Monday, July 11, 2011

Kasanova Kecundang





Kasanova – Kasanova Kecundang


KUALA LUMPUR: “Saya hampir gila kerana perbuatan sendiri,” kata Hisyam, 26, ketika menceritakan penderitaannya akibat menjadi kasanova selama 11 tahun.

Dengan mempergunakan 17 wanita sepanjang tempoh itu, Hisyam tidak perlu bekerja kerana kemewahan diperoleh daripada semua teman wanitanya. Tidak cukup dengan itu, dia turut menjadikan mereka tempat memuaskan nafsunya.

Dia mengakui usaha meninggalkan hobi dayus itu tidak semudah disangka.

Ketika meninggalkan seorang demi seorang mangsanya, Hisyam mula menerima padah akibat perbuatannya.

“Kini, saya hidup dalam ketakutan dan sentiasa risau tanpa sebab. Saya juga diganggu pelbagai perkara tidak munasabah. Malah, pernah satu ketika saya pulang dari tempat kerja, tidak semena-mena saya menjadi sedih dan sayu

“Bila senja menjelang, jiwa saya menjadi bertambah kacau, saya berasa resah dan gelisah seolah-olah kehilangan sesuatu. Saya tidak tahu mengapa saya jadi begitu. – MyMetro

Dia ni kira bernasib baik kerana dapat petunjuk sebelium dia kembali mengadap yang satu…

Apa pun yang penting dia insaf dan Ingin kembali ke pangkal jalan, yang pasti dia masih belum terlambat untuk bertaubat, cuma selain dia minta keampuna daripada Allah SWT aku rasa dia juga harus meminta maaf pada kesemua magsanya..

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:


”Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Syarat Bartaubat

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:
Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.

Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.

Dosa kepada Allah s.w.t telah di janjikan pengampunan yg menyeluruh kecuali syirik..seperti menyembah atau percaya kepada kuasa lain dari Allah…

Namun dosa sesama Insan lain pula ceritanya.. Ianya tidak akan terampun selagi manusia yang telang menjadi mangsa kejahilan kita tidak mengampuni dengan ikhlas dosa dosa yg telah kita lakukan, Memang tidak dinafikan memang agak sukar utnuk kita memohon maaf apatah lagi untuk mengaku kesalahan yang telah kita lakukan, silap silap berbakul bakul sumpah seranah yang akan diterima oleh kita tak kena gaya sepak terajang jadi habuan…

Tapi aku teringat apa yang dikatakan oleh pakar Motivasi Terkenal Datuk Dr Fadzilah Kamsah.. “kalau kita mintak maaf jangan hanya dari mulut,tapi hati kena betul betul iklas, kerana jika seseorang itu memohon maaf dengan hati yang iklas, satu perasaan atau aura yang akan sampai kepada individu yang jadi mangsa tadi dan kalau kita bersalaman insyaalah boleh rasa keiklasannya.”…

Jadi jagan takut untuk meminta maaf dan mengaku kesilapan, yang penting kita iklas dan betul betul insaf..

No comments:

Post a Comment