Saturday, October 1, 2011

100 kariah berhimpun bantah imam




Penduduk Kampung Kerdas, Gombak di sini semalam mengadakan demonstrasi aman ekoran tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 dekat sini yang didakwa sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan.



Demonstrasi yang dihadiri oleh lebih 100 orang itu diadakan di pekarangan masjid tersebut selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf (gambar kecil) mendakwa, imam tersebut telah bersikap biadab kerana menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas ketika membaca khutbah.

“Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu-isu sensitif dan fahaman-fahaman politik.

“Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan sedia ada,” dakwanya ketika ditemui di pekarangan masjid tersebut di sini semalam.

Jelasnya, imam itu turut didakwa memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan kepada semua masjid di negeri ini ketinggalan zaman.
sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

No comments:

Post a Comment