Facebook bukan sahaja untuk bersosial, bahkan lebih daripada itu. Ada orang yang jumpa kawan lama yang sudah 20, 30 tahun tak jumpa, dan ada juga yang kaya raya buat duit dengan facebook.
Di bawah ini saya kongsikan sebahagian fakta mengenai Facebook, yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan.
- Pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 11,418,429 orang.
- Malaysia berada di kedudukan ke-17 daripada 213 negara.
- Hanya ada 20 orang pengguna facebook di Vatican City dan Aland Islands.
- Indonesia berada nombor dua di belakang United States dengan jumlah 40,418,860 orang pengguna berbanding 155,746,780.
- Kira-kira 43.65% daripada rakyat Malaysia mempunyai akaun facebook.
- Pavilion Kuala Lumpur merupakan tempat paling banyak check-in di Facebook, dengan 58,912 check-ins.
- Golongan lelaki mewakili 54% daripada pengguna Facebook di Malaysia.
- Airasia merupakan jenama yang paling banyak FANS di Malaysia, diikuti dengan McDonalds Malaysia.
- Eminem merupakan artis yang paling banyak FANS, diikuti Rihanna, dan Lady Gaga.
- Cristiano Ronaldo merupakan ahli sukan yang paling ramai FANS, mendahului Lionel Messi dan yang lain-lain.
Sebenarnya ada banyak lagi statistik dan info yang menarik mengenai Facebook, mungkin korang boleh godek-godek sendiri.
No comments:
Post a Comment