Hitler sehingga tidak akan memilih menggunakan namanya untuk dirinya sendiri ataupun anggota keluarganya.

2. Jaime Lachica Sin dikenal sebagai Kardinal Sin karena statusnya di lingkungan Gereja Katolik Roma. Sin konon sering bercanda dengan gelarnya, dengan menyambut tamu-tamu yang dating ke tempat kediamannya sebagai uskup agung dengan salam "Welcome to the House of Sin" (yang dapat diterjemahkan sebagai "Selamat Datang di Rumah Dosa").

3. Dick Trickle, dengan total kemenangan hingga 1.200 kali dalam segala bentuk balapan, ia dijuluki sebagai "pengemudi Amerika yang paling sering menang."

4. Espen Thoresen HvƦrsaagod-Takkskalduha. Seorang wartawan radio Norwegia. Mula-mula ia mengganti namanya dari Espen Thoresen menjadi Espen Thoresen HvƦrsaagod (Espen Thoresen Terimakasihkembali). Belakangan ia menambahkan nama Takkskalduha (Terimakasihbanyak).

5. Gempur Soeharto, nama yang diberikan oleh Heri Akhmadi, seorang aktivis mahasiswa Indonesia kepada anak lelakinya sebagai bentuk protesnya terhadap Presiden Soeharto.

6. Jennifer 8. Lee. Ia mengambil nama tengah yang tidak lazim pada masa remajanyakarena kebudayaan Tionghoa menganggap angka 8 sebagai lambang kemakmuran.

7. Lord Daniyaal as-Saadiq al-Amin Salaam u'Allah (Lord D.A.A.S. u'Allah). Sebelumnya Daniel Green; dinyatakan bersalah dalam membunuh James Jordan, ayah dari Michael Jordan
.

10 keajaiban alam yang jarang diketahui manusia

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.
Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.
Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.
1. Pamukkale (Turki)
Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.
2. Fly Geyser (Nevada)
Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.
3. Valley of the Moon (Argentina)
Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat “di mana kita merasa memegang bulan”. Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.
4. Enchanted Well – Chapada Diamantina National Park (Brazil)
Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.
5. Wulingyan, Hunan (China)
Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.
6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)
Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.
7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)
Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.
8. Comodo National Park (Indonesia)
Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).
Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.
Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.
9. The Stone Forest (China)
Dianggap sebagai “Keajaiban Dunia Pertama” sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.
10. Salar de Uyuni (Bolivia)
Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.fact and information

13 Aurat Wanita


1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2. Kaki

(tumit kaki) semacam hantu loceng. Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan

Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3.Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah . Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Contohnya Bersolek (make-up)

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullullah dengan memakai pakaian yang tipis.

Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya adalah maksiat tidak dibenarkan hukumnya haram. Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Surah Al Ahzab Ayat 59

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya . Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Thanks to : prinCeszz LaDy @carigold.com

Sunday, September 11, 2011

Keseksian Seluar Slack dan Baju Muslimah!

 Bagi pembaca muslimah, di bawah ni ada ulasan daripada blog http://www.norfanil.com berkenaan baju muslimah...



image
Assalamualaikum..
Selamat sejahtera semua…


Ha.. entry controversi… Ok.. sebelum start aku nak cakap.. entry ni takde mengaibkan sesiap pon.. hanya pemerhatian dari aku sendiri…


Seluar slack? Seluar yang orang selalu buat pergi kerja.. atau di pakai semasa tujuan formal.. biasa perempuan alim suka pakai seluar slack dan kurang pakai seluar jeans..tapi ada jugak lain.. Aku nak cakap seluar slack ni seksi.. kenapa?


Seluar slack ni nipis.. aku nak suh korunk perhatikan, tapi tak elok la pulakkan..so aku cerita apa yang aku perhatikan.. Selama ni aku perhati, perempuan yang pakai seluar slack kebiasaan nya akan menampakkan dieorg punya seluar dalam.. kenapa?? sebab seluar slack itu nipis dan lembut.. memang lumrah la kan, nama pun seluar slack.. gitu la dia.. tapi berapa ramai yang perasan akan benda ni??


Aku cerita pasal ni sebab aku tahu ada sesetengah lelaki prihatin.. yang sudi menegur perempuan, nak nak yang tak tahu.. akibat nya kita jugak malu..sebab tak amik tahu.. kengkawan sesama perempuan pulak tak tegur.. hairan..Sebab tuh aku kalau boleh elakkan pakai seluar slack.. kalau nak formal pon pakai baju kurung.. ..

image

Bab baju muslimah pulak.. mak aku sendiri suruh aku jadi macam kakak aku.. pakai baju muslimah.. yang labuh tuh..tapi aku tak pakai.. kenapa?? Satu, sebab aku ni berisi sikit.. so kalau pakai, di bahagian punggung kain baju tuh akan tertarik..so bila berjalan pergerakan punggung tuh nampak sangat.. ini apa yang aku perhatikan kat perempuan yang pakai baju muslimah labuh..


Tapi kalau orang yang kurus takde masalah.. tapi yang gempal ni bermasalah..dengan slack yang nipis, tak de guna gak kalau pakai baju muslimah..memang elok pakai baju muslimah, tapi kalau nak pakai pakai la baju yang besar dari biasa.. kalau nak pakai jugak cari la yang ada belah tepi..tak de la nampak pergerakan punggung dari kain baju yang tertarik.. ok..!


Ini adalah observation dari mata aku sendiri.. biasa la.. memang aku suka observe atas orang.. mana yang buruk jadikan sempadan..


Wallahualam..