Kita tumpang simpati dengan bencana gempa bumi yang melanda Jepun sehingga mengakibatkan tsunami baru-baru ini. Hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi juga sekitar wilayah Fukushima bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu (11 Mac 2011).
Berikut saya bawakan beberapa kesan-kesan kemusnahan akibat tsunami Jepun 2011. Semoga ia menjadi ikhtibar bersama. Kita juga tidak pernah terlepas daripada kemungkinan-kemungkinan bencana ini. Cuma masanya sahaja yang tidak diketahui bila. Sementara ada masa ni, eloklah kita bersedia..
(Seorang penduduk bersama anaknya sedang melihat kesan kemusanahan tsunami di Sendai, Jepun)
(Pemandangan dari atas menunjukkan pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi)
(Gelombang tsunami yang sedang terbentuk di di Pelabuhan Oarai)
(Bot nelayan tersadai di jeti berdekatan Pelabuhan Hachinohe, Aomori)
(Kontena yang bertaburan selepas dilanda tsunami di Sendai)
(Stadium besbol di Soma, Fukushima rosak teruk dan dipenuhi lumpur)
Satu lagi yang menjadi kebimbangan penduduk sekitar wilayah Fukushima ialah loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini.
(Gambar terbaru di atas dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun)
Sumber : http://keajaibanpenjimatan.com
No comments:
Post a Comment