Saturday, July 30, 2011

Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir


Bingkisan Hidup : Perjuangan Ashraf Berakhir




KUALA LUMPUR – Pada tahun 1985, lahir seorang bayi yang diberi nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Bayi lelaki milik pasangan Mak Yah dan Abdul Aziz tersebut sempurna segenap bentuk sifatnya tanpa sebarang kecacatan. Bayi tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya.

Dari kecil lagi, Mak Yah sudah melihat ciri-ciri kewanitaan yang wujud di dalam diri anaknya itu. Namun, apalah daya seorang ibu untuk menghalang kecenderungan semulajadi yang semakin menonjol itu. Ashraf terus membesar dengan sifat kewanitaan yang makin terserlah.

Abdul Aziz, 60, pula menceritakan bahawa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk mendisiplinkan anak-anaknya. Namun berhadapan dengan Ashraf, dia mengakui bahawa tidak dapat menyelesaikan masalah ‘keperempuanan’ anaknya itu.

Ketika di alam remaja, ayahnya memberitahu bahawa suara Ashraf tidak bertukar garau sebagaimana kebiasaan remaja lelaki lain yang akil baligh dan lenggok jalan anaknya itu membayangkan seorang gadis sunti. Ini menambahkan lagi kerisauan Abdul Aziz.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek,” katanya.

Menurut ayahnya lagi, biar apa pun yang mereka sekeluarga lakukan pada Ashraf, anaknya itu tetap dengan sifat kewanitaannya.

Menyebut mengenai pekerjaaan Ashraf, menurut Mak Yah, dia difahamkan bahawa anaknya bekerja di Putrajaya, namun tidak memberitahu apa perkerjaan sebenar anak lelakinya itu.

Tanpa pengetahuan Mak Yah dan Abdul Aziz, Ashraf yang memiliki diploma dalam bidang perubatan itu dikatakan telah menjalani ujian perubatan dan hormon di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur pada sekitar tahun 2007 dan dikatakan layak untuk bertukar jantina.

Kemuncak kepada ‘proses kewanitaan’ Ashraf berlaku ketika kedua ibu bapanya itu berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun 2009, apabila mengambil keputusan sendiri untuk menjalani pembedahan menukar jantina di salah sebuah hospital di Thailand tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya itu.

Meskipun pembedahan tersebut berjaya memuaskan naluri kewanitaan Ashraf, dia berdepan dengan kemarahan ibu dan ayah apabila mereka bertindak membakar semua pakaian perempuan miliknya serta menghalaunya keluar dari rumah.

Menurut Mak Yah, meskipun Ashraf dihalau dia tetap pulang ke rumah ibu bapanya, namun anaknya itu hanya berani tidur di dalam kereta sahaja.

Hidup terbuang dari keluarga tidak mematahkan semangat Ashraf untuk menjadi lebih wanita apabila memfailkan petisyen kepada Mahkamah pada 15 Mei lalu bagi membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada ‘Aleesha Farhana’, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajiannya.

Petisyen yang difailkan selepas Ashraf menukar jantina itu dikendalikan oleh peguamnya, Horley Isaac dan Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar, serta kes tersebut didengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Bagaimanapun, pertisyen yang dikemukakan itu ditolak oleh Mohd Yazid dengan alasan bahawa meskipun Ashraf pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah meluluskan permohonan itu.

Kekecewaan Ashraf jelas terbayang apabila mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu apabila menyatakan dia lebih rela mati untuk memperjuangkan matlamatnya menukar nama di atas kad pengenalannya dan nekad untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Namun, hasrat Ashraf itu tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Maka dengan itu maka tamatlah perjuangan Mohd Ashraf Hafiz untuk menjadi seorang ‘Aleesha Farhana binti’ Abdul Aziz dan menurut Abdul Aziz, jasadnya dijangka disemadikan selepas solat zohor di Seberang Takir sebagai seorang lelaki.

Semoga Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz diberikan pengampunan oleh Allah S.W.T serta dicucuri rahmat ke atasnya, Al-Fatihah.

Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Panggilan Telefon Bimbit Pertama Didunia


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.
Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi
 

Thursday, July 21, 2011

Cubalah mencintai tanpa syarat

Cubalah mencintai tanpa syarat



Cinta mungkin sebuah kata agung yang paling sering membuat seseorang tergugup di hadapannya. Segala teori dan definisi yang dilontarkan, lidah akan terkelu begitu saja bila kita sendiri yang mengalami bagaimana hebatnya cinta mempengaruhi diri kita. Mungkin sukar difahami bagi orang yang sedang tak bercinta, bagaimana rasa cinta itu menjelma menjadi ratusan ribu panggilan telefon, berlimpahnya waktu untuk menunggu kekasih walau kita sedang dalam kesuntukkan waktu, terbuka lebarnya mata mengerjakan tugas-tugas demi membantu yang tersayang. Bongkah pengorbanan yang tak rela untuk dipecahkan…

Merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyinari diri. Setiap pagi menanti mentari, tak pernah terfikirkan akan turun hujan atau badai kerana kita percaya semua itu pasti akan berlalu dan mentari akan kembali, menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku. Mentari ada di sana, dan dia pasti setia.

Kita lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah hamba kepada Pencipta kehidupan, kehidupan kita, kehidupan matahari. Satu waktu matahari harus pergi, walau tak pernah meminta, walau pinta tak pernah kita ucapkan. Jadi, tetap akan pergi, apapun yang terjadi. Kerana ini adalah kehendak-Nya. Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi, kerana semua akan pergi. Selamanya, bukan sementara. Inilah dunia. Senang atau tidak, kita hanya mampu terima. Mungkin kita ingin untuk protes, ingin menjerit; betapa tak adilnya! Tapi kita cuma akan dijawab oleh tebing karang yang bisu, atau lolongan anjing dari kejauhan yang terdengar mengejek. Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup. Mungkin kita ingin memukul, tapi cuma angin yang mampu kena. Sekarang cuba lihat, apakah itu mengubah apa pun? Tak ada yang berubah kecuali semakin dalamnya rasa sakit itu.

Ketika kuasa-Nya yang mutlak memberi cinta sementara kita pada matahari, kita mampu berbuat apa? Kerana kita cuma hamba, kita cuma budak! Kita hanya mampu menelan kepahitan yang kita ciptakan sendiri.

Mungkin yang perlu kita jawab; mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia? Padahal kita tahu tak ada yang abadi di dunia ini. Mengapa?

Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita suka mempamerkan, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta. Padahal cinta itu cuma dari manusia, untuk manusia. Dan suatu hari cinta itu akan hilang. Tak pupus, tapi tak berbekas, tak berjejak. Cinta yang begitukah yang kita inginkan?

Kenapa kita tak mencuba raih matahari cintanya Allah, yang tak pernah tenggelam dan tak pernah sirna. Tak pernah usang, tak hancur, dan tak akan pernah sia-sia. Mencintai Allah? Terlalu abstrak, terlalu aneh. Masa’? Itu kerana kita tak pernah merasa dekat, tak pernah berusaha mendekati-Nya. Allah menjadi asing kerana kita memposisikan Allah sebagai sesuatu yang berada di langit yang tinggi dan tak mungkinlah kita mencapainya. Jangankan mencintai, membayangkan untuk mendekatinya saja tak mungkin.

Tahukah anda, Dia menawarkan cinta-Nya untuk kita. Hebat kan? Kita? Manusia yang hina dina yang berasal dari setitis sperma yang hina? Ditawarkan cinta dari pencipta cinta? Err.. err… betul ke? Kemudian kita menolak dan menjauhi cinta-Nya? Wah… wah… betapa bodohnya ...

Kalau cinta seperti itu tertolak, cinta apa lagi yang kita harapkan? Cinta yang membawa pada kekecewaan, rasa sakit, atau derita? Cinta yang hanya mekar semusim lalu luruh tak berbekas, bahkan wanginya. Percayalah… cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah menguncup, mekar, atau luruh. cinta-Nya abadi, mekar selamanya. Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia. Mentari itu terus di sana, bila dan di manapun kita ingin merasakan hangatnya. Kita memiliki cinta dari Allah.



Apakah kita tak berniat membalas ketulusan cinta itu? :-

Monday, July 18, 2011

Mahkamah Tolak Hasrat ‘Lelaki Transeksual’ Bertudung Tukar Nama

Mahkamah Tolak Permohonan 'Transeksual' Tukar Nama 

KUALA TERENGGANU — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Hakim Mohd Yazid berkata, keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Katanya, walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.

Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz, dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.

“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya. – BERNAMA

*Gambar di atas adalah ketika Mohd Ashraf Hafiz muncul buat pertama kali di mahkamah baru-baru ini.

ThreatFire menguatkan keselamatan komputer anda



link ke Free Download ade dekat bawah entry ni
As-salam..ape itu threatfire??  ia merupakan sejenis software di mana ia memperkuatkan lagi security komputer anda di samping anti-virus komputer anda....dengan adanya threatfire...security komputer anda akan boost dan segala pishing website(laman web yg mengandungi virus2 pintar dan mnyusahkan hidup) dan web site yg berkemungkinan mempunyai virus2 yg berbahaya...sebelum virus dan aplikasi jahat itu sempat memasuki komputer anda threatfire akan bertindak terlebih dahulu dan notis akan dikeluarkan...dan komputer anda akan terselamat dari hasil kerja jenayah2 siber...sebenarnya bnyak lagi security yg ditawarkan oleh threatfire tapi yg ini je yg Fariz tahu....TAPI apa yg penting threatfire ni memang power rugi kalo tak cube.!!!
sebelum terlambat dan korg terkena ngan pishing website dan sebagainya download la bende nih.
Kalo korg nak bace ape itu threatfire click here
Traditional Security Product Solo vs. Traditional Product with ThreatFire



klik kat bwah untuk direct link ke FREE DOWNLOAD...lepas korg dah masuk page tu click GET FREE dan link download akan keluar........SELAMAT MENCUBA.......AS-SALAM

Hati-hati dengan virus FACEBOOK terbaru !

selamat malam semua…malam ini admin nak share sedikit info pasal virus facebook ini….kalau anda perhatikan gambar di atas ini adalah salah satu taktik hacker untuk menhantar virus kepada kita…maksudnya dia hack acc facebook kita..dan dia akan hantar chat kepada friendlist kita….


so andai dia bagi link seperti ini..harap jangan sesekali klik…kalau tidak mahu anda menjadi mangsa virus tersebut….bagi sesiapa yang telah terklik…harap tukar password secepat mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku…

Sumber : http://www.info.darxniq.com/

Mengetahui Jantina Komputer anda

As-salam..

hari ni mungkin post Fariz agak pelik sikit...hehehe.......hari ni Fariz nak kongsi cara mcm mana nak kenal pasti jantina laptop korang...jantina laptop Fariz betina....he3
1. Buka Notepad.
2. copy ayat di bawah dan paste ke dalam notepad :

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3. Tekan Save . Kemudian tukar Save As kepada All Files

4.Save As : love u.vbs (tajuk notepad)

5. (pastikan korg ingat kat mana korg save menatang uw tadi)

6. Pastiakan volume korg cukup kuat nnt tak dengar pulak

7. Close Notepad bila sudah selesai save .Then double click file tadi 
 love u.vbs dan akan dengar suara "i love u."

note: denga betul2 tu suara jantan ke betina he3.......tak taula kalo ada pondan
pastu komen kat bwah jantina ape yg korg miliki...he3
 

Sunday, July 17, 2011

Mengaktifkan kuasa minda separa sedar (minda segar)




Kita biasa dengar orang kata, “kita adalah apa yang kita fikirkan”. Ungkapan ini memang benar dan ia berkait rapat dengan kuasa minda separa sedar, atau minda di bawah sedar atau istilah barunya minda segar, masing-masing. Minda di bawah sedar ini sebenarnya adalah enjin penggerak yang seakan-akan memberi kuasa kepada minda dan pemikiran untuk mencapai sesuatu hasrat atau impian. Apa-apa yang didengar, dilihat, difikirkan atau dipelajari, jika selalu diulang-ulang ia akan terus tersimpan di dalam minda separa sedar. Sekali sudah tersimpan ia tidak akan terpadam, boleh dikeluarkan atau diluahkan kadang-kadang secara tak disedari.

Ahli psikologi telah menggariskan beberapa teknik untuk menggunakan kuasa minda di bawah sedar ini untuk kejayaan seseorang. Di antaranya ialah dengan berkata kepada diri sendiri berulang-ulang kali perkara yang hendak disimpan dalam minda di bawah sedar ini, pada waktu pagi, petang dan sebelum terlena; dengan cara visualisasi (membayangkan dengan jelas) apa yang hendak dicapai; disertai dengan kemahuan atau emosi yang kuat untuk mencapai sesuatu itu. Semua ini akan terpahat (direkodkan) dalam minda di bawah sedar.

Artikel ringkas yang berkaitan boleh dibaca di bawah ini….




How to Activate Your Subconscious Power


If you understand your subconscious power, you will do two things. Make your subconscious mind believes that you are experiencing and feeling everything positive about life. You do this by “acting as if” and creating the images that you want to happen in your life.

Next, you direct the subconscious to move toward where you are heading or wanting to achieve. You create clear goals, think about them all the time and affirm them. The intelligence within will show you the solutions and provide you with ideas to make your dreams become reality.

Believe in its power

You have to start believing that whatever you think about and believe is accepted by your subconscious. Once you form this belief, you can start to stimulate it with ideas and suggestions to allow it to attract the events you wish to experience and people you want to meet.

Have control over your conscious thoughts

All assumptions and beliefs start with conscious thoughts. Once you consciously keep thinking about the same thing over and over again, it becomes habitual. You no longer need to think about it for your subconscious to deliver your behavior or emotions.

In order to change those thoughts that may have developed some of your thinking patterns and bad habits, you have to deliberately think new empowering thoughts. You have to develop the discipline to cancel and delete the negative and replace with new ones to give the subconscious a different direction to follow.

Focus your attention

You mind is always attending to something. Therefore in order to get what you want to achieve, you need to develop razor sharp focus. Only think about what you want. Thinking about your goals by visualizing and affirming them through pictures and words will activate your subconscious.

Pay attention to your language. What you say to yourself and your assumptions about the meanings people are telling you affect your thinking and feeling.

Repeat your instructions and make them vivid and specific

Repeated affirmations through words and visualizations are commands and instructions to your brain. Bombard your subconscious by repeating out loud or quietly to yourself what it is that you want to see in your reality.

If you have been trying hard and have not achieved success through this method, try using subliminal messages and images. It is a tool to help you change your mind about yourself and your life without having the subconscious resisting. Click for a free MindMaster trial.

Emotionalize

Powerful emotions fuel your desires and stimulate your subconscious power to deliver to you the results through your actions.

You now have a choice. To use your subconscious power to change your behavior and your life or let it run around as it always has.

Source

Tekanan perasaan – Rasa Tersisih dan tidak Dikasihi


Tekanan perasaan – Rasa Tersisih dan tidak Dikasihi

Setiap Orang ingin dikasihi dan diterima kehadirannya tak kira la dalam apa keadaan sekalipun..

Namun hakikat tidak semestinya seindah mimpi walaupun itu adalah sesuatu yang amat kita inginkan, akibatnya kita megalami ganguan emosi yang menyebabkan kita akan rasa tertekan, rendah diri, murung, sedih, dan kekadang membuatkan kita membenci .

Yang pasti penerimaan dan dikasihi adalah perasaan milik individu yang tidak mampu dikawal oleh individu lain, dan yang paling penting kita harus sedar yang kebaikan tidak semistinya akan diterima dan disanjung manakala keburukan belum pasti dibenci dan dimaki.

Dan menyalahkan orang lain atau peristiwa atas apa yang terjadi pada kita hanyalah akan menyebabkan emosi kita semakin tak setabil dan mengakibatkan kecelaruan personaliti, jadi adalah lebih baik andainya kita berhenti menyalahkan orang lain atau diri kita sendiri sebaliknya belajarlah untuk terima siapa kita dan kekurangan yang kita ada.

Paling penting kita harus Rasional dan sedar akan kewujudan beberapa kepercayaan tak Rasional yang telah sebati dalam diri kita, yang mengakibatkan kita melakukan sesuatu yang tak sepatutnya kita lakukan… dan kita mudah dikalahkan oleh keadaan
  • “Aku mesti buat yang terbaik dan mesti mendapat pujian orang lain yang akan megatakan itu adalah baik, kalau tak ada pujian maka itu bermakna apa yang aku buat itu tidak baik.”
  • ” Orang mesti melayan aku dengan bertimbang rasa, adil, baik dan melayan aku dengan cara yang aku ingin dilayan, kalau mereka tidak melayan aku seperti itu mereka adalah orang yang tidak baik, yang tidak mulia, mereka dari keturunan yang tidak beradap, mereka harus didenda, dikutuk dan dibenci.
  • Apa yang aku nak aku mesti dapat, mesti dapat pada masa yang aku perlukan.
  • Perkara buruk dan yang aku tidak ingini tidak boleh terjadi pada aku
  • Seandainya aku tak dapat apa yang aku nak dan sekiranya perkara yang aku tak inginkan terjadi pada aku itu adalah amat teruk dan aku tak dapat menerima hakikat itu.