Saturday, October 1, 2011

Graduan perlu bina keterampilan




Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu para graduan membina keterampilan diri bagi berdepan suasana globalisasi yang penuh dengan persaingan.

Tengku Abdullah yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), bertitah kepintaran akal semata-mata bukan tiket mudah untuk mendapat pekerjaan.



“Di era ini, keterampilan diri dan budaya yang cemerlang adalah nilai tambah dan input pekerja yang biasanya diukur oleh para majikan.

“Saban tahun bilangan graduan akan bertambah dan sudah pasti hanya mereka yang benar-benar berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan akan lebih senang mendapat pekerjaan, titah baginda pada majlis konvokesyen keenam UMP di sini, hari ini.

Justeru, baginda bertitah penyediaan graduan berkualiti bagi menampung tenaga kerja profesional dalam pelbagai bidang perlu bermula sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Bernama
sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

No comments:

Post a Comment