Sunday, October 2, 2011

Sebab Kenapa Teks SMS ada 160 Abjad Sahaja







Pernahkah anda terfikir mengapa teks SMS (Short Message Services) hanya mempunyai 160 abjad sahaja dan tidak lebih, tidak kira syarikat telekomunikasi mana yang anda langgan, di negara mana atau model telefon bimbit apa anda pakai? Ia tetap hanya 160 abjad.

Friedhelm Hillebrand, seorang penyelidik komunikasi, melakukan satu eksperimen pada 1985, jauh sebelum SMS menjadi realiti. Beliau menaip ayat-ayat rambang dan mengira semua abjad, jarak, dan tanda-tanda baca. Ayat-ayat itu semuanya kerap kali lebih singkat daripada 160 abjad.

Selain itu, beliau meneliti poskad dan mendapati ia sering memuatkan kurang daripada 160 abjad. Hillebrand kemudian menggunakan maklumat itu untuk menyakinkan rakan sekerja beliau di Global System for Mobile Communications (GSM) bahawa, 160 abjad adalah lebih daripada mencukupi untuk SMS.

Sumber: Upprofits.com

No comments:

Post a Comment