Saturday, March 12, 2011

Seindah Mawar Berduri-Tamat

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Hari hujung minggu itu, Khazinatul Asrar ingin
berehat-rehat sahaja di biliknya. Puas Hijriah mengajaknya bersiar-siar di
sekitar ibukota tetapi ditolaknya. Persembahan anjing laut dan burung kakak tua
di Zoo Negara memang merehatkan fikiran dan aktiviti yang menarik untuk
dikunjungi. Itu juga tidak menarik hati Khazinatul Asrar. Letih…itulah
alasannya. Hijriah tidak berkecil hati kerana dia faham dengan kesibukan
Khazinatul Asrar dalam hari-hari yang dilewatinya. Biarlah kalau dia ingin
berehat. Lagipun Humaira’ dan Fadhila yang pantang diajak berjalan tu dah pun
bersedia menemaninya, teman sekuliyah yang sangat memahami hobi Hijriah.
Tidaklah Hijriah keseorangan tiap kali hobinya mendesak untuk bersiar-siar.



Ketenangan pagi itu diisi oleh Khazinatul Asrar
dengan melewati e-mailnya. Komputer peribadi berinternet itu memang teman tiap
kali kelapangan.
Khazinatul Asrar agak berdebar-debar apabila
alamat terbaru yang tertera di skrin komputernya ialah…
:-For Syauqah-wardah@hotmail.com
:-From Mukhlisin@hotmail.com
tetikus digerakkan perlahan-lahan untuk
meneruskan bacaan di skrin komputer. Mouse pointer terus mengarahkan helaian
diangkat lagi.
Ada
garis debaran dan persoalan di wajahnya.


(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Assalamualaikum…
Khazinatul Asrar{Khazanah segala kerahsiaan}.
Indah namamu seindah dirimu!
Kau memang menyimpan kerahsiaan…rahsia sekeping
hati yang takut pada Ilahi. Di sebalik tabir dirimu, rahsia itu terus
tersembunyi agung. Lantaran rahsia keindahan yang
cuba
kau pertahankan itu membuatkan
aku rasa tercabar untuk memilikimu. Siapa yang tidak sukakan keindahan yang
terpelihara?
Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara.
Kau adalah mutiara yang bersinar gemilang jauh di dasar lautan. Bukanlah
mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum. Jatuh nilainya.
Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga.
Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai syauqah (duri). Dari kejauhan
sudah bersinar gemerlap keindahan bersama gemersik aroma yang harum mewangi.
Sentiasa menjadi angan-angan setiap kumbang meskipun gentar dan sukar untuk
didekati.
Khazinatul Asrar, kaulah wanita pertama yang
bertakhta di hatiku ini. Insan yang menjadi idaman untuk menjadi teman hidupku
semulia Khadijah, lambang sebuah kecintaan. Kau ibarat mawar yang sedang mekar
di Taman Islam. izinkan aku menyunting dirimu kerana mengharapkan keredhaan
Allah.
Aku diciptakan untuk menjadi seorang doktor yang
merawat fizikal manusia. Oleh itu, ingin sekali untukku memiliki seorang
permaisuri yang juga seorang doctor…doctor yang merawat keperibadian insan.
Khazinatul Asrar…sudilah kiranya kau menerimaku
untuk menjadi teman hidupmu dalam meredah musafir hidup yang masih panjang
menuju negeri yang abadi. Di situlah destinasi cintaku yang pasti. Aku
melamarmu…
Pemuda ikhlas,
MUKHLISIN



(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Bintik-bintik peluh mula bertamu di dahi.
Keresahan mula melingkar di tangkai naluri. Pantas tangannya melarikan tetikus
supaya mouse pointer segera mencari ruangan shut down. Kegelisahan yang
berpintal menjemputnya sembahyang sunat dhuha lebih awal. Dia mendamba petunjuk
dan kekuatan daripada Allah S.W.T.
Jiwanya semakin resah dan membengkak apabila
terbayang wajah dua insan tercinta yang terlalu berharap agar dia dijodohkan
dengan Asyraf. Keluarganya dan keluarga Asyraf terlalu akrab bagaikan saudara.
Jurutera komputer lulusan
United
  Kingdom
itu memang terlalu disayangi oleh
ayahbonda Khazinatul Asrar.
Walaupun Asyraf sudahpun dianggap bagaikan abang
kandung sendiri, namun tergamakkah nanti untuknya mengecewakan hasrat ibubapa
Asyraf, lebih-lebih lagi ayahbondanya sendiri sudah pun merestui Asyraf. Yang
pasti, Asyraf tiada di hatinya.
“Oh Tuhan, jangan biarkan keadaan mendesakku
untuk menggugat kesetiaan cintaku yang didasari cinta-Mu,” rintih Khazinatul Asrar
dengan rintihan yang tersirat dengan kerahsiaan. Cintanya seakan-akan milik
seseorang.
Tok,Tok,Tok! “Assalamualaikum…”
Munajatnya pada Allah S.W.T terganggu dengan
kehadiran seseorang. Baju sembahyang dipecat dari tubuhnya sambil mempersilakan
masuk. Pintu biliknya terkuak perlahan. Tercegat Syaqiera di muka pintu sambil
tangannya disembunyikan di belakang. Siswi tahun dua Fakulti Teknologi dan
Sains Maklumat itu memang suka berkeadaan begitu.
“Kak Asrar, ada sorang abang tue suruh saya bagi
sesuatu pada akak…” sambil tangannya diubah ke depan. Sejambak mawar merah yang
sedang mekar dan masih segar dengan batangnya hijau berduri diserahkan kepada
Khazinatul Asrar. Cantik menawan.
“Ehem…ehem…” Syaqiera mengusik sambil cepat-cepat
berlalu di saat Khazinatul Asrar baru sahaja nak mengucapkan terima kasih
kepada adik usrahnya itu. Tak sempat. Sekeping nota kecil berbentuk love yang
diikat dengan reben merah jambu terselit di celah jambangan itu. Kencang
degupan jantung Khazinatul Asrar untuk mengetahui pengirimnya nemun digagahikan
jua jari-jemarinya membelek nota kecil itu. BismillahirRahmanir Rahim.
&&&
Khazinatul Asrar, aku ingin kau tahu bahawa aku
benar-benar tertawan hati pada dirimu kerana Allah S.W.T…
Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie.
&&&



Belum pun terubat resah hatinya dengan kehadiran
e-mail Mukhlisin.
Keresahan baru pula yang bertandang. Hatinya
bertambah-tambah resah. Kenapakah Khazinatul Asrar perlu resah begitu???
Jambangan itu disembunyikan sahaja di dalam
almarinya. Dia dapat menafsirkan betapa remuknya hati Hijriah kalau dia tahu
anak Duta
Libya
yang menjadi pujaan hatinya selepas Mukhlisin rupa-rupanya menaruh hati kepada
temannya sendiri. Hijriah tentu sekali sukar menelan hakikat yang sama. Apatah
lagi, layanan baik Tsabit selama ini memang mengharuskan Hijriah membina impian
kasih terhadapnya. Tidak disedari, manik-manik jernih membasahi pipinya.
Mungkin Kau ingin mengujiku dengan dugaan ini…
Diambilnya al-Quran tafsir Arabic, pemberian
seseorang dari sisi bantalnya. Telah dua tahun lamanya al-Quran itu menjadi
miliknya. Di balik zip al-Quran itu tersimpan sehelai lipatan kertas berwarna
hijau pucuk pisang. Telah dua tahun lamanya juga helaian itu tersimpan di situ
tanpa diusik. Hatinya tergerak untuk menatapi lagi helaian itu setelah sekian
lama menjadi khazanah. Helaian itu bagaikan meminta-minta agar ia dibuka.
Assalamualaikum…
Ukhti fi al-Islam,
Ana doakan
agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka
Allah S.W.T. Walaupun terlalu berat rasa hati untuk menulis
surat
ini namun ana yakin bahawa ana telah
digagahi oleh Allah S.W.T jua untuk melakukannya setelah ana istikharah
beberapa kali. (Astaghfirullah…moga ianya bukan riya’ ) Ana tidak berniat
memanjangkan kalam, biarlah ana terus focus pada apa yang nak ana sampaikan..
Ukhti,
Ana tidak
mampu lagi menanggung resah di hati setelah mengenali keperibadian, agama dan
perjuangan ukhti yang memang menepati ciri-ciri wanita idaman setiap mujahidin.
Kenapakah terlalu awal perasaan ini hadir dalam hidup ana? Ana takut perasaan
ini membuka lembaran baru bagi syaitan untuk melalaikan perjuangan ana dan
menjarakkan ana dari mengingati Ar-Rahman. Lantaran itu, ana
cuba
untuk
melupakan perasaan ini buat sementara waktu tapi hati ana terus dirasuk kebimbangan
bahawa jika ana tidak berterus-terang, ana akan kecewa nanti. Ana akur bahawa
ana tewas pada perasaan sendiri. Akhirnya, ana hadirkan jua
surat
ini supaya ukhti tahu bahawa setelah
habis belajar nanti, ana menanti ukhti untuk dijadikan pembantu perjuangan di
sayap kiri. Cukuplah sekadar ukhti tahu.
Ukhti,



Ana harap
ukhti takkan membalas
surat
ini kerana bimbang ianya akan menambahkan noda hitam di hati ana lantaran
teringatkan ukhti. Allah lebih berhak untuk kita ingati di usia ini.Perasaan
ana terhadap ukhti pun anugerah dari Allah S.W.T jua. Jesteru, wajarlah ana
memelihara batasan yang Dia gariskan. Doakan agar ana tidak meletakkan cinta
ana kepada ukhti mengatasi cinta kepada-Nya. Dan ana nasihatkan kepada ukhti
seendiri tidak perlu terlalu memikirkan hal ini. Masih banyak perkara lain lagi
yang perlu ukhti fikirkan terutamanya amanah kita sebagai penerus manhaj
tarbiyyah di bumi UKM ini.
Ukhti,
Ana harap
ukhti jelas bahawa kehadiran
surat
ana ini sekadar untuk memberitahu hasrat ana terhadap ukhti selepas habis
belajar nanti. Ana tetap berpegang pada prisip bahawa perasaan cinta terhadap
seseorang tetap tak menghalalkan ana untuk mengetepikan Allah S.W.T dalam
setiap tindakan sepanjang tempoh belajar ini. Ana juga langsung tak berniat
untuk memaksa ukhti menerima ana. Terserahlah kepada ukhti sendiri…Kalaulah
ukhti memang diciptakan untuk ana, ana serahkan ukhti dalam jagaan Allah S.W.T.
moga Allah jua yang akan mempermudahkan jodoh pertemuan dengan ukhti nanti.
Walaubagaimanapun, put your trust in Allah. Ana redha pada ketetapan
Allah yang
bakal kita hadapi…Dialah sebaik-baik Perancang!
Pengemis cinta Ilahi…
“Ya Allah…aku tak pasti samada Kau benar-benar
meredhai cintaku pada-Mu ataupun tidak dengan mendatangkan ujian demi ujian
cinta silih berganti. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering
berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta lelaki. Jahatnya hati
sebegini! Ya Allah, andai hati yang ada ini jauh dari-Mu, maka tukarkanlah hati
ini dengan hati yang mencintai-Mu. Aku tidak sanggup hidup tanpa
cinta-Mu…”Khazinatul Asrar bermunajat pilu. Teringat pula pada madah Abdul
Ghani, penyair sufi yang fasih di lidahnya.
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila
suatu saat aku jatuh cinta



Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang
tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati
cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh
hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Irama handset menyentak lamunannya.
Ada
message dari
Faranaqwiah, salah seorang perwakilan pelajar sepertinya.
&&Usrah pimpinan PMUKM, 5.30 ptg
ini.&&
-Faranaqwiah-
“InsyaAllah, saya akan datang!” bisik hati
Khazinatul Asrar. Dia membuka almarinya untuk mencari fail Timbalan Exco
Perhubungan Luar yang dipegangnya.
Ada
urusan yang perlu dirujuknya. Serentak dengan itu jambangan mawar berduri
pemberian Tsabit yang mengharumkan almari menarik perhatiannya.
“Kalaulah kau untuk Hijriah, tentu tika ini kau
makin mekar di dalam pasu.”
Khazinatul Asrar berbicara dengan jambangan
mawar. Sedih melihatkan ia mungkin layu tersorok di situ. Punggungnya mula
dilabuhkan di tempat study Hijriah. Sebuah frame di situ begitu berseri
menghiasi meja. Gambar menterjemahkan bagaimana akrabnya Hijriah dan dirinya
sama-sama riang mengukir kenangan di Taman Sri Teruntung. Sepasang anak monyet
yang comel juga turut berkongsi keceriaan mereka di dalam gambar itu.
Khazinatul Asrar tiba-tiba tertawa sendiri apabila mengimbas kembali kenangan
manis di pusat rekreasi yang masyhur di Kuantan itu. Masih segar lagi
diingatannya bagaimana Hijriah hampir menangis apabila anak monyet comel dan
jinak yang didukungnya tiba-tiba sahaja melarikan handbeg dan dibawa ke atas
pokok. Keadaan semakin cemas apabila si monyet itu mula bertindak menyelongkar
handbeg nun jauh di puncak dahan. Mereka berdua bimbang takut-takut ada
dokumen-dokumen penting yang dikoyaknya. Pantas mereka berdua mendapatkan
penguasa yang bertugas. Apabila anak monyet itu melihat seorang penguasa
mengacukan kayu ke arahnya sebagai amaran, segera dicampaknya handbeg



Hijriah ke bawah. Namun ia sempatjuga mengambil
bedak compack di dalam handbeg itu. Kemudian, telatahnya yang mula membedakkan
mukanya dengan bedak compack itu menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain.
Ianya sungguh menggelikan hati sehingga kebimbangan mereka berdua menjadi bahan
ketawa seterusnya mencipta kenangan indah.
“Aku sayangkan engkau Hijriah,” hatinya merintih
sayu.
Buku-buku Hijriah yang tersusun rapi di atas meja
pula yang direnungi. Khazinatul Asrar tertarik pada sebuah buku nota berwarna
purple susu, pada covernya dilekatkan dengan gambarnya. Dia tersenyum dan
merasa terpanggil untuk membelek buku itu. Rupanya bingkisan hati yang mengisi
ruangan.
**Tsabit…indahnya hidupku andai akulah teman dan
ratu dalam mahligaimu. Aku ingin mencari teduhan syurga di bawah tapak kaki
seorang suami sepertimu.
Di saat ini biarlah aku simpan sahaja perasaan
ini. Cinta yang lahir di hatiku, anugerah Allah S.W.T ini akan ku pelihara agar
tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan. Tidak perlu untukku
terlalu memuja cintaku ini kerana ku sedar bahawa Penciptamu lebih berhak untuk
ku cintai. Aku mempunyai impian untuk menjadi seorang isteri yang bisa
menyemarakkan rasa kecintaan kita pada Islam dan perjuangan. Itulah hakikat
cinta yang ku pelajari dari Khazinatul Asrar, sahabatku.
**Asrar…kaulah teman yang tak mungkin ada
pengganti. Terima kasih kerana banyak memimpin hidupku dari derasnya arus
keduniaan yang melingkari hidupku sebagai anak
kota
. Kau jugalah yang mengajar aku tentang
hakikat cinta. Cinta bukanlah alasan unutk menurutkan nafsu bermesra dan
berfoya-foya tanpa perbatasan syariat. Cinta sejati adalah cinta yang tak
dicemari kemurkaan Allah dan terpelihara kesuciannya hingga syariat
menghalalkan.
Cinta itulah yang akan aku hadiahkan kepada insan
bernama Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie…
Buku itu ditutup rapat. Khazinatul Asrar tidak
sanggup menghabiskannya hingga ke noktah terakhir. Dia terharu dengan pendirian
Hijriah tentang cinta yang selama ini sering didamba-damba olehnya. Patutlah
sejak kebelakangan ini dia kelihatan banyak berfikir dan kurang bertanya pasal
Tsabit. Rupa-rupanya, jauh di sudut hatinya tersimpan satu azam cinta yang
kudus, mengharap cinta yang diredhai-Nya.
“Moga Allah merestui impianmu…”hatinya berbisik
penuh pengharapan.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Tik…tik..!” handsetnya memberi petanda bahawa
satu message diterima. Khazinatul Asrar yang sedang mengenakan tudung, pantas
mencapainya.



“Asrar, ana tunggu enti kat lobi nie..cepat sikit
yea!”
-Farahnaqwiah-
Khazinatul Asrar bergegas turun ke lobi. Beberapa
buah fail didakapnya. Langkahnya kali ini nampak longlai dan lemah. Setibanya
di lobi, dia memberi salam kepada Faranaqwiah sambil berjabat tangan.
“Eh, Asrar..panasnya tangan! MasyaAllah, pucatnya
bibir enti! Wajah pun macam orang tak bermaya. Enti sakit ke?”Faranaqwiah terperasan
perubahan pada wajah Khazinatul Asrar yang tidak seceria selalu.
“Alahamdulillah, ana sihat jea. Cuma suhu badan
tiba-tiba naik sikit. .InsyaAllah, demam ni tak lama…” Khazinatul Asrar
cuba
menghilangkan kebimbangan Faranaqwiah. Namun, Faranaqwiah tidak berpuas dengan
jawapan itu. Dijamahnya dahi Khazinatul Asrar sambil berkata,
“MasyaAllah,demam panas n! Jomlah ke klinik
dulu..”
“Alah, sikit jea! InsyaAllah ana boleh bertahan
lagi. Ana tak mahu kita lewat ke usrah pimpinan…dari segi fiqh aulawiyyat, mana
yang patut kita utamakan?” tolak Khazinatul Asrar. Dia memang tak suka
memanjakan sangat dirinya apabila sakit.
“Ana tak kira, ana tetap nak bawa enti ke klinik
dulu! Panas sangat suhu enti ni, Asra..bukan biasa-biasa!” tegas Faranaqwiah.
Khazinatul Asrar akhirnya terpaksa akur dengan saranan itu.
Sementara itu di
salah sebuah dewan kuliah, barisan pemimpin muslimat sudah sedia dalam soffnya.
Seketika kemudian, soff pimpinan muslimin pula dipenuhi. Presiden Pelajar
PMUKM, al-akh Mustaqhim Al-Qordrowi bin Tay Leong Muhammad kelihatan begitu
segak dan berwibawa melangkah ke hadapan. Kepimpinannya memang cukup disegani.
Usrah yang dikendalikannya diakui sangat terkesan di hati, menambahkan
keimanan, menaikkan semangat juang dan menyedarkan dari kealpaan. Dia bercakap
dari hati, bias menembusi tiap hati yang mendengarnya.
Selepas 15 minit
berlalu, urusan mengambil ubat selesai.
“Asrar, enti baliklah berehat.
Kan
doktor dah cakap tadi, enti perlu
banyakkan rehat…badan enti tu dah terlalu letih,” pujuk Faranaqwiah.
“Tak apalah Fara, ujian sikit jea Allah bagi nie!
InsyaAllah sebagai pengkifarah dosa. Orang mengaku pejuang tak boleh memanjakan
sangat dirinya. Rasulullah lagi teruk diuji dengan peperangan…Takkan demam
sikit ni pun nak dijadikan alasan untuk tinggalkan usrah tu..rugilah ana
nanti..” Khazinatul Asrar tidak mahu mengalah. Kali ini, Faranaqwiah pula
terpaksa akur pada kemahuan Khazinatul Asrar setelah puas dipujuknya agar
pulang berehat. Dia memahami semangat cintakan ilmu yang Khazinatul Asrar
miliki.
Setibanya di dewan kuliah, seangkatan pimpinan
usrah sudah pun bersiap sedia dalam soff mereka. mantap. Presidennya sedang
lantang berucap di hadapan.



Khazinatul Asrar dan faranaqwiah menggagahkan jua
untuk menyertai mereka walaupun terpaksa bertebal muka kerana datang lambat.
Sebaik sahaja ketibaan mereka dalam saff itu, al-akh presiden berhenti berucap
secara tiba-tiba. Mereka berdua berasa serba salah kerana telah mengganggu
kelancaran majlis.
“Sekali lagi ana nak memberi peringatan bahawa
orang yang memikul amanah membawa risalah dakwah sepatutnya menjaga peribadi
diri dari semua segi untuk dijadikan qudwah hasanah. Terutamanya dari segi
ketepatan masa. Masa dalam hidup pejuang lebih sedikit daripada tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan. Allah S.W.T sendiri memberi peringatan tentang masa
dalam al-Quran. Sepatutnya, ana tak perlu lagi mengulangi peringatan ini kepada
orang yang bergelar pemimpin kerana dia sepatutnya lebih bijak memimpin masa
sendiri..” sinis dan tegas Mustaqhim Al-Qordhowi menegur kelewatan Khazinatul
Asrar dan Faranaqwiah. Ketegasan memang sudah sebati dalam peribadi Presiden
itu apabila berhadapan dengan kesilapan.
“Maafkan ana..mungkin enti berdua masyaqqoh.
Boleh bagi alasan?” Mustaqhim Al-Qordhowi bersuara lagi. Kali ini lebih
berdiplomasi. Sebagai presiden, dia memang bertanggungjawab memastikan kualiti
disiplin setiap pimpinan pelajar yang membawa imej Islam di mata UKM.
“er..tadi..” Faranaqwiah
cuba
menjelaskan tetapi dipotong oleh Khazinatul Asrar.
“Ana yang menyebabkan Faranaqwiah lambat! Ana
minta maaf atas kelewatan ini dan bersedia menerima mua’qobah. Teruskanlah
majlis untuk menghormati masa…” pinta Khazinatul Asrar. Dia tidak mahu demamnya
diheboh-hebohkan kerana mungkin akan merisaukan teman-teman seperjuangan yang
lain.
“Nampaknya enti berdua tiada alasan..ana
taklifkan istighfar 1000 kali setiap hari selama seminggu. Amanahlah pada diri
sendiri kerana Allah Maha Mengetahui,” tegas presiden itu dengan nada serius.
Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah akur dengan taklifan itu tanpa sebarang
rungutan. Bagi mereka, mungkin itu hanyalah sebagai asbab dari Allah S.W.T
untuk mendidik mereka memperbanyakkan istighfar.. berbaik sangka dengan Allah.
….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi
dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia
dan akhirat. Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik
perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis
terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil
pelajar dalam PMUKM, kita perlu lebih berani dalam menyatakan pendirian
menegakkan al-haq. Perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan
keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam
kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih
sayang yang agung dari Allah S.W.T.
Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan
mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan
arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai
penyokong dan pendokong wehdah. Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting
untuk mewujudkan jemaah yang



quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah
yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah
penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan
mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan. Selagi Allah
adalah matlamat utama hidup kita dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan
fardi Muslim, selagi itulah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita
adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun
lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………”
Laungan takbir oleh soff pimpinan Muslimin
mengiringi noktah akhir ucapan Presiden PMUKM. Kalimah agung itu begitu gah
bergema menggegarkan dewan. Usrah itu berakhir pada pukul 6.35 petang. Selepas
mengemas buku catitannya, Khazinatul Asrar berjalan seiringan dengan Faranaqwiah
menuju ke kamsis masing-masing. Kali ini langkahnya lebih bersemangat
berbanding sebelumnya walaupun suhu badannya masih di takuk lama, semangat
Islam yang bersemarak di dalam dada mujahidah.
“Saudari!” satu sapaan kuat membuatkan Khazinatul
Asrar dan Faranaqwiah berpaling serentak ke belakang. Sebuah kereta Perdana
sedang berhenti beberapa meter dari mereka. kelihatan di dalamnya seorang
lelaki yang berpakaian kemas sedang tersenyum. Orangnya nampak bergaya. Hebat.
Macho.
“Siapa tu?” Khazinatul Asrar bertanya
Faranaqwiah.
Faranaqwiah mengangkat bahu sebagai isyarat tidak
tahu. Kereta itu terus bergerak semakin mendekati mereka. lelaki itu memberi
salam dengan sopan. Salamnya dijawab perlahan.
“Encik ni nak jumpa siswi kat sini ke?”
Faranaqwiah memberanikan diri untuk menduga. Lelaki itu hanya mehjawab dengan
seulas senyuman kepada Faranaqwiah. Dia pula yang mula bertanya.
“Saudari nie, Khazinatul Asrar
kan
?” telunjuknya menghala ke arah
Khazinatul Asrar.
“Ya, saya!” spontan Khazinatul Asrar menjawab.
“Err…saya Mukhlisin…Ahmad Mukhlisin! Saya datang
ni sebab nak minta maaf pasal nota-nota tue.”
Khazinatul Asrar agak terkejut dengan kehadiran
lelaki itu tetapi dia kelihatan tenang mendengar kenyataannya.
“Hijriah cakap, awak tak suka cara saya approach
awak. Saya mula rasa bersalah dan nak minta maaf. Boleh awak maafkan saya?”
wajah Mukhlisin bersarat harapan.
“Lupakan…em, kalau dah tak ada apa-apa lagi, kami
pergi dulu ya. Bimbang kalau mendatangkan fitnah pula,” Khazinatul Asrar sudah
bersedia mengatur langkah. Dia ingin segera mengakhiri episod itu. Pandangannya
dilontar ke dewan tempat usrahnya diadakan tadi seolah-olah dirasakan ada
seseorang yang melihat mereka. Seseorang yang mungkin curiga dengan situasi
itu.
“Nantilah dulu…bukannya senang untuk saya
berpeluang sebegini. Give me some minutes, please!” wajah Mukhlisin
menterjemahkan betapa besarnya harapan. Khazinatul Asrar memandang Faranaqwiah.
Faranaqwiah mengangguk perlahan



sebagai isyarat supaya diberi ruang dan peluang
kepada lelaki itu. Mukhlisin memandang Faranaqwiah dengan senyuman terima
kasih.
“Betulkah awak dah benar-benar memaafkan saya?”
Mukhlisin masih curiga.
“Saya tak suka mendendami sesiapa…” balas
Khazinatul Asrar.
“Tapi, awak macam masih marahkan saya! Berpuluh
kali saya call tapi tinggal miss called jea,” luah Mukhlisin.
”Awak takut saya marahkan awak?” duga Khazinatul
Asrar, makin berani.
“Tentulah…” pantas Mukhlisin menyahutnya.
“Kenapa?” Khazinatul Asrar masih menduga.
“Supaya awak tak bencikan saya…” jawab Mukhlisin.
“Sepatutnya awak lebih takut kalau Allah S.W.T
yang marah supaya Allah tidak benci…” tegas bicaranya.
“Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak berniat
nak mempermainkan awak. Niat saya baik. Ikhlas kerana Allah!” Mukhlisin membela
diri.
“Siapalah kita untuk menilai keikhlasan sendiri.
Ikhlas ke tak ikhlas ke, itu urusan Allah, Allah Maha Mengetahui. Muhasabahlah
balik tujuan awak untuk mendekati saya kerana dalam sedar ataupun tidak mungkin
ianya didasari nafsu semata bukan atas pertimbangan akal,” Khazinatul Asrar
masih bernada tegas.
“Awak meragui keikhlasan saya?” soal Mukhlisin.
“Saya tak bermaksud begitu. Sekadar ingatan dan
langkah berhati-hati. Lagipun saudara adalah orang asing dalam hidup saya,
memang menjadi haq saya untuk meragui setiap orang yang asing.”
“Khazinatul Asrar…salahkah saya
cuba
untuk
mengenali gadis yang baik untuk dijadikan isteri?” redup wajah Mukhlisin.
Faranaqwiah tertunduk malu dengan kenyataan itu. Khazinatul Asrar masih mampu
bertegas.
“Tak ada hukum yang mengatakannya salah. Tapi
saudara kena ingat. Matlamat tak menghalalkan cara.
Cara mestilah syaro’ mengikut lunas-lunas agama.”
Jelasnya lembut kali ini namun kenyataannya masih tegas.
“Okeylah, okeylah…saya tak berniat berdebat
apa-apa dengan awak. Cuma, saya ada satu permintaan. Mungkin yang pertama dan
terakhir. Begini… saya ada perkara penting yang nak dicakapkan dengan awak,
Khazinatul Asrar. Dah banyak kali saya
cuba
hubungi handset awak tapi
nampaknya awak tak sudi langsung nak menjawabnya. Mungkin awak rasa saya nak
mengganggu lagi. Itu silap saya sendiri kerana nota-nota tue. Tapi,saya harap
sangat-sangat kita boleh jumpa malam ni, boleh
kan
?” ajakannya memang bersungguh-sungguh.
Sinar matanya memancar harapan.
“Maafkan saya, saudara! Berjumpa tanpa urusan
yang munasabah antara lelaki dan perempuan bukanlah prinsip hidup saya. Saudara
mungkin tersilap orang untuk diajak keluar,” nadanya lembut namun tegas.
“Habis tue, takkan saya tiada peluang langsung
untuk mengenali awak?” Mukhlisin berasa hampa dengan penolakan itu.



“Saudara…untuk apa kita saling mengenali? Ianya
hanya memberi kesempatan kepada syaitan untuk memudahkan kerjanya melalaikan
manusia,” tegasnya lagi.
“Tapi ini soal hati dan perasaan, bukan mainan.
Saya tahu…saudari sebenarnya tak mahu mengenali saya kerana saya tak layak
mengenali saudari,
kan
?”
terluah satu kekecewaan dan kekesalan.
“Maafkan saya. Saya langsung tak berniat
memperkecilkan saudara. Antara kita tiada lebihnya melainkan darjah ketaqwaan
yang semuanya menjadi urusan Allah. Siapalah diri saya untuk berlaku
sombong…Saudara, saya buat begini semata-mata mengharap naungan keredhaan Allah
untuk kebaikan kita bersama. Lagipun, saudara tak bimbangkah pada amaran
Rasulullah bahawa mengenali seorang wanita mungkin menjadi fitnah kepada
seorang lelaki?” Khazinatul Asrar
cuba
menenangkan perasaan
Mukhlisin.
“Memang Rasulullah sangat bimbangkan dengan
bahaya fitnah wanita akhir zaman. Tapi bukannya semua wanita membawa fitnah.
Wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Salahkah
saya
cuba
mendapatkan hiasan yang sebaik-baiknya itu untuk hidup saya? Malah itu adalah
hak dan impian semua lelaki,” Mukhlisin mempertahankan pendiriannya. Khazinatul
Asrar terdiam. Setelah seketika barulah bersuara.
“Saya tak mahu seorang lelaki yang menjadi
harapan agama dalam gerak kerja memartabatkan Islam akan lalai dan menjadi
lemah iman kerana saya. Apatah lagi intelektual Islam sehebat saudara. Saya tak
mahu menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki. Kalaulah
wanita hari ini terpelihara keperibadiannya dari pelbagai aspek, InsyaAllah
akan lahirlah pemuda-pemuda Islam yang sanggup berada di jalan perjuangan
sebagaimana keunggulan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang akhirnya
melahirkan para ambiya’, auliya’, dan solohin yang unggul dan terbilang.
Tarbiyah inilah yang
cuba
saya praktikkan pada diri saya. Oleh sebab itu saya tak mahu menghampiri
perkara-perkara yang melalaikan seperti ajakan saudara ini. Maafkan saya,”
Khazinatul Asrar
cuba
menjelaskan pendiriannya.
“Saya tak kisah kalau awak menolak ajakan saya
nie. Cuma…saya harap awak luangkanlah waktu fikirkan tentang perasaan saya
terhadap awak. Saya benar-benar cintakan awak kerana Allah!” Mukhlisin semakin
berani berterus terang. Tidak dihiraukan lagi rasa segan dan malu pada gadis
itu. Pipi Khazinatul Asrar kemerah-merahan dengan kata-kata itu. Tak dapat
dibendungnya lagi rasa malu kepada Faranaqwiah dan pada Mukhlisin sendiri.
Tangan Faranaqwiah ditariknya sambil mengatur langkah meninggalkan Mukhlisin
tanpa sebarang kata putus. Faranaqwiah yang sejak tadi setia memerhati terus
setia mengikut rentak kaki temannya yang mara kehadapan. Matanya melirik kepada
Mukhlisin yang semakin jauh ditinggalkan dengan persoalan. Kasihan padanya…
‘Syauqah…duri yang memagari diri. Tiba waktunya
duri itu takkan lagi berbisa untukku. Oh, Khazinatul Asrar…” Mukhlisin memujuk
hatinya sambil anak matanya mengekori setiap langkah sopan kedua-dua gadis itu.



Setelah kedua-duanya hilang dari pandangan,
keretanya dipecut laju. Semangatnya makin membara untuk menyunting mawar
berduri itu. Tatkala melintasi suatu bus stop, dia terpandang Hijriah tercegat
di situ. Keretanya berundur balik dan melencong ke bus stop tersebut.
“Kenapa sorang jea kat sini? Lewat petang
begini…bahaya tau! Nak balik kampus ke?” Mukhlisin mengambil berat terhadap
jirannya.
“Aku nak balik rumah. Esok, tak ada kuliyah. Kau
pulak tentu dari Bangi
kan

nak ke mana? Nak balik ke kampus Medic di KL ke?” Hijriah pulak bertanya
bertubi-tubi.
“Aku pun ingat nak balik Kajang nie. Marilah aku
hantarkan kau sekali. Alah aku ni
kan
jiran kau…tak payahlah segan. Mari…” Mukhlisin
cuba
meyakinkan Hijriah yang
kelihatan agak keberatan. Hijriah akur dan masuk ke dalam kereta.
“Kau dari mana sorang-sorang ni?” tanya Mukhlisin
prihatin.
“Tak adalah. Aku bertiga tadi dengan Fadhila dan
Humaira’. Diorang baru saja naik komuter balik kampus. Kami jalan-jalan jea. Ni
kan
hari
minggu. Mestilah nak rehatkan fikiran,” jawab Hijriah.
“Ish, final exam dah dekat pun ingat nak jalan-jalan
lagi ke?” sindir Mukhlisin.
“Alah sesekali jea. Fikiran yang tenang pun
menjadi faktor kejayaan tau!” balas Hijriah.
“Yea lah tu…aku nak tengok jea konvo hujung tahun
nie kau masuk golongan first class atau tidak,” Mukhlisin sengaja nak tengok Hijriah
marah. Hijriah menjeling geram.
“Kau tue konvo jugak akhir tahun nie,
kan
…kalaulah kau masuk
third class, akulah orang pertama yang akan ketawakan kau. Apa taknya siang
malam asyik ingatkan si dia…” giliran Hijriah pula sinis menyindir.
Mukhlisin tersenyum nakal.
“Eh, marah pulak dia! Aku gurau jea tadi…Kau
jangan lupa, course Medic tak main class-class tau,
antara
Pass
atau Fail jea. Jangan jealous! Err,Hijriah….Dia pun konvo sama-sama kita,
kan
?” wajah Khazinatul
Asrar bertandang di fikiran Mukhlisin.
Hijriah menggeleng lagi, “Kau ni memang….kalau
pasal Asrar mula nak berbaik dengan aku. Asrar buah hati kau tue nak sambung
lagi sampai Phd lepas konvo ni tau! Kau pulak?”
“Lepas konvo aku kena bertugas di hospital tengku
Ampuan Afzan.nanti kalau kau sakit, marilah jumpa Dr.Mukhlisin. jangan lupa
ajak dia sekali,” Mukhlisin bergurau. Hijriah mencebik bibir.
“Tak malu!” bentak hatinya.
“Aku rasa dia tak nak datang pun. Rela dia sakit
daripada jumpa doktor yang niat tak betul macam kau. Aku pun lebih baik aku
jumpa doktor yang lebih profesional dan berpengalaman. Takut bertambah sakit
pulak aku bila tengok muka kau tu,” Hijriah mengusik Mukhlisin. Mukhlisin
tiba-tiba rasa sedikit sensitive.



“Kenapa dia tak boleh terima aku? Apa kurangnya
aku?” melencong ke lain pulak perbualan Mukhlisin. Hijriah rasa simpati dengan
kata-kata itu.
“Engkau? Bagi aku…kau lelaki istimewa.
Ada
rupa, kemewahan dan
pelajaran. Ketaqwaan tue, aku tak berani nak kata. Urusan Allah. Mungkin
hatinya masih belum terbuka sebab dia nak tumpukan pada pelajarannya dulu.
Sabarlah….” Pujuk Hijriah.
“Tapi, dia langsung tak bagi aku peluang. Macam
dia dah ada orang yang punya,”Mukhlisin membuat andaian.
“Khazinatul Asrar dah berpunya? Tak mungkin! Dia
mawar berduri. Cintanya milik Allah. Bukannya senang nak disunting sesiapa!”
sangkal Hijriah.
“Aku harap begitulah…” balas Mukhlisin penuh
harapan.
“Kau kena fikir…keduniaan serba lengkap yang kau
miliki boleh ke menjanjikan kebahagiaan pada Khazinatul Asrar nanti? Wanita
beriman takkan pandang sangat pada kekayaan dunia. Satu lagi, kau tu janganlah
terlalu kejar dan mendesak dia. Rimas dia nanti. Buatlah perangai elok-elok
sikit macam lelaki beriman. Ni tidak…cakap pasal Islam jea pandai, akhlak tak
beramal sangat. Asrar selalu ingatkan aku bahawa zaman sekarang ni, ramai orang
yang boleh bercakap pasal Islam tapi tak ramai yang menghayati Islam tu
sendiri. Ramai juga yang menabur janji cinta kerana Allah tapi tak
merealisasikan cinta itu sebenarnya. Dia takkan mudah terpedaya dengan kata-kata.
Dia akan menilai pada akhlak kau, kau dalam ujian dan nilaian Asrar sekarang
ni, tau!” nasihat Hijriah berserta bisikan di dasar hatinya, nasihat itu
ditujukan untuk dirinya sendiri juga.
“Dia sedang menguji aku?” soal Mukhlisin. Serius.
“Takkan nak tipu!” jawab Hijriah.
“Pass ke aku pada ujian dia?” keluh Mukhlisin,
bimbang.
“Resultnya adalah ketentuan Allah jua, katanya.
Khazinatul Asrar tu mementingkan keberkatan dalam hidupnya. Baginya, lebih
berkat kalau dia menerima lelaki di saat dia dah betul-betul bersedia
terutamanya bila dah graduate. Kau kena banyak berdoa agar waktu tu hatinya
boleh terima kau. Itulah petanda kau dah lulus ujian dia..”
“Hijriah, aku risaulah! Inilah kali pertama aku
merasakan dhoifnya diriku walaupun hidup penuh kemewahan. Iman aku tak sekaya
Khazinatul Asrar! Rasa macam tak padan nak bergandingan dengan dia. Tapi, aku
masih boleh memperbaiki diri..Hijriah,
kan
?!
aku memang dah lama bercita-cita nak jadi baik macam dia. Mendamaikan tiap mata
yang memandang. Aku tak boleh melupakan Khazinatul Asrar walau sesaat pun..”
luah Mukhlisin.
“Ha…dia pernah beritahu aku tentang lelaki
idamannya.”
“Apa dia cakap?” Mukhlisin tak sabar-sabar.
“Amboi amboi..kau ni! Okey, dengar baik-baik yea…
Khazinatul Asrar impikan seorang suami yang akan memeriahkan mahligainya dengan
kalamullah, menghidupkan malam dengan tahajjud berjemaah, mendidik generasinya
dengan pewaris perjuangan Rasulullah. Biarlah lelaki itu tak punya rupa dan
kekayaan asal hatinya sarat dengan



keimanan. Ehem…kau dah cukup syarat nak jadi
lelaki idaman Khazinatul Asrar?” usik Hijriah lagi.
Tiba-tiba brek ditekan mengejut menyebabkan
kedua-duanya tersentak ke hadapan. Nasib baik tali pinggang dipasang kemas dan
belon udara cepat bertindak. Kebetulan jalan yang biasanya sesak itu agak
lengang. Tiada kereta yang memandu dekat di belakang. Kalau tidak, mungkin
mereka nahas dirempuh dari belakang.
“Kenapa kau ni?” Hijriah sangat terkejut.
“Maaf…maafkan aku! Kau tak apa-apa, Hijriah?”
Mukhlisin rasa bersalah.
Wajahnya sangat cemas.
“Nasib baik Allah masih lagi nak pinjamkan nyawa.
Kenapa kau brek mengejut?” Hijriah kelihat agak marah dengan tindakan Mukhlisin
itu.
“Aku…aku nampak Khazinatul Asrar melintas tadi…”
jawab Mukhlisin dengan wajah yang pucat. Suis kereta dihidupkan kembali.
“Astargfirullahal azhim…cerita pasal dia sikit
pun kau dah mula lalai dan berkhayal. Patutlah dia tak nak layan lagi cinta kau
waktu ni, nanti lagi dahsyat kau berkhayal,” tegas nada Hijriah. Tidak bergurau
lagi. Namun hatinya dapat menafsirkan betapa dalamnya cinta Mukhlisin terhadap
sahabatnya. Mukhlisin pula mula berdiam diri hinggalah tiba ke destinasi.
Pelbagai persoalan yang bertandang di benak fikirannya kerana asyik memikirkan
layakkah dirinya memiliki gadis pujaannya bernama Khazinatul Asrar.
Pada malam itu Hijriah menelefon Khazinatul Asrar
memberitahu tentang dirinya yang pulang ke Kajang.
“Alah, Hijriah nie…dah tak lama lagi kita akan
bercuti seminggu, tak sabar-sabar lagi nak berjumpa mummynya. Memang anak
manja!” Khazinatul Asrar mengusik.
”Tak adalah. Saya balik pun bukan senang nak
jumpa mummy dan daddy sendiri. Waktu sarapan jea boleh tengok wajah mereka.
saja…tak nak bagi rumah ni sepi sangat. Nanti,
bila Asrar pulang untuk cuti seminggu, lagi sepi hidup saya. Kasihan kat saya
kan
…”Hijriah menagih
simpati dalam nada bergurau. Tak lupa diceritakan peristiwa petang tadi dengan
penuh emosi untuk mencungkil respond Khazinatul Asrar terhadap Mukhlisin.
“Bertuahnya Mukhlisin nanti.. kalaulah dia tak
bertepuk seorang diri. Asrar
kan
?”

Hijriah menguji temannya.
“Lebih bertuah lagi kalau dia boleh bezakan Maha
Hebatnya cinta Allah daripada cinta manusia,” balas Khazinatul Asrar.
“Tapi, kadang-kadang cinta Allah hadir setelah
mengenali orang yang mencintai Allah. Seperti Mukhlisin sendiri, dia dah mula
nak mengenali cinta Allah dan berazam nak
cuba
membaiki kelemahan diri
setelah mengenali awak,” hujah Hijriah.
“Hijriah, bersandar pada manusia hanyalah satu
asbab yang kecil untuk mencintai Allah. Hakikatnya, segala kemahuan pasti ada
jalan apatah lagi kemahuan yang baik untuk bercinta dengan Allah, pasti Allah
akan permudahkannya. Pokoknya pangkalnya, tanyalah diri kita sendiri samada
kita benar-benar mahu atau tidak…Allah memberikan taufiq kerana diri kita
sendiri yang mencari hidayah-Nya. Yang pasti,



Allah sentiasa menanti hamba-Nya dengan penuh
cinta kerana Maha Agung-Nya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah. Malangnya, tak
ramai yang tahu menghargai cinta Allah terhadap hamba-Nya. Ciptaan Allah yang
hina lebih dicintai daripada Penciptanya sendiri…,” lembut bicara Khazinatul
Asrar. Hijriah membisu kerana
cuba
menghayati kata-kata itu.
“Hijriah, sebagai teman yang menjadi cermin
sahabatnya, saya terpaksa tegur sesuatu…” Khazinatul Asrar membuka topik lain.
“Cakaplah..saya tak kisah. Saya tahu, kalau
Khazinatul Asrar yang tegur kesilapan saya, tak lain tak bukan sebab sayangkan
saya juga,
kan
?!”
Hijriah menunjukkan reaksi bersedia.
“Hijriah, saya sebenarnya risau bila awak ceritakan
yang awak menumpang kereta Mukhlisin. Bahaya tau berdua-duaan dalam kereta
dengan lelaki ajnabi, besar fitnahnya. Tak takut ke?” Khazinatul Asrar tak suka
berselindung dalam menegakkan amar ma’aruf dan nahi mungkar.
“Asrar, dia tu jiran saya! Saya dah cukup kenal
perangainya. Mustahil dia akan buat jahat pada saya. Lagipun kat KL ni,
masyarakat tak ambil kisah pasal ni semua. Diorang takkan buat fitnah apa-apa
sebab diorang lagi dahsyat…” Hijriah
cuba
menjelaskan keadaan.
“Kalau tak takut fitnah masyarakat, at least
takutlah fitnah syaitan yang boleh membisikkan maksiat pada hati. Kalau kita
membiasakan diri buat kerja macam ni walaupun dengan jiran, lama-lama hati kita
takkan menganggapnya salah lagi. Hilang thiqoh dan sifat wara’. Nau’zubillah!
Ingat tak pada hadis Rasulullah S.W.T:
“Jika berdua-duaan antara rijal dan nisa’, di
antara mereka ada syaitan.”
“Astaghfirullah..macam saya tak pernah dengar
pula hadis ni. Moga Allah ampunkan saya dengan Mukhlisin. Tapi, tolonglah
jangan bersangka buruk pada Mukhlisin. Dia bukannya gatal-gatal nak tumpangkan
saya, Cuma dia kasihan tengok saya sorang-sorang kat bus stop,” Hijriah membela
Mukhlisin agar mendapat imej yang baik di hati Khazinatul Asrar.
“Asrar, kalau awak mengenali Mukhlisin pasti awak
akan mengakui betapa bertuahnya awak dicintai lelaki sepertinya. Walaupun ilmu
agamanya tak tinggi sangat tapi saya yakin dia bakal menjadi seorang doctor
yang Islamik,” Hijriah masih mempromosikan Mukhlisin.
“Maaf, saya tak nak cakap soal ni. Hijriah, tidur
nanti jangan lupa basuh kaki, gosok gigi, berwhuduk dan baca doa pelindung, ya!
Manalah tahu kot kot Putera
Libya
menjelma dalam mimpi,” Khazinatul Asrar mengalih topik.
“Ish, ke situ pulak dia,” Hijriah sudah masak
dengan telatah Khazinatul Asrar apabila diajak bicara soal lelaki.
Dua hari kemudian, Hijriah pulang semula ke
kamsisnya. Ketika itu senja baru sahaja merangkak pergi. Azan Maghrib
mendayu-dayu memenuhi ruang udara.
“Bila dia hubungi abah?” Tatkala Hijriah hendak
mebuka pintu bilik, dia terdengar suara Khazinatul Asrar bercakap dengan
abahnya. Tentu melalui handset.
“Baru
semalam? Habis tu, apa pendapat abah?”



“……………………………………………………………………………………….”
“Abah Tanya pendapat Asrar?! Asrar
kan
anak abah dan ummi,
Asrar akan ikut cakap abah dan ummilah…”
“………………………………………………………………………………”
“Apa kata ummi, bah?”
“………………………………………………………”
“Ummi takut pak cik dan mak cik tahu? Kenapa
pula, bah? Bukankah pak cik dan mak cik dah pun bagaikan sebahagian daripada
keluarga kita?”
“………………………………………………………………………………………”
“Tak patutlah pak cik dan mak cik nak tentukan
masa depan Asrar. Itu haq Asrar. Nasib baiklah abah dan ummi lebih memahami
Asrar.”
“……………………………………………………………”
“Abah doakanlah…terima kasih sebab merestui
Asrar!”
“…………………………………….”
“Cuti nanti, bah?! Awalnya…Asrar takutlah, abah!
Nantilah Asrar perbanyakkan solat, moga-moga Allah benar-benar bagi petunjuk
pada Asrar. Asrar tahu, abah dan ummi pun sentiasa doakan kebahagiaan pada
Asrar,
kan
?!”

“……………………………………………”
Berkeriuk dahi Hijriah mengikuti perbualan
Khazinatul Asrar di luar pintu bilik. Bagaikan ada urusan penting yang
dibincangkan dengan abahnya. Fikirannya
cuba
menafsirkan sesuatu daripada
perbualan yang didengarinya. Dalam pada itu, pintu dikuak orang dari dalam.
Rupanya Khazinatul Asrar sudah habis berbual dengan abahnya.
“Eh, Hijriah, bila sampai? Kenapa duduk di luar
ni?” Khazinatul asrar agak terkejut apabila mendapati Hijriah tercegat di pintu
luar.
“Baru jea sampai…Asrar nak pergi ambil wudhuk
ke?” Tanya Hijriah pula.
“Mmm,” balasnya ringkas.
“Tunggu saya kat Musolla tu yea. Saya nak
berjemaah Maghrib sama,” pandai Hijriah mengalihkan perbualan agar Khazinatul
Asrar tidak menyedari kelakuannya sebentar tadi.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Entah mengapa hatinya serba tak kena apabial
melihat bas Transnasional yang Khazinatul Asrar naiki sudah pun mula bergerak
meninggalkannya di Hentian Putra itu sendirian. Begitulah kecamuk perasaannya
tiap kali Khazinatul Asrar ingin pulang bercuti.
“Ya Allah, selamatkanlah perjalanannya,” hatinya
berdoa. Hijriah sebenarnya dilanda persoalan kerana masih basah diingatannya
suatu perkataan yang sempat dicuri-curi baca dalam carta perancangan Khazinatul
Asrar ketika dia sedang menolong sahabatnya itu berkemas sebelum pulang bercuti.
15
Rabiul Awwal-Having promised to marry-engagement.



“Asrar balik nak bertunang ke?” fikirnya sendiri.
Dia terlalu ingin tahu, tetapi agak keberatan untuk bertanya pada Khazinatul
Asrar kerana mungkin Khazinatul Asrar ingin merahsiakan perkara itu. Entah
mengapa tiba-tiba pula hatinya menafikan sekeras-kerasnya kemungkinan itu
kerana Asrar tak pernah mencintai mana-mana lelaki. Tapi…apakah makna tulisan
itu? Ah…mungkin pertunangan saudaranya atau jurannya atau temannya atau…
Hijriah bermonolog sendiri. Bertandang pula bait-bait perbualan antara
Khazinatul Asrar dan abahnya tempoh hari. Hijriah terus melangkah pulang ke
kediamannya dengan persoalan itu dan bayangan kesepian yang bakal menemani.
Setibanya di perkarangan rumah, dia melihat
kereta mummynya diparking dalam garaj kenderaan di hadapan rumah.
“Mummy ada di rumah!” otaknya menafsirkan
seterusnya meransang senyuman pada bibir Hijriah yang sentiasa merindui
saat-saat bersama orang tuanya.
Kelihatan Datin Azlinda sedang bersantai di ruang
menonton sambil membelek-belek majalah Anis kepunyaan Hijriah yang
ditinggalkannya di situ. Apabila menyedari kepulangan Hijriah, mummynya itu
berwajah ceria sambil menyambut salam anak gadisnya. Pada malam itu, dia
memperuntukkan masa untuk duduk di rumah bagi meraikan Hijriah yang pulang
bercuti.
“Dari mana anak mummy ni?” soal Datin azlinda
cuba
menterjemahkan kasih sayang seorang ibu.
“Hijriah dari hutan, berkawan dengan pokok sebab
mummy dan daddy bukannya selalu ada di rumah…” Hijriah bergurau, mohon simpati.
“Tak
kan
Hijriah tak faham..mummy dan daddy sibuk. Tapi, kami selalu ambil berat pasal
hijriah, tau! Kami bekerja pun untuk kesenangan anak tunggal yang sorang ni
juga,” pujik datin Azlinda.
“Buat apalah dikejar sangat harta tue
mummy…Hijriah tak perlukan semua tu! Biar kaya kasih sayang daripada kaya
harta. Lagi baik kalau kaya iman,” Hijriah bercakap tanpa berlapik lagi. Datin
Azlinda faham perasaan Hijriah. Dia
cuba
mencari topik lain untuk
menjernihkan keadaan.
“Hijriah, nama apa datin sebelah rumah kita tue?”
soal Datin Azlinda walaupun sudah lebih dua puluh tahun hidup berjiran.
“Eh, kenapa tiba-tiba pula mummy nak kenal auntie
tu?” Hijriah kehairanan. “Mesti Hijriah pun tak kenal juga auntie tu,
kan
? dalih Datin
Azlinda.
“Macam mana Hijriah nak kenal, mummy tak pernah
ajar Hijriah menegur jiran. Tapi Hijriah kenal anak kedua datin tu sebab dia
pun belajar di UKM, cuma kampusnya di KL bukan di Bangi coz dia course Medic.
Ahmad Mukhlisin namanya.” Celoteh Hijriah.
“Sedap nama budak tu, patutlah akhlak pun baik!”
kata Datin Azlinda.
“Aik?
Mummy kenal dia ke?” soal Hijriah.



“Taklah kenal sangat…tapi mummy selalu sangat
bertembung dengannya di mana-mana. Petang semalam, dia tegur dan tolong angkut
barang mummy ke bonet kereta waktu mummy shopping di Mid Valley. Itulah kali
pertama kami berbual-bual,” cerita Datin Azlinda.
“Setakat tolong angkut barang, Hijriah pun boleh
buat…” Hijriah menyindir Mukhlisin sebenarnya.
“Bukan tue saja…sejak kebelakangan ni, tiap kali
pulang dari office, mummy sering terserempak dengan dia bersiap-siap nak ke
masjid dengan baju melayu, kepiah putih dan kain pelikat. Bukannya senang nak
tengok pemuda KL macam tu, course Sciences pulak tu. Sejuknya hati mummy tengok
dia,” Datin Azlinda seakan-akan mempromosikan Mukhlisin kepada anak gadisnya.
“Betul ke mummy? Tentu dia baru belajar nak
selalu ke masjid tu, sebelum ni dia bukan begitu…”
“Eh, macam mana Hijriah boleh kata macam tu?”
“Dia kawan Hijriah. Dah dekat dua tahun kami
berkawan. Hijriah kenal sangat dia tu macam mana orangnya,” jelas Hijriah.
“Baguslah Hijriah berkawan dengan pemuda baik
macam tu. Sejuk hati mummy mendengarnya. Err…anak mummy ni berkawan dengan
serius ke?” Datin Azlinda menduga anak gadisnya yang makin meningkat dewasa
itu.
“Ish, tak ada lah! Hatinya dah berpunya. Hati
Hijriah pun dah berpunya. Dia sukakan kawan Hijriah yang selalu Hijriah
ceritakan pada mummy tu…”
“Oh,Khazinatul Asrar yea?!” duga Datin Azlinda.
“Ha…ingat pun mummy. Mummy tahu tak, Mukhlisin
berubah menjadi waro’ macam tu sebab dia nak sepadan dengan Khazinatul Asrar.
Tiap-tiap hari dia call Hijriah bertanyakan amalan-amalan yang biasa dilakukan
oleh Khazinatul Asrar. Dia akan
cuba
untuk mengamalkannya sama…”
“Hebatnya gadis tu hingga mengubah personaliti
seorang lelaki!” Datin Azlinda berasa kagum.
“Bukannya Mukhlisin jea yang mendapat tempias
iman Khazinatul Asrar, tapi Mukhlisin cakap ibunya sendiri merasainya…”
“Bagaimana?” Datin azlinda keliru.
“Yea lah…mummy perasan tak yang datin sebelah
rumah kita ni dah bertudung? Datin tu malu melihat Mukhlisin…” jelas Hijriah.
“Apa kaitannya dengan Khazinatul Asrar?” gerutu
Datin Azlinda lagi.
“Disebabkan Khazinatul Asrar lah Mukhlisin
berazam nak mengajak mamanya mengenal syariat. Dia yang menghadiahkan tudung
kepada mamanya. Mukhlisin cakap dia bimbang kalau-kalau Khazinatul Asrar sedih
melihat bakal ibu mertuanya tidak bertudung. Entahlah mummy, yang penting
Hijriah bertuah sebab ada seorang mummy yang cantik bertudung. Cuma masih ada
jambul sedikit kat depan. Kalau jambul mummy tu turut masuk dalam tudung tentu
lagi cantik mummy Hijriah ni, barulah daddy makin sayang,” usik Hijriah yang
tersirat dakwah. Datin Azlinda tersenyum lembut dengan telatah Hijriah. Hatinya
akur bahawa mungkin anaknya itu



pun turut ditempias oleh nur iman melalui
sahabatnya yang bernama Khazinatul Asrar.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************
Cuti pertengahan semester telah berakhir…
Final exam semakin hampir. Segulung ijazah yang
diperjuangkan oleh setiap mahasiswa, mengimarahkan lagi library Tun Sri Lanang
di musim-musim exam sebegitu.
Para
mahasiswa
yang kampusnya di Kl biasanya tidak lagi meninjau-ninjau kampus induk di Bangi.
Terutamanya, pelajar tahun akhir. Kesibukan mereka tentunya berganda kerana
itulah exam terakhir yang akan menentukan CGPA mereka.
Kelihatan di salah satu sudut dalam perputakaan
itu, seorang gadis sedang khusyuk membuat revision.
“Malam ni aku mesti berani!” bisik hati Tsabit
sambil langkahnya menghala ke arah gadis itu. Awal-awal lagi dia telah
menjangka bahawa Khazinatul Asrar pasti bertandang ke situ. Tatkala salam
pemuda itu disambut, Khazinatul Asrar
cuba
menenangkan raut wajahnya yang
kurang senang dengan kehadiran Tsabit.
“Asrar, saya tak berniat nak mengganggu awak…tapi
saya inginkan jawapan! Tolonglah…hati saya tak tenang untuk hadapi final exam
nanti.” Tsabit tidak berselindung lagi.
“Jawapan?” Asrar berpura-pura membangkitkan
soalan.
“Kau tentu tahu erti sekuntum mawar,
kan
?” balas Tsabit.
“Err…saya hanya tahu erti duri mawar. Awak juga
pasti lebih tahu erti duri mawar,
kan
?”Khazinatul
Asrar turut berkias.
“Asrar, saya tak kisah kalau awak tak suka layan
saya. Saya menghormati duri yang memagari batas pergaulan awak. Tapi, tolonglah
berikan saya harapan. Hormatilah perasaan saya. Saya tak mungkin mencintai awak
jika bukan ianya naluri lahiriah anugerah Allah…Niat saya ikhlas!!!” Tsabit
berani berterus-terang. Mukanya nampak serius. Khazinatul Asrar menarik nafas
panjang. Dipandangnya sekeliling. Bimbang kalau-kalu situasi itu mengganggu
konsentrasi student lain.
“Tapi awak juga tak pernah menghormati perasaan
Hijriah setelah awak berinya harapan…” kata-kata itu tajam menikam naluri Tsabit
bagaikan tikaman duri mawar.
“Oh…rupa-rupanya selama ini Hijriah lah punca
kesangsian awak pada cinta saya. Gadis KL yang manja mengada-ngada tue. Dia
bukan gadis idaman saya. Dia..”
“Cukup! Cukup Tsabit! Jangan salah sangka dan
cuba
memburuk-burukkan sahabat saya. Hijriah gadis yang baik! Cuma awak yang tak
pernah nampak kebaikannya. Siang malam dia berdoa agar Allah permudahkan segala
urusan awak. Dia setia pada cinta. Bawalah kebahagian untuknya. Kebahagiaan
Hijriah sebahagian daripada kebahagiaan



saya juga. Dia menanti awak…” nada Khazinatul
Asrar beransur-ansur menjadi semakin lembut. Memujuk.
“Tapi itu bukanlah alasan untuk awak
mempersia-siakan perasaan saya pada awak!” Tsabit masih menaruh harapan. Pujuk
rayu pemuda kacak itu sedikit sebanyak turut mengusik jiwa kewanitaan
Khazinatul Asrar. Serba salah dibuatnya.
“Tsabit…maafkan saya. Saya sebenarnya tak
pernah merasakan apa-apa kelebihan pada diri saya untuk sewenang-wenangnya
menolak awak. Tapi….” tuturnya terhenti di situ.
“Tapi apa? Cakaplah Asrar…” Tsabit merayu.
“Saya pentingkan fikrah teman hidup saya!”
tegasnya.
“Fikrah?” Tsabit kurang faham maksud kata-kata
itu.
“Fikrah seseorang terbukti melalui hala tuju
hidupnya. Saya rindukan seorang lelaki yang berfikrahkan dakwah dan perjuangan.
Ianya takkan terbukti hanya melalui kata-kata…” jelas Khazinatul Asrar. “Awak
meragui fikrah saya? Saya dah banyak mempersiapkan diri dengan buku-buku fikrah
kerana saya mempunyai visi hidup yang jelas dan untuk menyamai cita rasa awak juga.
Saya berusaha keras dalam akademik untuk mengatasi awak. Saya berusaha membaiki
akhlak dari semasa ke semasa supaya awak akan menerima saya. Awaklah inspirasi
dalam hidup saya selama ini. Apa lagi yang awak mahu saya lakukan? Saya terlalu
cintakan awak, Khazinatul Asrar. Tolonglah…saya perlukan jawapan!” Tsabit
memuntahkan perasaan yang meluap-luap terbuku di dadanya.
“Astaghfirullahal azhim…nampaknya diri saya
telah melalaikan hidup awak selama ini. Malangnya diri awak kerana meniatkan
itu semua kerana saya. Siapalah sangat diri saya ni? Hanyalah seorang gadis
yang lemah, diciptakan Allah dari setitis air mani yang jijik… tidakkah awak
terfikir untuk meniatkannya kerana Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan diri
saya, awak dan seluruh alam maya ni?! Beristighfarlah Tsabit… kerana
memberikan saya cinta sebegini. Saya tak minta untuk dicintai melebihi Pencipta
saya…” Khazinatul asrar berasa agak kesal dengan pengakuan Tsabit.
“Asrar, kerana ingin dekat dengan Allah lah, saya
mencintai awak. Saya yakin awak boleh membawa bi’ah solehah dalam keluarga saya
dan ibu mithali untuk zuriat saya nanti agar generasi kita adalah generasi yang
mengenal Allah dengan hati dan amalan..” luah Tsabit lagi, tidak malu untuk
berterus terang.
“Tapi, awak tak boleh terburu-buru meminta
jawapan daripada saya begini!” keluh Khazinatul Asrar.
“Terburu-buru? Saya bimbang kalau saya terlewat
memenangi hati awak, Asrar. Awak takkan faham jiwa lelaki. Lelaki yang terpaksa
mencari pasangan, perempuan hanya perlu menanti dan membuat pilihan. Awak tahu
tak betapa resahnya hati saya bila nama orang yang saya sayangi sering menjadi
siulan ramai siswa di kamsis saya. Lebih-lebih lagi, bila saya dapat tahu awak
turut digila-gilakan oleh seorang pelajar tahun akhir di kampus Medic. Tengoklah,
hingga ke
sana
nama awak pergi. Kalau awak di tempat saya, awak sendiri tak
kan
keruan…” rungut Tsabit pula.



“Tapi saya berhak mempunyai lelaki impian saya
sendiri. Bukannya boleh dipaksa begini. Saya idamkan seorang lelaki yang jelas
fikrahnya dan sanggup mewakafkan diri dalam perjuangan Islam agar generasi saya
adalah generasi yang menjadi pewaris risalah dakwah Rasulullah S.A.W, penerus
kebangkitan Islam..”
“Awak tak yakin dengan saya Asrar? Tak jelas
lagikah fikrah saya ni?” Tsabit semakin diamuk kekecewaan dalam memenangi hati
gadis itu.
“Tapi….” Khazinatul Asrar
cuba
menjelaskan.
“tapi, apa lagi? Mungkin alasan lain pula yang
awak cari…” kata-kata itu mendesak KHazinatul Asrar menerangkan rahsia hatinya.
“Tsabit, biarlah saya jelaskan. Saya harap awak
dapat menerimanya dengan rasional dan terbuka.” Nafas ditarik panjang.
“Jelaskan, Asrar. Saya dah tak sanggup lagi
disiksa begini…” dengus Tsabit.
“Sebenarnya hati saya baru dimiliki seorang
lelaki,”
“Apa?” Tsabit seolah-olah tidak percaya.
“Ya, Tsabit! Cincin ni menjadi saksi,” sambil
jari jemari halus yang biasanya terselindung di sebalik tudung labuh itu
diangkat ke atas meja. Terbeliak biji mata Tsabit melihat sebuntuk cincin emas
bertakhta berlian begitu berseri menghiasi jari manis Khazinatul Asrar.
“Tsabit, cinta saya pada lelaki pilihan Allah
buat saya ini tidak boleh dikongsi sesiapa. Nilainya terlalu mahal untuk
dicemari lelaki lain bahkan namanya sekali pun. Sekian lama kesucian saya
pelihara dengan mujahadah yang hakikatnya perit. Izinkan saya terus setia pada
bakal suami saya kerana saya pasti takkan menyatukan namanya dengan mana-mana
lelaki…” ketegasan gadis itu menikam lagi.
Tsabit terdiam seribu bahasa. Tidak disedari air
mata kelelakiannya yang mahal itu menitis dengan murahnya di hadapan Khazinatul
Asrar. Hatinya remuk menerima kenyataan itu. Mawar yang dipujanya selama ini
rupanya mekar di jambangan orang. Dia pantas berlalu meninggalkan Khazinatul
Asrar dengan wajah yang sarat kekecewaan dan kesedihan, membawa bersama
pedihnya racun duri mawar yang berbisa.
“Oh Tuhan…Pencipta mawarku!!!” jerit batinnya
cuba
merawat
luka yang dalam menusuk ke tangkai nurani. Nama Pencipta terungkap jua di sudut
hatinya. Khazinatul Asrar masih bersikap tenang. Dia berasa tenteram kerana
sekurang-kurangnya terlaksanalah amanah untuk menjadi wanita yang bias mengetuk
pintu kelalaian lelaki dan kesetiaannya pada si dia masih terpelihara. Jauh di
sudut hatinya dia berdoa agar Allah memimpin Tsabit agar tidak tewas dengan
kecamuk perasaanya sendiri.
“Ya Allah, kenalkan dia pada agungnya cinta-Mu..”
tulus doanya.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************



“Asrar….cantik tak saya?” suara riang Hijriah
mengganggu konsentrasi
Khazinatul Asrar yang datang lebih awal ke dewan
kuliah. Penampilan Hijriah dengan tudung labuh berwarna peach dan jubah coklat
gelap bersulam emas di tengah menyerlahkan keagungan seorang muslimah. Sebelum
ini T-shirt lengan panjang sahaja dikenakan. Selendang bawal bermanik ringkas
ataupun tudung turki dijadikan hiasan. Kadang-kala dipakainya juga baju kebaya
supaya nampak agak sopan.
Khazinatul Asrar mengukir senyuman sambil
mengucap kesyukuran. Teman-teman yang lain turut terpegun dengan keanggunan
Hijriah berpakaian sopan. Setiap pasang mata singgah ke situ.
“Bermula hari nie InsyaAllah Hijriah akan
berhijrah…berhijriah untuk menutup aurat dengan sempurna!” Hijriah mengumumkan
dirinya di tengah khalayak teman-teman sekuliah sambil ekor matanya melirik
pada Khazinatul Asrar.
“Hijriah, iman lebih utama Hijriah,” Khazitul
Asrar mengingatkan.
“Inipun salah satu bukti hijrah iman,
kan
?” balas Hijriah,
bijak. Khazinatul Asrar mengangguk setuju.
“Asrar, bukankah ini adalah sunnah para sahabiah
yang akan terus unggul meredah arus, menyusur waktu…takkan lapuk dek zaman,”
Hijriah mengulangi mutiara hikmah yang pernah diungkap oleh Khazinatul Asrar
suatu ketika dahulu.
“Moga kau istiqomah sahabatku..” balas Hijriah.
Humaira’ bangun menghampiri Hijriah.
“Malaikat Rokid yang saban hari mencatatkan amal
kebajikan tentu tersenyum bangga memberi markah cemerlang kepada kamu dari
sudut menutup aurat,” kata Humaira’ memberi galakan.
“Betul tue…di Mahkamah Mahsyar nanti markah
inilah yang turut membantu memberatkan timbangan amalan di neraca mizan,” celah
Khziantul Asrar.
Fadhila yang baru datang ke dewan kuliah, terus
saja tertumpu pandangannya terhadap Hijriah.
“Eh, ada pelajar baru ke? Cantik macam Puteri
Pakistan
!” usik
Fadhila sambil langkahnya terus menuju ke arah Hijriah.
“Hijriah…cantiknya kau kenakan pakaian sebegini.
Nampak ayu dan sopan. Err…kalau aku yang memakainya tentu lebih lawa,” celoteh
Fadhila lagi sambil tangannya rancak membelek-belek tudung dan jubah yang
Hijriah kenakan.
“Fadhila, jomlah berhijrah sekali. Lagipun,
memilih jubah dan tudung labuh sebagai penghias diri ibarat memilih untuk
mendapat pointer cemerlang di dalam exam,” pujuk Hijriah…berda’wah.
“Maksud
kau?” Fadhila tidak faham.



“Yealah, Malaikat Rokidkan setiap saat akan
memberi markah untuk exam di dunia nie..resultnya nun di akhirat. Pilihlah
amalan terbaik untuk exam yang sedang kita lalui nie. Betul tak?!!” terang
Hijriah. Fadhila hanya berkerinsing sambil menjeling jeans dan t-shirt buatan
Italy
yang
sedang dipakainya itu.
“Syabas, Hijriah. Saya bangga awak berhijrah
dengan ada hujah bukan taklid semata-mata,” KHazinatul Asrar meluahkan
kegembiraannya dengan perubahan Hijriah itu. Hijriah hanya tersenyum sambil
anak matanya liar mencari-cari seseorang. Khazinatul Asrar dapat menduga pasti
Tsabit yang dicarinya .
“Tsabit pun pasti bangga dengan penampilan ini,”
Khazinatul Asrar mengusik Hijriah diekori senyuman penuh makna oleh teman-teman
yang lain.
“Kenapa Tsabit belum datang lagi?” Hijriah
separuh berbisik. Teman-teman yang lain berdehem-dehem turut mengusik.
Khazinatul Asrar teringatkan peristiwa dua hari yang lalu di saat dia
membongkar status dirinya yang telah disunting orang kepada Tsabit walaupun hal
itu merupakan rahsia dirinya yang disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa
termasuk Hijriah sendiri. Mungkin Tsabit masih merajuk. Soalan Hijriah berlalu
tanpa jawapan. Seketika kemudian pensyarah pun masuk. Tsabit memang tak
datang-datang.
Seminggu berlalu barulah Tsabit mula datang ke
kuliah. Personalitinya yang sebelum ini periang dan peramah bertukar menjadi
pendiam. Wajahnya kelihatan cengkung dengan mata yang agak bengkak. Pakaiannya
pun tidak sekemas selalu.
“Sakitkah dia?” bisik hati Hijriah kebimbangan.
Takut untuk didekati pemuda idamannya itu kalau-kalau menambahkan maksiat pada
hati pula.
“Maafkan aku, Tsabit!” hanya itu ungkapan yang
mampu dibisikkan oleh suara lhati Khazinatul Asrar.
“Semoga cinta Allah tidak akan mengecewakanmu!”
hatinya berbisik lagi.
Hari itu pensyarah masuk lebih awal. Ketika
mendengar kuliah, Tsabit hanya menongkat tangan ke dagu seperti orang yang
tiada mood namun matanya asyik memerhati seseorang.Hijriah…..ya, Hijriah!
Anggun sekali Hijriah dengan tudung labuh dan jubahnya. Lama direnungnya gadis
itu.
“Mawar berduri bukan sekuntum,” bisik hati Tsabit
sambil tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Tsabit sebenarnya seseorang yang
berfikiran rasional.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
*******************************************************************



Medan
final exam
akhirnya dihadapi jua oleh semua warga UKM. Di saat-saat genting begitu,
ramailah siswa dan siswi yang sibuk mencari Allah dalam solat hajat dan sebagainya.
Demikianlah fitrah seorang hamba, sejauh mana sekalipun dia lari dari Allah
S.W.T, akhirnya dia akan pulang jua mencari Tuhannya. Orang yang mengenali
Allah di saat tenang, InsyaAllah akan dikenali Allah di saat kesusahan.
Rentetan daripada final exam itu,semua mahasiswa
bercuti tiga bulan dan mahasiswa tahun akhir menunggu majlis konvokesyennya.
Khazinatul Asrar termasuklah orang yang paling gembira kerana kepulangannya
kali ini setelah menamatkan pengajiannya peringkat ijazah sarjana muda dan kecintaannya
kepada ilmu mendorongnya berazam untuk meneruskan lagi pengajian peringkat
Master dan Phd di Menara Gading. Di samping itu ada saat yang sangat bermakna,
tersirat di sebalik cuti panjang kali ini.
Nun di
Kuala
  Lumpur
, Hijriah menghitung hari-hari yang penuh sepi
dalam hidupnya sepanjang cuti sebelum majlis konvokesyen diadakan. Namun,
perubahan personalitinya menyebabkan mummy dan daddynya lebih positif untuk
mengambil berat tentang dirinya walaupun mereka sentiasa sibuk mengejar
kekayaan dunia. Hijrah tetap penyejuk mata mereka sebenarnya.
Pada suatu hari, Hijriah begitu riang menerima
sekeping kad wangi dari negeri Pantai Timur. Cantik sekali kad itu dengan
berlatarkan sekuntum mawar berduri yang mekar dalam jambangan di perkarangan
sebuah masjid. Seekor putera kumbang begitu gah menghinggapi si bunga mawar.
Hijriah tersenyum menatap kad yang berwarna pink susu itu. Unik.
“Wanita beriman memang untuk lelaki beriman.
Demikian janji Allah!” bisik hati kecil Hijriah. Rupa-rupanya selama ini ada episod
cinta yang betul-betul terjaga dalam hidup Khazinatul Asrar. Semuanya
tersembunyi menjadi rahsia. Inilah erti cinta kerana Allah yang
sebenar-benarnya.
“Asrar, dalam diam-diam awak ke gerbang
perkahwinan. Sejak bila pulak awak bercinta ?”demikian soalan Hijriah dalam
perbualan telefonnya dengan Khazinatul Asrar pada malam itu.
“Sejak awal perkenalan lagi cinta kami dah
berputik.Tapi tak perlulah dipuja-puja. Cukuplah perantaraan tazkirah saban
minggu menjadi bukti cinta kami disulam atas dasar mencari keredhaan Allah
bukannya menambahkan kelalaian dari meningati-Nya,” hanya itu yang Khazinatul
Asrar dedahkan tentang percintaanya. Tulus. Suci. Cinta yang penuh rahsia.
“Oh, awak rahsiakan percintaan awak daripada
saya, ya! Pertunangan awak pun tanpa pengetahuan saya. Sampai hati
awak…..”Hijriah
cuba
menduga respond temannya.
“Maafkan saya, Hijriah. Saya sebenarnya tak nak
perkara ini diheboh-hebohkan. Awak
kan
tahu saya ni salah seorang perwakilan pelajar, boleh jadi isu nanti. Banyak
mudhoratnya pada hati saya. Saya harap awak akan memahami saya,” jelas
Khazinatul Asrar.



“Saya betul-betul tak sangka! Rahsianya cinta
awak…..patutlah dalam diam-diam awak arif tentang hakikat cinta,”sindir Hijriah
lembut.
“Nak kata saya bercinta…tak jugak! Sebabnya, sebelum
dia melamar saya, saya tak pernah menganggapnya lelaki teristimewa kerana masih
ada kemungkinan bahawa dia bukanlah lelaki yang diciptakan untuk saya. Jadi,
Alhamdulillah….terjagalah sikit hati saya dari terkenang-kenangkan padanya.
Setelah hampir habis belajar, dia cepat-cepat menghubungi ummi dan abah saya di
kampong. Saya dah beberapa kali istikhorah dan hati saya terasa cukup terbuka
untuk menerimanya. Lagipun, abah saya menasihatkan…….kalau dah terlalu banyak
sangat ujian dan fitnah dari lelaki baik percepatkan saja walimah . Saya
akur…..”
“Patutlah awak bagaikan tak pernah bercinta
walaupun sebenarnya bercinta…..err..perkahwinan awak ni nanti pun akan
diasrarkan (rahsiakan)?”usik Hijriah.
“Ish, tak de lah. Buat apa nak disorak-sorokkan
ikatan yang sah di sisi syaro’. Malah perkahwinan perlu diiklankan untuk
merasmikan hubungan. InsyaAllah, seluruh warga UKM akan menerima undangan saya
nanti…” jelas Khazinatul Asrar.
“MasyaAllah…tentu kecoh UKM dengan berita ini
nanti. Harap-harapnya tak adalah kes mana-mana siswa yang bunuh diri sebab
kecewa dengan awak,” Hijriah mengusik lagi.
“Nau’zubillah. Semoga Allah takkan jadikan saya
asbab kepada kebodohan mana-mana lelaki,” Khazinatul Asrar memberikan respond
yang serius.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Majlis konvensyen pada tahun itu disambut secara
gilang-gemilang. Upacara tahunan itu memang meriah diadakan pada setiap tahun.
Para
graduan kelihatan begitu gembira dan bangga diiringi
keluarga terutamanya ayah dan bonda.
Masing-masing juga begitu bergaya menggayakan
jubah konvo di atas gahnya menara gading. Senyuman, pujian dan gelak ketawa
saling bersebati menyerikan lagi suasana penuh keriangan pada hari bersejarah
itu.
Kelihatan Tsabit bersama ayahnya yang berdarah
Libya
serta ibunya, Datin Nordina baru sahaja
menuju masuk ke perkarangan Universiti Kebangsaan
Malaysia
. Kereta mewah itu mencari
tempat parking betul-betul di Taman Tasik Kejuruteraan. Keluarga Hijriah juga
ada disitu seperti telah dirancang. Memang semuanya suatu perancangan. Pada
hari konvokesyen yang penuh makna itu, Tsabit El-Husainie dan Hijriah akan
diikat dengan jalinan pertunangan. Hijriah lebih-lebih lagi merasa gembira dan
bersyukur kerana sejak keluarga Tsabit datang merisik dirinya pada cuti panjang
yang lalu, mummy dan daddynya mula menunjukkan perubahan positif terhadap
dirinya kerana mereka mula merasakan bahawa Hijriah akan pergi daripada



mahligai mereka yang dah pun setiasa sepi.
Buktinya, daddynya sanggup membatalkan satu mesyuarat penting demi menghadiri
hari yang membahagiakan anaknya itu.
“Marilah kita mulakan pertukaran cincin…,” getus
Datin Azlinda, mummy Hijriah. Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat
jari manis anak gadisnya diserikan berlian.
“Nantilah mummy… tetamu yang paling istimewa
untuk majlis ini belum tiba lagi. Betul tak, abang Tsabit?!” Hijriah memujuk
ibunya sambil pandangannya sejak tadi meninjau-ninjau seseorang. Tsabit cuma
tersenyum.
Tidak lama kemudian, sepasang mawar dan kumbang
yang diapit kedua keluarga kedua-dua pasangan berjalan menuju ke arah tempat
keluarga Tsabit dan Hijriah berkumpul. Pasangan itu kelihatan begitu romantis
berpegangan tangan. Masing-masing berjubah konvo. Pada wajah masing-masing
terpancar sinar kebahagiaan. Pasangan itulah yang mereka nanti-nantikan.
“Aku pasrah jika kumbang sehebat ini akan
menemani hidupmu duhai mawar berduriku,” bisik hati Tsabit sendirian mengubat
luka hatinya yang kian sembuh itu.
“Asrarrrrr…” Hijriah menjerit kecil, meluahkan
lonjak hatinya.
“Nak honeymoon kat mana?” usik Hijriah sambil
bersalam berpelukan dengan sahabat yang cukup dirindui sekian lama.
“Honeymoon? Alah..cukuplah sekadar kami buat
umrah sama-sama beberapa bulan lagi. Yelah nak cari keberkatan untuk rumah
tangga kami,” jelas Khazinatul Asrar.
“Hah Hijriah…bila pulak giliran kamu? Jangan
sampai Asrar tak sempat nak dating pula,” Puan Zahra, ibu Khazinatul Asrar juga
pandai mengusik sambil menguntum senyuman kepada Datin Azlinda.
“Apa sal tak sempat pulak makcik?” duga Hijriah
dengan usikan itu.
“Eh? Asrar tak cakap ke yang hujung tahun nie dia
dan suaminya akan berangkat ke Mesir untuk menyambung pelajaran dalah bidang
Falsafah Islam?!” Puan Zahra membongkar perancangan Khazinatul Asrar dan
suaminya.
“Betul ke nie?” Hijriah minta kepastian.
“InsyaAllah..tapi ianya masih dalam perancangan!
Kalau diizinkan Allah sampailah kami ke sana,” suami Khazinatul Asrar bersuara.
“Hijriah, buatlah cepat-cepat kenduri nie, tak
adalah kami kempunan nak merasa nasi minyak Datin Azlinda dan Datin
Nordina…lagipun, tak baik melambatkan ikatan yang baik,” celah Khazinatul Asrar
mengusik. Hijriah menjeling Tsabit sambil tersipu malu. Semua yang ada ketawa
melihat telatah manja Hijriah. Suasana semakin ceria.
Serentak dengan itu, sebuah kereta perdana
berhenti di situ. Keluarlah Mukhlisin bersama Faranaqwiah, teman seperjuangan
Khazinatul Asrar. Juaga berjubah konvo. Pasangan suami isteri yang baru
seminggu diijab kabulkan itu kelihatan begitu mesra berjalan seiringan melangkah
ke arah mereka semua. Pandangan Mukhlisin tidak berganjak memandang seorang
lelaki yang cukup terkenal di UKM. Segaknya dia



mendampingi Khazinatul Asrar. Bagaikan cincin
dengan permata. Bagai pinang dibelah dua.
“Lelaki ini rupanya yang menjadi penawar bisa
syauqah (duri),” bisik hati Mukhlisin.
“Tahniah atas perkahwinan ini!” ucap Mukhlisin
sambil bersalaman dengan Mustaqhim Al-Qordhowi. Presiden PMUKM yang cukup
disegani ramai itu dengan membalas ucapan yang sama. Khazinatul Asrar dan
Hijriah pula mengusik-ngusik Faranaqwiah. Gadis pemalu itu pantang diusik,
pasti merahlah kedua-dua pipinya…bagaikan kelopak mawar. Tsabit tidak
ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Mukhlisin dan pasangannya. Suasana penuh
mesra. Air tenang Tasik Kejuruteraan bagaikan turut gembira. Beburung berkicau
riang, bertasbih memuji Allah. Itulah irama alam.
“Aku redha, Khazinatul Asrar! Allah lebih bijak
menentukan. Faranaqwiah pun tak kurang istimewanya. Hadiah Allah buatku…” hati
Mukhlisin sempat juga bermonolog sendiri. Matanya terus melirik penuh kasih
kepada isterinya.
“Terima kasih, Asrar…kerana bersusah payah
menemukan kami sebagai pasangan suami isteri,” Faranaqwiah memeluk erat
sahabatnya.
“Oh, Asrar lah orang tengah rupanya…ish, tak
sangka betul saya! Puas saya berfikir macam man agaknya Mukhlisin boleh tackle
exco PMUKM. Rupa-rupanya…..” Hijriah berceloteh.
“Ish, tak adalah. Saya Cuma memudahkan jalan.
Allah jualah yang memang dah rancang pertemuan ni,” Khazinatul Asrar menafikan.
“Oh…saya tak tahu sampai bila saya harus menunggu
untuk menyarungkan cincin perak ini ke jari bakal menantu saya,” keluh daddy
Hijriah diikuti gelak ketawa mereka semua.
“Ok…sekarang kita mulakan!” ayah Tsabit membuat
keputusan. Ikatan pertunangan itu terjalin sebaik sahaja ibu Tsabit menyarung
cincin ke jari Hijriah dan ayah Hijriah menyarung cincin ke jari Tsabit.
Mustaqhim Al-Qordhowi menyambut dengan mengamin doa memohon keredhaan Allah
S.W.T.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Aku takkan
kahwin kalau bukan dengan Khazinatul Asrar!” itulah kata-kata terakhir Asyraf
kepada keluarganya sebelum bertolak ke Jepun. Perginya sarat dengan kekecewaan.
Dia merajuk dengan perkahwinan Khazinatul Asrar. Dia masih belum dapat menerima
hakikat bahawa gadis pujaannya selama ini tidak ditakdirkan Allah untuknya.
Bukan dia sahaja yang kecewa, seluruh keluarganya juga turut terasa.
“Zalimnya keluarga Khazinatul Asrar!” itulah
antara bisikan-bisikan syaitan yang sering meracuni mereka. Mereka lupa pada
kuasa Allah dan qodo’ qodar yang sudah sedia tertulis di Loh Mahfuz.
“Bang,
Asyraf bang…kalau dia tak kahwin, macam mana dengan hidupnya nanti?!” luah hati
seorang ibu bimbang.



“Ini semua kerana KhazinatulAsrar! Tak patut..tak
patut…sanggup dia memusnahkan impian keluarga kita!” berputik dendam di hati
ayah jurutera komputer itu. Menantu idaman yang sekian lama disanjung olehnya
dan isterinya akhirnya sewenang-wenangnya menjadi milik orang. Mereka langsung
tidak dimaklumkan dengan berita pertunangan Khazinatul asrar. Sedar tak sedar,
mereka dijemput menghadiri majlis perkahwinannya.
“Kejamnya situasi ini! Kenapa realiti sebegini
terjadi? Adilkah Asyraf menanggung semua ini setelah sekian lama setia menanti
gadis itu menamatkan pengajiannya? Mengapa Asyraf tiada pengertian apa-apa
baginya? Adilkah ini? Adilkah ini?” monolog hati mereka diamuk kekecewaan.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Ummi, lama tak nampak keluarga bang Asyraf ke
rumah kita, kan?!” Khazinatul Asrar teringatkan keluarga itu. Soalan itu
menyentap ketenangan Umminya tiba-tiba. Terngiang-ngiang lagi tangisan makcik
Nab yang meratapi pemergian anak sulung ke Jepun. Baru semalam, dia mendapat
berita itu melalui telefon. Ummi Khazinatul Asrar merenung wajah putihnya. Tak
tergamak untuk diceritakan apa yang berlaku. Masakan tidak, puterinya itu baru
sahaja melangkah ke gerbang perkahwinan. Masih terlalu awal baginya untuk
dihukum dengan berita kekecewaan Asyraf sekeluarga di atas kebahagiaannya.
Khazinatul Asrar kehairanan melihat reaksi
Umminya yang kelihatan kaku dan tercengang. Pandangannya dilontar ke luar
jendela. Suami dan ayahnya masih belum pulang dari Bandar untuk menguruskan
urusan umrah mereka sekeluarga beberapa minggu sahaja lagi. Dilihat Umminya
masih terdiam, memikirkan sesuatu. Tiada respond apa-apa. Kaku.
“Kenapa Ummi diam jea nie?” Khazinatul Asrar cuba
menduga.
“Asrar ada buat silap dengan Ummi ke?” lembut
suaranya sambil melangkah perlahan dari jendela, malabuhkan punggung di sofa
empuk, di sisi umminya.
“Tak de lah..” hanya sepatah suara ummi yang
membalas. Khazinatul asrar tersenyum puas. Diambilnya Mathurat yang terbaribf
di atas meja.
“Mungkin ummi pun rindukan keluarga bang Asyraf,”
fikirnya sambil meneruskan bacaan Mathurat.
Tak lama kemudian, sebuah kereta proton aeroback
menuju masuk ke perkarangan rumah sederhana beasar itu.
“Ummi, mereka dah balik!” Khazinatul asrar
tersenyum ceria sambil menarik tangan umminya ke muka pintu. Dia mahu sama-sama
menyambut kepulangan abah dan suaminya.
“Macam mana? Dah settle?” Khazinatul Asrar
bertanya ramah sebaik sahaja menyambut salam keduanya. Wajahnya manis
berseri-seri.
“Alhamdulillah. Allah permudahkan. Tiket pun dah
siap!” balas suaminya.



“Tiket dah siap?” ummi Khazinatul Asrar minta
kepastian.
“Mmm!” serentak Mustaqhim Al-Qordhowi dan si abah
mengangguk.
“Untuk empat orang?” ummi bertanya lagi.
“Tentulah, Zarah! Kan dah berbincang tiga kali.
Macam tak yakin jea,” abah Khazinatul Asrar membalas dengan gurauan.
“Kenapa cepat sangat tiket siap?!” keluh ummi
Khazinatul Asrar. Semua tercengang dengan keluhan itu. Ummi Khazinatul Asrar
menyedari semua sedang memandangnya, hairan dengan keluhannya yang tersirat
sesuatu. Ditariknya tangan si abah masuk ke bilik. Ada sesuatu yang ingin
dibincangkan dengan suaminya itu.
“Pelik ummi hari ni…ummi tak sihat ke?” Mustaqhim
Al-Qordhowi merenung mata isterinya.
“Asrar pun tak tahu, bang! Ummi agak diam hari
ni. InsyaAllah, ummi tak apa-apa, Asrar rasa Ummi teringatkan Mak cik Nab dan
Pak Cik Soleh sekeluarga di Rantau Abang. Eh, kesian abang letih. Duduklah
dulu. Nanti Asrar siapkan orange juice,” Khazinatul Asrar menyejukkan hati
suaminya. Mustaqhim Al Qordhowi tersenyum. Ma’thurat yang` terhidang di meja
tamu dijadikan santapan rohani terlebih dahulu.
Maghrib dan Isya’ berlalu dengan solat berjemaah
sekeluarga. Sudah menjadi kebiasaan, tangan abah dan ummi dicium oleh pasangan
suami isteri itu setiap kali selepas solat.
“Asrar Mustaqhim…abah nak cakap sikit,” Abah
bersuara sekali gus membatalkan niat kedua-duanya untuk beredar dari bilik
sembahyang. Bagaikan ada sesi muzakarah selepasnya. Ummi kelihatan sudah
bersedia dengan apa yang akan abah sampaikan.
“Asrar…Mustaqhim…abah dan ummi dah bincang petang
tadi, kami tak dapat ikut buat umrah. Mustaqhim pergi berdua sajalah dengan
Asrar.” Abah menerangkan dengan tenang, setenang wajah Mustaqhim Al-Qordhowi
dan Khazinatul Asrar dalam mendengar keputusan mengejut abah dan ummi.
“Lagipun inikan bulan madu…pergi berdua tentu
lebih manis,” tambah ummi.
“Tapi, Asrar rasa lebih berkat kalau abah dan
ummi pun turut bersama, kan bang?!” usul Khazinatul Asrar. Mustaqhim
Al-Qordhowi tersenyum sambil mengangguk akur.
“Ya, sayang! Tapi abah dan ummi ada urusan yang
lebih penting untuk diselesaikan. InsyaAllah, selesai urusan tu, kami akan
menyusul kemudian. Kami pun dah cukup rindu pada lambaian Kaabah,” abahnya
memberi penjelasan yang berkabus. Khazinatul



Asrar menarik wajah keliru. Dahinya berkeriuk
cuba menafsirkan maksud tersirat di sebalik penjelasan abah. Ummi pantas
memahami wajah manis yang keliru itu.
“Asrar, anak ummi! Ingatlah…sekarang ni syurga
Asrar dah beralih di bawah tapak kaki suami. Jadilah bidadari untuknya,” erat
digenggam jari jemari mulus puterinya.
“…dan Mustaqhim, menantu ummi! Syurga kamu tetap
di bawah tapak kaki ibu. Ummi rasa, ibu bapa kamu lebih layak menerima tiket
umrah tu. Bagilah tiket tu kepada mereka, bolehkan?”
“Oh, ummi! Asrar bertuah kerana lahir daripada
wanita sebaik ummi!” Khazinatul Asrar memeluk umminya. Suasana mesra sebegitu
memang telah menjadi kebiasaan hidupnya sejak kecil-kecil lagi.
“Kalau itulah kata ummi dan abah, Mustaqhim ikut
saja,” Mustaqhim Al-Qordhowi tersenyum tenang. Memang penyenyum orangnya. Abah
dan ummi turut mengukur senyuman yang tersembunyi suatu misi yang dirahsiakan.
“Bang, Asrar teringin sangat nak ziarah Mak Cik
Nab dan Pak Cik Soleh sekeluarga di rantau Abang sebelum kita ke Tanah Suci,”
ajak Khazinatul Asrar dengan sopan.
“Bila-bila masa jea Ainul Mardiah abang, cakap
saja nak pergi bila? Esok? Lusa?” Mustaqhim Al-Qordhowi menghiburkan isterinya.
Khazinatul Asrar tersenyum manja diberi jolokan Ainul Mardhiah oleh suami
tersayang. Nama bidadari paling cantik di syuga itu dirasakan terlalu agung
untuk dimahkotakan untuk dirinya. Wajah-wajah nakal Asyraf dan adik-adiknya
sejumlah lima orang pula bertamu diingatannya. Sejak kecil, keluarga itulah
yang menceriakan kesepiannya sebagai anak tunggal dengan pelbagai usikan,
kenakalan, ngomelan dan gelak tawa. Hatinya begitu terhibur setiap kali ummi
dan abah membawanya menziarahi mereka. Kemesraan yang terjalin bermula daripada
keakraban persahabatan abah dan pak cik Soleh sejak di alam kampus. Ianya
bertambah erat apabila mereka menjadi rakan kongsi dalam satu syarikat
penerbitan buku-buku ilmiah selepas graduate. Ummi dan mak cik Nab pula,
masing-masing seorang pendidik dan pernah ditugaskan di sekolah yang sama
ketika awal praktikal. Walaupun atas ikatan persahabatan namun ukhuwwah yang
bersemi menjadikan dua buah keluarga itu bagaikan saudara sedarah sedaging.
Sudah agak lama suasana itu menyepi dalam hidup Khazinatul Asrar kerana
dihalang oleh jarak waktu dan kesibukannya di Menara Gading. Asyraf pula baru
sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di United Kingdom.
Kedatangan pasangan pengantin baru yang baru dua
purnama diijabkabulkan itu disambut oleh lonjakan riang adik-adik Asyraf yang
masing-masing bersekolah rendah dan menengah.
“Kak Asrar, nak hadiah!” itulah rengekan-rengekan
yang sudah kalis menerjah corong telinga Khazinatul Asrar tiap kali berhadapan
dengan kanak-kanak comel itu. Khazinatul Asrar tidak pernah mengecewakan
permintaan mereka. Musthaqim Al-



Qordhowi pula tersenyum ceria melayani telatah
riang mereka. Selang setengah jam berlalu, barulah Mak Cik Nab dan Pak Cik
Soleh keluar menyambut kedatangan mereka dengan wajah yang berjalur garis-garis
suram dan hambar. Tajam anak mata Pak Cik Soleh memanah batang tubuh pemuda
yang mendampingi Khazinatul Asrar. Mustaqhim Al-Qordhowi tetap dengan
senyumannya.
“Asyraf masih belum balik kerja, Pak Cik?”
Mustaqhim Al-Qordhowi cuba membuka perbualan.
“Balik kerja? Tak tahu ke dia dah ke Jepun?” Pak
Cik Soleh membalas sinis.
“Oh, ye ke?! Dia sambung belajar lagi ke Pak
Cik?” Mustaqhim Al-Qordhowi masih menunjukkan kemesraan untuk berbual. Namun,
entah mengapa terasa sakit di hati kedua ibu bapa Asyraf tatkala mendengar
pertanyaan itu. Kalaulah bukan atas nama kemanusiaan, mahu saja disumpah
seranahnya pemuda yang menghancurkan impian Asyraf itu, perampas Khazinatul
Asrar.
“Abang Long merajuk…Dia kata, kak Asrar dah
kahwin, tak bolehlah nak main-main lagi. Dia nak cari orang yang serupa macam
kak Asrar di Jepun,” sampuk Alif yang bersekolah darjah Tiga. Mak cik Nab mencegilkan
mata sebulat mata ikan lolong. Budak kecil itu faham isyarat di sebalik wajah
ibunya sambil cepat-cepat berlalu dari situ.
“Budak-budak begitulah…ada-ada saja!” Khazinatul
asrar menjernihkan keadaan sambil tersenyum. Baginya, itu tak lebih dari satu
gurauan. Masakan tidak, dari dulu lagi adik-adik Asyraf suka mengusik-ngusik
dirinya dengan abang sulungnya. Sedangkan, Asyraf sudah pun dianggap bagaikan
abang kandung sendiri meskipun dia tetap menjaga batasan aurat sebagai
ajnabiah.
“Ingat Alif tu main-main?” serius kali ini wajah
Pak Cik Soleh.
“Tahu tak kenapa Asyraf ke Jepun?” Dia merajuk,
tau! Sedih, kecewa dan merana Asyraf dibuatnya.” Suaranya meninggi, menegangkan
suasana.
“Dia rela tak kahwin seumur hidup kalau bukan
dengan Asrar…” Mak cik Nab menambah. Dendam. Geram. Benci.
“Kasihan Asyraf, cintanya dikhianati!” keluh Pak
Cik Soleh, semakin meluap kebencian.
“Err…apa sebenarnya ni? Maaf…boleh tak kita
bincang dengan baik, kita kan bersaudara?!” tenang sahaja Mustaqhim Al-Qordhowi
menghadapi kekalutan yang tercetus. Menyerlahkan kewibawaanya.
“Bersaudaranya? Sejak bila kau memandai mengaku
saudara kami?! Kau tak ada kaitan langsung dengan kami semua! Khazinatul Asrar
je saudara kami, kamu bukan! Faham?!” kali ini kata-kata Pak Cik Soleh begitu
berbisa bagaikan hilang rasionalnya. Mustaqhim Al-Qordhowi terus tenang.
Hatinya beristighfar panjang. Khazinatul asrar pula tidak percaya suaminya
dilayan sebegitu.
“Pak
cik, mengucap Pak Cik! Kenapa abang Mustaqhim dilayan begini? Apa salah dia?”
Khazinatul Asrar cuba masih melembutkan suara walaupun situasi itu
menerjah-nerjah pintu kesabarannya.



“Apa salah dia?! Dia memang salah kerana
mengkahwini kau, Asrar! Kau sepatutnya menjadi isteri Asyraf, bukan dia!” tegas
Pak Cik Soleh, memuntahkan api dendamnya.
“Sampai hati kau, Asrar. Siang malam Asyraf asyik
teringatkan kau….tiba-tiba kau kahwin dengan orang lain..di mana perikemanusiaan
kau pada Asyraf dan keluarga kami?” sindir Mak Cik Nab pula.
“Astaghfirullahal azhim. saya tak pernah pun
berjanji nak menjadi isteri abang Asyraf, beri harapan pun tak pernah sama
sekali! Bagaimana saya boleh cintakan abang Asyraf sedangkan statusnya dalam
hidup saya lebih mulia dari itu, dia dahpun macam abang kandung saya sendiri!
Pak Cik, Mak Cik…ini semua taqdir Allah! Siapalah kita untuk mempertikaikan
ketentuan-Nya. Salahkah abang Mustaqhim kerana dipilih Allah untuk saya?” suara
Khazinatul Asrar berbaur sedih.
“Sudahlah…kamu memang tak pandai menghargai
persahabatan mak ayah kamu dengan kami, kejamnya kamu, Asrar!” kasar bahasa Pak
Cik Soleh sekaligus meragut kesabaran Khazinatul Asrar.
“Oh, ini rupanya harga persahabatan Pak Cik, Mak
Cik dengan abah dan ummi saya? Untuk kepentingan dan kepuasan keluarga Pak Cik?
Di mana keikhlasan Pak cik? Beginikah sikap sebenar Pak Cik dan Mak Cik yang
sangat saya hormati sekian lama?” Khazinatul Asrar bertegas sama. Mustaqhim
Al-Qordhowi menepuk-nepuk perlahan bahu isterinya. Menenangkan. Khazinatul
asrar menghela nafas sambil berzikir dalam hati. Di luar sana, Alif
dicubit-cubit Kak Ngahnya yang berusia 15 tahun.
“Ni semua Alif punya pasal lah, kecil-kecil lagi
dah celupar mulut. Kasihan Kak Asrar kena marah. Kak Ngah bagi cili api kat
mulut tu baru tau!” leter Kak Ngah. Geram. Terdengar tangisan mengamuk si kecil
itu.
“Pak Cik, Mak Cik…kami minta maaf. Buat masa ni
biar lah kami minta diri dulu. Insyallah, lain kali kami akan ziarah lagi…”
Mustaqhim Al-Qordhowi masih tenang dan bersopan sambil menghulurkan salam. Tak
bersambut.
“Sabarlah, Asrar…ujian Allah itu kan bukti kasih
sayang Allah. Allah menguji sebab nak melihat setakat mana tahap iman kita
menghadapinya. Inilah peluang dinaikkan memartabatkan iman di sisi-Nya.
Insyallah, semuanya akan kembali jernih. Yakinlah pada Allah!” pujuk Mustaqhim
Al-Qordhowi dengan penuh kasih sayang. Khazinatul Asrar mengangguk perlahan
sambil menatap Al-Quran kecil yang senantiasa di bawa ke mana sahaja. Hatinya
berbisik kagum dengan lelaki di sisinya itu yang terus tenang memecut kereta.
Berulang-ulang kali dibacanya surahnya Ar-Rahman agar Allah mengembalikan rasa
kasih sayang sesama keluarga mereka.



Setibanya di
rumah, ummi dan abah sudah dapat menduga apa yang telah berlaku. Masakan tidak,
sebelum daripada itu, mereka telah berkali-kali dipersalahkan oleh Mak Cik Nab
dan Pak Cik Soleh atas pemergian Asyraf ke Jepun dengan hati yang hancur
berkecai. Cuma, sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan anak mertuanya demi
menjaga hubungan baik antara mereka juga.
“Dua hari lagi
nak ke Tanah Suci…berdoalah banyak-banyak agar semuanya kembali baik. Doakan
juga agar Asyraf selamat di benua orang.” Pujuk ummi.
“Kalaulah abah ada ramai puteri, tentu abah
takkan kecewakan Asyraf..” ayah Khazinatul Asrar masih rasa bersalah kepada
Asyraf dan keluarganya meskipun menyedari bahawa realiti itu suatu suratan.
Fikirannya mula mengimbas saat isterinya diikat peranakan kerana telah
mengalami selama enam kali keguguran selepas melahirkan Khazinatul Asrar.
“Abah, Asrar kesal dengan harga persahabatn
mereka. Murah! Perkara sebegini pun nak diperbesarkan hingga sanggup nak
bermusuhan…tiada ketulusan langsung!”
“Janganlah begini sayang, tak baik.” Mustaqhim
Al-Qordhowi menenangkan lagi isterinya. Ummi tersenyum melihat kesabaran
menantunya. Memang puterinya itu bijak memilih teman hidupnya. Khazinatul Asrar
seorang yang cukup lantang di meja pidato dan debat pada zaman remajanya,
memang padan untuk dijodohkan dengan seseorang yang boleh mengajarnya supaya
lebih tenang dalam menyuarakan sesuatu.
Dalam pada itu, terbayang-bayang pula wajah
Asyraf yang sudah pun dianggap bagaikan putera kandung sendiri.
Masih basah diingatannya, sebelum Asyraf
melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, dia mengusik mereka supaya menjaga
Khazinatul Asrar untuknya. Khazinatul Asrar yang baru sahaja memasuki dunia UKM
ketika itu cuma tersenyum tawar dengan usikan nakal Asyraf.
“Bang Asyraf ni tak habis-habis lagi nak mengusik
adik sendiri. Bilalah dia tu nak matang sikit? Mungkin bila dah ada isteri
cantik bermata biru nanti, barulah dia tak usik Asrar lagi, kan abah?!”
Khazinatul Asrar mangadu kepada abahnya tika itu. Rupanya Asyraf yang suka
berjenaka itu serius dalam gurauannya. Terbit rasa simpati ummi pada Asyraf.
Namun, apakan daya, cinta tak boleh dipaksa, Khazinatul Asrar lebih berhak
memilih teman hidupnya sendiri. Asyraf sepatutnya lebih rasional memikirkan
bahawa tidak guna terlalu memuja-muja seseorang gadis kerana mungkin dia tidak
diciptakan untuknya. Bukankah lebih baik bergantung harapan kepada Penciptanya
sendiri kerana Allah lah pemilik dan pemegang hati setiap insan. Allah lebih
Mengetahui siapakah yang terbaik untuk seseorang. Kesedaran inilah yang boleh
menjadikan setiap insan redha dengan kebijaksanaan Allah mentaqdirkan sesuatu.
“Alangkah baiknya kalau Asyraf boleh menerima
hakikat ini…” bisik hati ummi.
Lambaian Kaabah, Masjidul Haram, Masjidun Nabawi
dari Bumi Anbiya’, Mekkah dan Madinah makin terasa mengusap perasaan. Di
airport, Khazinatul Asrar



sebak meninggalkan ayah bonda tercinta. Bagaikan
itulah pertemuan terakhir antara mereka. Diciumnya berkali-kali pipi ummi dan
abah. Diminta halal segala makan minum dan tiap titis susu ummi yang
membesarkannya.
“Ummi, abah…ampunkah semua silap salah Asrar.
Redhoilah Asrar menjadi anak ummi dan abah. Tak tahu kenapa Asrar rasa berat
nak berpisah,” pilu suaranya.
“Asrar, kaulah satu-satunya saham akhirat kami di
dunia ini. Jadilah isteri yang solehah agar ummi dan abah pun mendapat rahmat
di sisi Allah,” pesan ibu Khazinatul Asrar sambil mendakap erat puteri
kesayangannya itu.
“Asrar, di sana nanti, doakan keluarga kita, Mak
Cik Nab, Pak Cik Soleh dan ummat Islam seluruhnya agar kita semua boleh
berdamai atas nama Islam yang suci..” pesan si abah pula.
“Insyallah, bah!” balas Khazinatul Asrar, sebak.
Suaminya yang pergi menjemput ayahbondanya di
Bandar Al-Muktafi Billah Syah sejak pagi tadi setelah menghantarnya berserta
abah dan ummi terlebih dahulu ke lapangan terbang, masih belum kelihatan. Hari
terus merangkak tengahari. Matahari makin tegak meninggi. Saat berpisah makin
mencemburui. Khazinatul Asrar memanfaatkah sepenuh masa yang masih berbaki itu
untuik bermanja sepuasnya dengan abah dan ummi. Walaupun sudah bergelar isteri,
namun bagi Khazinatul Asrar, kasihnya terhadap abah dan ummi tidak pernah
berbelah bahagi. Kasihnya pada abah dan ummi tetap sama sampai bila-bila.
Perkahwinannya bukanlah halangan untuk bermesra dengan abah dan ummi.
Tidak lama kemudan, muncullah kelibat Mustaqhim
Al-Qordhowi bersama ayahbondanya di saat waktu berlepas makin menghampiri.
“Selamat Berangkat! Moga Allah rahmati,” ujar
abah Khazinatul Asrar sambil berjabat tangan dengan besannya. Di saat itu,
bila-bila masa sahaja mereka akan dipanggil pergi.
“Terima kasih, doakan Allah menerima ziarah kami
anak-beranak sebagai tetamu-Nya,” balas besannya. Suasana sebak sekali lagi
menyelubungi hati dan sanubari Khazinatul Asrar. Laju air matanya membasahi
pipi tatkala bersalaman dengan ummi dan abah buat kali terakhir sebelum
bertolak pergi ke Tanah Suci. Umminya juga begitu hiba menghadapi perpisahan
itu. Entah mengapa hatinya sering berbisik-bisik bahawa selepas ini dia takkan
berpeluang lagi menatapi wajah yang amat dicintai oleh seorang ibu. Namun, dia
melawan bisikan-bisikan itu dengan zikir qolbi kerana itu mungkin
bisikan-bisikan syaitan yang selalu cuba menghalang orang yang ingin membuat kebaikan.
Dia memujuk hatinya bahawa perpisahan itu cumalah sementara dan singkat kerana
dia juga akan menyusuli mereka ke Tanah Suci bersama suaminya nanti.
Perpisahan keluarga itu diiringi dengan nur
ukhuwwah, kasih sayang dan persaudaraan yang terpancar indah menghiasi alam
itulah tuntutan Rasulullah yang semakin dilupakan. Semangat ukhuwwah dan
persaudaraan…



((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Selagi anak aku tak balik, selagi tue kita putus
saudara!” Ayah Asyraf betul-betul melampau kali ini. Ziarah ummi dan abah
Khazinatul Asrar ke rumahnya pada suatu petang di sambut dengan kata-kata
sekasar itu. Mereka pulang dengan perasaan yang sedih dan hiba. Namun, mereka
yakin semuanya akan kembali pulih. Mereka tetap akan berusaha mencari jalan
perdamaian kerana bukanlah prinsip hidup mereka bermusuhan sesam insan
bersaudara.
“Bang, betul ke bang masih ingat Do Co Mos Centre
tu?” ibu Khazinatul Asrar meminta kepastian. Dia dan suaminya telah pun membulatkan
tekad untuk mencari Asyraf di Negeri Matahari Terbit. Itulah misi yang
dirahsiakannya. Mereka yakin hanya dengan memujuk Asyraf boleh memulihkan
keretakan persahabatan keluarga mereka.
“Kalau tak silap abang, Do Co Mos Centre tui di
kawasan Hibya Line, Tokyo subway…Nama pengurusnya pun abang masih ingat, Yusuke
Katayose. Nanti, abang akan dapatkan maklumat lanjut dari Agensi pelancongan
tu,” Abah Khazinatul Asrar meyakinkan isterinya.
“Saya yakin, bang…mesti Asyraf ada kat situ!”
wajahnya sarat dengan harapan.
“Kita doakanlah…Abang pun yakin Asyraf tetap ada
misi hidup tersendiri di Jepun walaupun pergi dalam keadaan merajuk. Abang
masih ingat lagi, sejak dari sekolah menengah dulu, dia suka sangat bercerita
tentang maklumat yang dikumpulnya melalui internet mengenai pusat komputer yang
di antara tercanggih di dunia tu. Tak hairanlah dia begitu bersungguh
mempelajari bahasa Jepun ketika menuntut di UK,” imbas suaminya.
“Betul lah, bang. Asyraf pun pernah
berangan-angan nak bawa Asrar ke Do Co Mos Centre tu. Banyak kali dia beritahu
saya.” Kenangan diimbas pula oleh isterinya.
“Zahra, kita teruskan berdoa. Malam ni, Insyallah
kita solat hajat 12 rakaat sama-sama lagi, larat tak?” lembut suara lelaki yang
hampir mencecah usia separuh abad itu.
“Insyallah, bang…pada Allah jua tempat kita
mengadu untuk permudahkan urusan kita,” isterinya akur.
Beberapa minggu berlalu, gemparlah penduduk
sekitar tentang keberangkatan Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul Rahim ke Jepun
semata-mata untuk mencari dan memujuk anak sahabatnya. Sucinya hati mereka
dalam menghargai erti persahabatan.
Akhirnya tempias berita itu sampai juga ke corong
telingan Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh. Kekerasan hati mereka terlentur dengan
pengorbanan yang tak pernah terlintas di fikiran. Di manakah Asyraf perlu
dicari di dunia teknologi secanggih Jepun? Terasa diri mereka diketuk-ketuk
oleh keegoan sendiri. Malunya pada diri sendiri. Barulah mula terfikir,
Khazinatul Asrar lebih layak untuk Mustaqhim Al-Qordhowi bukan untuk Asyraf.
Jauh sekali keluhuran peribadi lelaki



itu jika nak dibandingkan dengan anak lelaki
mereka yang nakal walaupun berpelajaran tinggi. Satu-persatu sikap melampau
mereka terskrin di ruang mata sendiri.
“Oh, Tuhan…” akhirnya Mak Cik Nab dan Pak Cik
Soleh kembali juga pada Ar-Rahman.
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Bagaikan permata
di celahan kaca,
Kerdipnya sukar
tuk dibezakan,
Kepada-Mu Tuhan
ku pasrah harapan,
Moga tak
tersalah pilihan.
Nur Kasih-Mu mendamai di kalbu,
Jernih setulus tadahan doaku,
Rahmati daku dan permintaanku,
Untuk bertemu di dalam restu.
Kurniakan daku
serikandi,
Penyejuk di mata
penawar di hati,
Di dunia dialah
penyeri,
Di Syurga
menanti dia bidadari,
Kekasih sejati
teman yang berbudi,
Kasihnya bukan
keterpaksaan,
Bukan jua kerana
keduniaan,
Mekar hidup ini
disirami Nur Kasih.
Ya Allah, kurniakanlah kami isteri dan zuriat
yang soleh,
Sebagai penyejuk mata….
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian,
Penentu jodoh pertemuan,
Seandai dirinya dicipta untukku,
Rela ku menjadi miliknya.
Kurniakan daku
serikandi,
Penyejuk di mata
penawar di hati,
Di dunia dialah
penyeri,
Di Syurga menanti dia bidadari,



Kekasih sejati
teman yang berbudi,
Kasihnya bukan
keterpaksaan,
Bukan jua kerana
keduniaan,
Mekar hidup ini
disirami Nur Kasih.
Irama In-Team dari kaset yang sempat dibawanya
dari Malaysia itu menjadi penghiburnya tiapkali kesunyian.
“Ku tujukan lagu ini buatmu, Khazinatul Asrar…”
bisiknya sendiri. Sekali lagi lagu itu diputarkan memecah kesunyian kamarnya.
Keadaan dirinya agak tidak terurus. Makan dan minum tidak dihiraukan sangat,
cukuplah sedikit air mineral dan roti menjadi alas perut. Mujurlah dia masih
rasional untuk menyara hidupnya dengan bekerja di Do Co Mos Centre kerana
kelayakan akademik yang dimilikinya.
Tubuhnya dibalut dengan baju berbulu tebal. Tidak
cukup dengan itu, kain selimut pula diselimuti ke badannya. Kedinginan musim
sejuk di Jepun yang menusuk-nusuk tulang sum-sum begitu menyengat bagi orang
Malaysia seperti Asyraf. Dalam kesejukan malam salji tebal menutup alam,
tiba-tiba kedengaran suara tetamu dari luar. Suara tegas yang cukup dikenali.
Haip! Haip! Penghormatan diberi kepada Yusuku
Katayose, pengurus Do Co Mos Centre. Kehairanan menerjah fikiran dengan
kunjungan jutawan yang cukup disegani itu. Dua orang lelaki berwajah Melayu
juga turut mengiringi. Mereka seakan-akan fasih berbahasa Jepun. Setelah
beberapa minit berbincang, fahamlah Asyraf bahawa dua orang lelaki itu adalah
wakil salah satu agensi pelancongan dari Malaysia. Rupa-rupanya, kehadiran
mereka bersama satu berita yang sukar untuk dipercayai. Mak Cik Zahra dan Pak
Cik Abdul Rahim sedang berada di Bandar itu untuk mencarinya.
“Kerana aku???” hatinya sukar untuk mempercayai.
Dalam kekagetan itu, dia bertambah kaget apabila
dimaklumkan bahawa mereka sedang berada di hospital utama di Tokyo. Apatah
lagi, sepantas kilat keretanya dipecut ke sana. Tidak dipedulikan lagi
kesejukan malam di musim salji yang memamah-mamah urat sendi.
Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian dan
tafsiran yang bermain-main di fikiran, terbayang-bayang bermacam kesukaran yang
terpaksa ditempuh oleh ibu dan ayah gadis pujaannya dalam pencarian mereka.
Segala persoalan yang menerjah ke kotak fikiran hanya terjawab dengan kepiluan.
Sedih. Terharu.
“Pak Cikkkkkkkkkkk!!!” Asyraf menjerit sekuat
hati melihat seraut wajah sugul di ruang menunggu. Tidak dihiraukan lagi akan
berpuluh pasang mata yang memfokus padanya. Pak Cik Abdul Rahim terus sujud
syukur di kala itu juga. Mereka berpelukan dengan penuh kasih sayang.
“Pak
Cik sihat? Mana Mak Cik?” bagaikan ada seribu soalan lagi yang ingin diutarakan
oleh pemuda itu.



“Asyraf, Mak Cik kau ada di dalam. Masih koma…”
sayu suara itu memberikan penjelasan.
“Astaghfirullahal azhim…apa yang dah terjadi?”
kusut fikiran Asyraf.
“Insyallah, tak ada apa-apa. Cuma dia tak tahan
dengan perubahan cuaca di sini. Sama-sama kita doakan agar dia cepat sihat…”
Pak Cik Abdul Rahim sengaja ingin menyejukkan hati Asyraf, padahal dia sudah
sedia maklum bahawa penyakit buah pinggang isterinya semakin kronik.
“Pak Cik, marilah ikut saya balik dulu. Nanti,
saya akan uruskan supaya Mak Cik Zahra boleh dirawat dengan perkhidmatan doctor
peribadi di rumah saya. Mari, pak cik…” Asyraf mengangkat beg-beg besar yang
tersorat di balik sudut keretanya. Pak Cik Abdul Rahim tersenyum lemah. Sejuk
hatinya menemui pemuda yang dianggapnya bagaikan anak sendiri itu.
Pada malam itu, Asyraf membeli hidangan yang
mahal-mahal. Sepanjang berada di Jepun, inilah tetamu yang benar-benar mampu
merawat kekosongan hatinya. Tetamu yang sangat istimewa. Sambil menghadap
hidangan, dia berbual panjang dengan Pak Cik Abdul Rahim. Segala cerita
dikongsi bersama. Asyraf agak terkejut dengan pelbagai siri kebetulan melalui
kisah pencarian Pak Cik Abdul Rahim dan isterinya di Jepun. Sebenarnya, semua
itu adalah pertolongan Allah. Benarlah janji Allah, barangsiapa yang inginkan
kebaikan nescaya Allah permudahkan jalan ke arah itu. Selain itu, hanya khabar
yang baik sahaja yang disampaikan oleh Pak Cik Abdul Rahim tatkala Asyraf
bertanyakan keadaan keluarganya. Tidak sesekali diceritakan konflik yang
tercetus antara mereka. Dia juga cuba sedaya upaya mengelak daripada berbicara
tentang kebahagiaan Khazinatul Asrar bersama suaminya kerana takut menghiris
hati Asyraf.
“Asyraf, pak cik tengok rumah ni tak terurus
betul. Bila lagi nak carikan suri? Takkan tak tersangkut kat mana-mana gadis
Jepun yang Muslimah?” Pak Cik Abdul Rahim bergurau. Tujuannya supaya Asyraf
menyedari bahawa masih ramai lagi wanita di dunia ini selain Khazinatul Asrar.
Namun, tanpa disangka-sangka, wajah yang tadinya riang diarak garis-garis
kesedihan. Wajah jurutera komputer itu terus berubah mendung. Gurauan itu
mengundang kekecewaan.
“Pak Cik, saya akan menanti Khazinatul Asrar…”
luahnya jujur.
“Asyraf, terimalah kenyataan…” pujuk Pak Cik
Abdul Rahim.
“Pak Cik, saya takkan jumpa lagi gadis
sepertinya! Mana nak cari ganti?! Saya akan menaruh harapan seumur hidup…”
nadanya yakin.
“Masyaallah… Asyraf anakku, Khazinatul Asrar dah
jadi milik orang. Tak guna menaruh harapan…sia-sia!” Pak Cik Abdul Rahim cuba
mengembalikannya ke alam nyata.
“Pak cik, tiada yang mustahil dengan kuasa Allah.
Setiap malam saya berdoa agar Allah cepat-cepat menarik nyawa suaminya…kerana
itulah saya tetap menaruh harapan.” Antara sedar atau tidak, Asyraf bercakap
bagaikan hilang rasional.
“Astaghfirullahal azhim…kau doakan begitu pada
adik kau sendiri? Astaghfirullahal azhim. Berdosa mendoakan keburukan untuk
orang lain!



Asyraf…pak cik kenal anak pak cik, Asrar memang
tak suka berkawan dengan lelaki kalau tiada urusan. Tapi, dia memang boleh
berkawan dengan kau kerana dia memang dia menganggap kau bagaikan abang
kandungnya sendiri. Tak bolehkah kau menganggapnya sebagai adik kandung?
Asyraf, redhoilah adikmu dijaga oleh lelaki yang
memang dipilih Allah untuknya…” dipujuk lagi pemuda itu. Terpaksa juga
perbualan yang pada mulanya penuh mesra melencong kepada seorang gadis bernama
Khazinatul Asrar.
“Pak cik, 4 tahun saya menanti Khazinatul Asrar
di United Kingdom. Bagi saya, semua wanita tak boleh mendapat tempat di hati
saya kerana ianya milik Khazinatul Asrar. Dialah bidadari hidup saya.
Ketegasannya dalam menerima lelaki telah meruntuhkan sikap playboy saya selama
ini. Dia membuka minda saya tentang mahalnya harga seorang wanita untuk
dipermainkan. Hidup saya lebih bermakna apabila saya dikenalkannya dengan
hakikat cinta yang mesti disandarkan pada Pencipta. Adilkah Khazinatul Asrar
meninggalkan saya setelah peribadinya benar-benar menambat hati ini?” Asyraf
memuntahkan rasa kecewanya, kemudian menyambung lagi,
“Dah beberapa kali saya melamarnya melalui surat
dari UK. Saya sedaya upaya meyakinkannya bahawa saya serius. Tak bergurau!
Dia suruh saya sandarkan pada Allah dan berdoa.
Dia juga menasihatkan saya agar kurangilah menghubunginya kerana ingin menjaga
rahmat Allah dan mengelak dari fitnah hati. Yakin dengan Allah…itulah kata
azimatnya. Saya akur dan yakin bahawa selagi saya didik diri sendiri menjaga
redho Allah, selagi itulah wanita yang diredhoi-Nya dijanjikan untuk saya.
Ianya satu harapan yang cukup bermakna dari Khazinatul Asrar…Tapi akhirnya? Apa
semua ni? Saya tak boleh terima…” luah Asyraf, sebak.
“Asyraf, kau sebenarnya masih ada krisis dengan
keyakinan kepada Allah, lantas Asrar yang kau persalahkan…” pedas kata-kata
itu.
“Krisis keyakinan? Mustahil! Allah adalah
segala-galanya dalam hidup saya…” Asyraf membela diri.
“Bercakap memang senang… beginikah sikap seorang
hamba yang mengaku Allah adalah segala-galanya? Ciptaan Allah lebih dipuja
daripada Pencipta-Nya sendiri. Khaziantul Asrar tu sesuatu yang tidak pasti,
manusia biasa yang akan pergi. Apabila Allah menariknya dari kamu, kau harus
yakin dengan Allah. Allah lebih bijaksana dengan perancangan-Nya. Manusia hanya
mampu merancang, Allah Yang Maha Adil lah yang menentukan.. setiap taqdir Allah
ada hikmahnya. Allah tak sesekali sesuka hati menganiaya hamba-Nya. Dia Maha
Pengasih. Kamu seharusnya mentarbiyyah diri kerana cinta Allah bukannya kerana
harapkan cinta Khazinatul Asrar.
Asyraf, yakinlah…kalau kau benar-benar ikhlas dan
yakin dengan Allah, pasti Allah akan menggantikan cinta manusia yang boleh
dekatkan kamu pada-Nya. Gadis yang terbaik untuk kamu. Pak cik faham, mungkin
kau rasa Khazinatul Asrar adalah gadis terbaik yang pernah kau kenali tapi tak
semestinya dia adalah gadis yang terbaik untuk kamu. Allah lebih bijak untuk
memilih seorang gadis terbaik untuk kamu dan Asrar hanya terbaik untuk
suaminya. Aturan Allah juga yang terbaik….Bukankah itu azimat Khazinatul
Asrar?! Terimalah ketentuan-Nya!”



Asyraf terdiam seketika tatkala ditazkirah dengan
panjang lebar. Matanya berkaca. Sarat dengan air mata. Air mata seorang lelaki.
“Asyraf, setiap malam Asrar beristikhoroh untuk
memilih teman hidup. Ramai lelaki yang cuba memenangi hatinya. Dia yakin Allah
lah yang akan membuat keputusan untuknya melalui penyerahannya yang
bersungguh-sungguh pada Allah. Dia redho dengan sesiapa sahaja yang ditunjukkan
Allah buatnya. Hatinya diserahkan bulat-bulat pada Allah sebelum sedia menerima
cinta lelaki. Akhirnya, nama Mustaqhim Al-Qordhowi yang sering terbisik-bisik
di pendengarannya. Dia redho dengan istikhoroh yang dibuatnya kerana itulah
kehendak dan petunjuk Allah,” tambah Pak Cik Abdul Rahim pula.
“Pak cik, dia memang sekuntum mawar berduri yang
dipelihara Allah. Cintanya disandarkan pada Allah…tak hairanlah Allah turut
membalas cintanya dengan lelaki yang turut dicintai-Nya. pak cik, maafkan
saya…” akhirnya pemuda itu tunduk jua. Dai akur pada realiti.
“Pak cik, tentu Mustaqhim Al-Qordhowi hebat, kan?
Kalau tak, masakan dia mampu memenangi hati Khazinatul Asrar..” luah Asyraf.
“Asyraf, ramai kawan-kawannya bertanyakan soalan
yang sama ketika majlis perkahwinannya dulu. Tahu apa jawapannya?” ayah
Khazinatul Asrar membuka cerita. Tiada ketegangan lagi antara mereka.
“Put your trust in Allah! Itu saja jawapannya…”
kata Pak Cik Abdul Rahim.
“Yakin dengan Allah…itu pula kata-kata azimat
Khazinatul Asrar, kan pak cik?!” Asyraf menyampuk.
“Sebenarnya, sejak awal memasuki awal kampus lagi
mereka dah mula saling mengenali kerana perjuangan yang sama. Sejak itu juga
mereka saling menghormati dan mengagumi antara satu sama lain. Tapi, Mustaqhim
Al-Qordrowi tidak terburu-buru untuk memenangi hati Khazinatul Asrar. Akalnya
mengatasi nafsu kerana kesedaran bahawa selagi belum bersedia berumah tangga,
selagi itulah langkah untuk mencintai wanita adalah sia-sia. Penuh kelalaian
dan warna-warni syaitan. Dia amat menyukai Asrar sejak awal perkenalan lagi,
tapi dia sedar Allah lebih mengetahui adakah Asrar diciptakan untuknya atau
tidak. Dia tak mahu mencintai wanita yang bukan diciptakan untuknya. Oleh itu,
dia bermujahadah melawan kemahuannya yang meronta-ronta untuk meluahkan sesuatu
pada Asrar. Tempoh masa sebelum bergelar ‘orang yang bersedia’ adalah sekejap
cuma. Kadangkala, dia tercabar dan bimbang apabila nama Asrar menjadi siulan.
Hinggalah perasaannya terdesak untuk meluahkan jua. Namun, hanya di tahun
akhir, dia memberanikan diri menghantar risalah-risalah yang mendidik ruhiyyah,
tauhid, fikrah dan harakah. Itulah tanda cintanya. Mereka juga bercinta
sebenarnya tapi dihijab oleh hijab yang tebal kerana kerana takut rumahtangga
yang dibina atas landasan kemurkaan Allah. Lihatlah keadilah Allah untuk cinta
setulus ini. Mereka mengecapi cinta yang diredhoi selepas kahwin. Mereka menang
dalam mujahadah. Dalam menyukai seseorang, ingatlah segala perbuatan yang
melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah, selagi belum berkahwin,



ianya adalah haram. Tapi, yang haram itu sekejap
cuma. Lepas kahwin, halallah… sebab itu kena sabar dan kuat.” Panjang sekali
Pak Cik Abdul Rahim bercerita.
“Wah, arifnya pak cik tentang cinta! Mana pak cik
dapat cerita Mustaqhim dan Asrar ni?!” Asyraf beransur ceria.
“Eh, Khazinatul Asrar tu kan satu-satunya puteri
pak cik! Dah tentu setiap inci hidupnya pak cik ambil tahu. Lagipun, Mustaqhim
memang tak berahsia dengan kami….” Balas Pak Cik Abdul Rahim.
“Pak cik boleh jadi contoh ayah dan mertua
mithali,” Asyraf mengusik ayah Khazinatul Asrar. Wajahnya berubah ceria.
Sifatnya yang suka mengusik kembali menghiasi. Hatinya lembut.
Kedua-duanya tidur jauh di lewat malam. Keletihan
mengulit lena Pak Cik Abdul Rahim. Namun, suara rintihan seorang lelaki sedikit
mengganggu tidurnya. Dalam kesamaran dia sempat juga menangkap seungkap doa
Asyraf yang sedang sujud bertahajjud di sebelah katilnya.
“Ya Allah, Engkau telah takdirkan, dia bukan
milikku… bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku…dan
peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh dari hidupku..”
((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Pak Cik, Mak Cik macam mana?” Asyraf bersuara
lembut sebaik sahaja wanita berwajah lembut itu perlahan-lahan membuka mata.
Badannya masih lemah terbaring di katil hospital.
“Asyraf? Asyraf ke ni? Mak Cik bermimpi?” Mak Cik
Zahra minta kepastian sambil tangannya digosok-gosok ke mata.
“Ini Asyraf mak cik. Mak cik tak bermimpi!”
Asyraf mengukir senyuman.
“Oh, Asyraf! Mak cik rindukan kamu….kamu sihat?”
ceria wajah penyayang itu.
“Alhamdulillah, saya sihat. Saya minta maaf sebab
menyusahkan keluarga mak cik. Ampunkan saya!” Asyraf memang cukup kesal.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Asyraf,
pulanglah ke Malaysia. Tak baik membiarkan mak dan ayah kamu rindu. Kasihan
mereka,” seakan suatu rayuan. Asyraf tertunduk.
“Maafkan saya, mak cik. Biarlah saya fikirkan
dulu. Namun, saya tahu Malaysia tetap negara saya. Keluarga saya di sana….”
Asyraf bersuara perlahan.
“Ramai orang yang sedang menunggu kamu
pulang…pulanglah!” Mak Cik Zahra merayu lagi.
“Err…bila mak cik dan pak cik nak balik ke
Malaysia?” Asyraf bertanya.
“Tak pasti lagi, Asyraf. Lepas ni, kami nak buat
umrah di Mekkah. Mak cik tak nak lama di Jepun, Mak cik tak tahan dengan musim
salji…” terang mak cik Zahra.
“Tapi…tahan ke mak cik dengan suhu panas di
Mekkah nanti?” Asyraf mengingatkan.



“Panas Mekkah penuh baraqoh! Mak Cik tak kisah…
mati di sana pun, tak mengapa. Lagi baik…” tenang wajah mak cik Zahra.
“Eh, mana pak cik kau?” wajah suami tersayang
berlegar-legar di fikiran.
“Pak cik ada berehat di rumah saya. Saya datang
ni pun sebab nak jemput mak cik. Insyallah, saya akan dapatkan rawatan peribadi
untuk mak cik nanti.”
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Bang, tak sabar rasanya nak sampaikan berita nie
pada ummi dan abah, tentu mereka bersujud syukur. Asrar dah dapat imagine, cerianya
wajah-wajah ummi dan abah nanti…” Khazinatul Asrar mengomel manja di sisi
suaminya. Mereka dalam perjalanan pulang dari Tanah Suci Mekkah.
“Banyakkan bersyukur…paktikan Asrar cukup halus
menjaga maksiat hati agar si comel kita dipelihara Allah dari karat mazmumah.
Dampingi Al-Quran selalu agar itulah yang menjadi hujjah hidupnya nanti. Sejak
di alam rahim, kenalkanlah dia pada ibadah hati dan fizikal, agar dia rasa
lazat bersama Penciptanya. Mudah-mudahan lahirlah dia sebagai zuriat yang
soleh. Rasulullah cukup berbangga tiap kali umatnya lahir, moga-moga bakal
mewarisi perjuangan Baginda,” pesan seorang nakhoda bahtera rumahtangga.
Sebelum berangkat pulang, ayahbonda Mustaqhim
Al-Qordhowi beberapa kali sujud di Baitul Haram. Cucu dari anak lelaki bungsunya
itu cukup dinanti-nantikan. Mereka terharu kerana menerima berita Khazinatul
Asrar mengandung selama sebulan di bumi barokah tersebut. Khazinatul Asrar
termuntah-muntah dalam tudungnya tatkala bertahajjud di Masjidil Haram.
Badannya lemah longlai, tak bermaya. Mulanya, ingatkan dia cuma demam,
rupa-rupanya doktor mengesahkan bahawa dia alahan kerana mengandung.
Di lapangan terbang, kepulangan mereka disambut
oleh puluhan sanak saudara. Khazinatul Asrar gembira kerana Mak Cik Nab dan Pak
Cik Soleh pun turut serta. Maha luasnya rahmat-Mu, Ya Allah!
“Mana ummi dan abah?” bisik hatinya sambil
meninjau-ninjau dua wajah tercinta itu dari celahan manusia. Ibu Mustaqhim
Al-Qordhowi pula begitu exited mengumumkan berita gembira tentang menantunya.
Khazinatul Asrar tersenyum manis sambil menggenggam erat jari jemariibu
mentuanya. Suasana bertambah meriah dengan berita itu. Mak cik Nab menghampiri
Khazinatul Asrar sambil memohon maaf. Dipeluknya gadis itu. Pak Cik Soleh pula
tersenyum malu pada Mustaqhim Al-qordhrowi. Mustaqhim Al-qordhrowi terlebih
dahulu menghulurkan tangan, bersalaman dengan Pak Cik Soleh. Awan mendung
berarak sudah, terjalin kembali ukhuwwahfillah, yang takkan lagi musnah, walau
ombak badai datang mendesah, tautan erat tak mungkin patah.
“Ummi dan abah tak datang?” soalan yang sudah
sedia diduga oleh semua sanak saudara yang mengerumuni mereka. Seorangpun tidak
tampil memberikan



jawapan. Malah ada yang mula berlawak jenaka agar
soalan itu berlalu tanpa jawapan. Mak Cik Nab cepat-cepat mengajak pulang. Enam
buah kereta siap menanti.
“Mungkin ummi dan abah menanti di rumah!” pujuk
hati kecil Khazinatul Asrar. Hatinya begitu melaonjak untuk mengucup tangan dan
pipi keduanya bersama sebuah berita gembira.
“Mustaqhim, Asrar…apa kata kalau ke rumah kakak,
boleh?!” ajak Kak Mukminah, kakak sulung Mustaqhim Al-qordhrowi yang dah pun
mempunyai lima orang anak. Pintu keretanya dibuka untuk mempersilakan adiknya
masuk bersama isteri. Ayahbonda Mustaqhim Al-qordhrowi sudah pun masuk ke
kereta Kak Muslimah, anak kedua mereka yang sudah 3 tahun berumah tangga dengan
seorang warga Pakistan. Muslimah tinggal sementara bersama ayahbondanya di
Bandar Al-Muktafi Billah Syah sementara menanti suaminya yang menguruskan
urusan perpindahan di Pakistan.
“Eh, Mak Cik Nab dah masak sedap-sedap. Balik
rumah kami sajalah..” pelawanya bersungguh-sungguh.
“Terima-kasihlah semua. Asrar rasa nak balik
rumah Asrar dulu… boleh kan, bang? Kasihan ummi dan abah yang dah lama menanti
di rumah,” pelawaan itu ditolak baik. Mereka terdiam lagi.
Akhirnya, Pak Cik Soleh dan Mak Cik Nab
menghantar mereka pulang ke rumahnya yang sepi tak bertuan. Khazinatul Asrar
dan suaminya tertanya-tanya melihat rumahnya rapat berkunci. Akhirnya, Mak Cik
Nab berani membuka mulut, menceritakan apa yang telah berlaku. Nadanya sebak
dan rasa bersalah.
“Apa? Ummi dan abah ke Jepun? Semata-mata mencari
Abang Asyraf?! Ya Allah, lindungilah mereka…” Khazinatul Asrar cuba mengawal
perasaan. Kolam matanya tidak mampu lagi menyeka banjir air mata.
“Bila ummi dan abah akan pulang, mak cik?”
soalnya kesayuan.
“Sayang…kita masuklah dulu. Kasihan pak cik dan
mak cik berdiri di luar begini. Abang ada kunci spare ni,” pujuk seorang suami.
Khazinatul Asrar akur. Dioraknya langkah lemah.
Di ruang tamu, ada sekeping manila card menyambut
kepulangan mereka di atas meja tamu. Tulisan abah tertera di situ…

“ASSALAMUALAIKUM.
SELAMAT PULANG PENYERI KELUARGA!
MAAFKAN ABAH DAN
UMMI KERANA KAMI RASA MUNGKIN KAMI TAK SEMPAT MENYAMBUT ANAKANDA BERDUA DARI
TANAH SUCI. MUSAFIR KAMI ADALAH MUSAFIR YANG MUNGKIN PANJANG. DOAKAN AGAR ALLAH
MEREDHOI ABAH DAN UMMI DAN DOAKAN AGAR KAMI BERJAYA MENCARI ASYRAF DEMI
MENJALINKAN KEMBALI SEBUAH PERSAUDARAAN…KERANA ALLAH!”
LOVE,
ABAH DAN UMMI.



__________________________________________________________________________________________________________________
Bertambah sayu sekeping hati seorang anak. Mak
Cik Nab dan Pak Cik soleh juga turut sebak menahan pilu. Mereka benar-benar
rasa bersalah dan berdosa terhadap keluarga itu. Lantaran itu, berulang-ulang
kali mereka memohon maaf, sementara Khazinatul Asrar dan suami berulang kali
juga melarang mereka agar tidak memohon maaf lagi. Tiada maaf yang perlu
diberikan kerana mereka tak pernah menyimpan dendam. Persaudaraan dan berkasih
sayang adalah prinsip keluarganya.
“Abah, ummi…Asrar akan menanti kepulangan abah
dan ummi! Begitu juga kandungan Asrar ini. Abah…ummi… Asrar terlalu rindukan
abah dan ummi, pulanglah…” monolog Asrar sendiri.
“Mungkin Allah atur ujian ini untuk mengajarku
lebih berdikari sebagai seorang isteri tanpa abah dan ummi. Allah Maha
Perancang, aku redho…” pujuk hati Khazinatul Asrar, berbaik sangka dengan
Allah.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
“Mummy, kalau boleh Hijriah nak jemput sendiri
Khazinatul Asrar ke majlis perkahwinan Hijriah nanti. Boleh tak mummy temankan
Hijriah ke sana hujung minggu ni…ala, bolehlah Mummy!!” Hijriah cuba memujuk
ibunya.
“Kawan Hijriah, Humaira’ tu pun nak ikut sekali.
Kami dah rindu sangat kat Khazinatul Asrar,” terus memujuk.
“Nanti Mummy check balik diari Mummy, rasa macam
ada appointment dengan client Mummy this weekend…” begitulah gaya wanita
berkerjaya.
“Never mind.. Daddy boleh bawakan,” pelawa dady
Hijriah tanpa dipinta.
“Betul ke ni, Daddy? Eh, macam tak caye!” Hijriah
melonjak keriangan. Daddynya betul-betul berubah sikap sejak dirinya bakal
diambil orang. Masakan tidak, lelaki separuh abad bergelar Dato’ itu sebenarnya
cukup bimbang kalau-kalau anak tunggalnya itu di bawa ke Libya. Sepilah banglo
itu nanti, tiada erti lagi segala kemewahan.
“Tentu Asrar terkejut kalau datang dengan
surprise…” Hijriah tersenyum nakal sambil bercakap dengan diri sendiri. Terus
sahaja dicapai ganggang telefon untuk menyampaikan plan itu pada Humaira’.
“Assalamualaikum…Assalamualaikum…”
Suatu suara garau bergema di muka pintu pagar Mak
Cik Nab.
“Alif, Aina, Alim, Kak Ngah…pergilah tengok siapa
yang datang tu. Mak tengah masak ni,” laung Mak Cik Nab dari ceruk dapur.



“Alif tengah sibuk ni…abang Alim tu relex-relex
je!” suara Alif pula melaung kuat sambil sibuk bermain game.
“Apa pulak…Alim tengah makan ni!” si alim pula
memberi alasan sambil makanan ringan Mamee Monster itu dirangupnya satu
persatu.
“Ha…ha…jangan nak suruh Aina pulak. Aina tengah
temankan si Tompok ni. Dia takut main sorang-sorang nanti bapaknya gigit,”
cepat-cepay Aina memberi alasan sambil dipusing-pusingnya tali benang supaya
ditangkap oleh anak kucing kesayangannya.
“Mak, Kak Ngah tengah tidur ni…adik-adik tu
pemalas, cubit jea!” gadis remajanya pula yang mencecah Tingkatan Tiga memekik
dari dalam bilik.
Serentak dengan itu sebuah kereta meluncur ke
perkarangan pintu pagar. Hon dibunyikan berkali-kali.
“Eh, tu kereta ayah!” spontan sahaja Alif, Aina,
Alim dan Kak Ngah meluru keluar. Takut dimarahi nanti. Kelihatan di luar pagar
sana, ayah sedang berpelukan dengan seseorang. Berkeriuk dahi mereka melihat
telatah ayah.
“Eh, abang Long!!!!” jerit Alim tiba-tiba.
Semuanya riuh rendah menjerit memanggil-manggil
nama abang mereka. Mak Cik Nab sangat terkejut, lantas meninggal sahaja ayam
goreng yang masih tercelup dalam minyak panas di atas dapur, tergesa-gesa dia
meluru ke luar.
“Ya Allah, Asyraf??!!” Mak Cik Nab seakan tidak
percaya.
“Mak, Asyraf mintak maaf! Ampun kan Asyraf…”
tangan ibunya dikucup mesra.
“Syukurlah kau dah balik, Asyraf. Mak Cik Zahra
dan Pak Cik Abdul Rahim kau tentu balik sekali, kan?!” nada Mak Cik Nab berbaur
harapan.
“Tak, mak! Mereka terus berangkat ke Tanah Suci…”
jelas Asyraf. Badannya yang letih direbahkan ke sofa empuk.
“Iya?! Oh..kasihan Asrar terlalu merindukan
mereka!” kesal Mak Cik Nab.
“Ini semua salah ayah…” Sesalan demi sesalan
masih menghantui Pak Cik Soleh.
“Tak, ayah! Sayalah puncanya!” Asyraf membela
ayahnya. Pak Cik Soleh tetap menyesali perbuatannya terhadap keluarga itu
sambil menceritakan segalanya kepada Asyraf. Asyraf terkedu seketika.
“Mulianya hati Mak Cik Zahra dan Pak Cik Abdul
Rahim. Mereka tak pernah menceritakan apa-apa keburukan tentang mak dan ayah
sepanjang di sana.
Khabar baik-baik sahaja mereka sampaikan,” luah
asyraf. Mak Cik Nab dan Pak Cik Soleh tertunduk malu. kesal.
“Eh, bau apa ni?” ayah Asyraf tiba-tiba menyedari
suatu bau yang menusuk hidung. Hangit.
“Err…jangan suruh Kak Ngah. Kak Ngah nak tolong
angkat beg abang Long ni,” gadis belasan tahun itu cepat-cepat berlalu sambil
mengangkat beg berat abangnya.
“Kau tengoklah adik-adik kau, Asyraf,” ibunya
berleter sambil bergegas ke dapur. Asyraf memandang adik-adiknya yang comel.
“Ooo…abang Long tak de, semua nakal yea!” mulalah
adik-adiknya bising membela diri. Asyraf menggeleng-gelengkan kepala.



“Ayah, esok saya nak ziarah Asrar dan suaminya.
Saya sedar kini, dia bagaikan adik kandung saya sendiri. Saya rasa bersalah
pada Mustaqhim,” kata Asyraf.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Sebuah kereta Mercedez Benz mewah berwarna silver
metallic diparking di perkarangan rumah Khazinatul Asrar.
“Mungkin dia ada tetamu,” bisik hati kecil
Asyraf. Setelah difikir beberapa kali, dia meneruskan juga niatnya untuk
menziarahi Khazinatul Asrar sekeluarga. Apatah lagi, adiknya itu sudah tentu
terlalu ingin mengetahui khabar abah dan umminya.
Seperti kedatangan Hijriah, kedatangan Asyraf
sangat memeranjatkan Khazinatul Asrar dan suaminya. Semuanya datang dengan
tiba-tiba. Berdegup kencang jantung Khazinatul Asrar untuk mendengar berita
abah dan umminya yang tidak pulang bersama Asyraf dari Jepun. Namun, sebagai
adab melayan tetamu, dia mempersilakan dulu Asyraf duduk. Tidak terburu-buru
untuk bertanya. Kemudian, diperkenalkan Asyraf kepada daddy Hijriah, Hijriah
dan juga Humaira’.
“Asrar, abang minta maaf atas semua yang
berlaku,” Asyraf sudah tidak mampu lagi menahan rasa bersalah walaupun di depan
tetamu lain.
“Tidak, abang Asyraf! Bukan silap abang. Semuanya
kehendak Allah. Bagaimana ummi dan abah, mereka sihat?” Tanya Khazinatul Asrar
bersopan.
“Alhamdulillah….Cuma, Mak Cik Zahra yang kurang
tahan dengan perubahan cuaca. Apatah lagi di musim salji. Tapi, sekarang mereka
tak berada lagi di Jepun, mereka dah pun ke Tanah Suci Mekkah.” Jelas Asyraf.
Khazinatul Asrar tenang mendengarnya.
“Sama-samalah kita doakan mereka…” Mustaqhim
Al-Qordhrowi menambah.
Asyraf pantas merenung wajah yang bercahaya
dengan nur keimanan di sisi Khazinatul Asrar.
“Mustaqhim…saya pun ingin minta maaf dari kamu
kerana banyak menyusahkan. Insyallah, saya datang kali ni sebagai abang kandung
Asrar. Kita
kan
tetap bersaudara…” tutur katanya sarat dengan keikhlasan. Semuanya tersenyum.
“Nanti, jemputlah sekali ke rumah!” daddy Hijriah
yang berpangkat Dato’ itu menghulurkan kad perkahwinan anaknya kepada Asyraf.
Asyraf ceria mencapai kad itu dan menatapnya seketika. Kemudian, pandangannya
beralih pada dua orang gadis di sebelah lelaki yang agak berusia itu.
Kedua-duanya manis berbusana Muslimah. Dijelingnya pula jari-jemari mereka.
Salah seorangnya memakai cincin berlian di jari manis. Itulah Hijriah seperti
yang diperkenalkan sebelumnya. Degupan jantungnya tiba-tiba berdeguk agak
kencang tatkala menyedari gadis di sebelah Hijriah itu tiada sebentuk cincin
pun menghiasi jari sebagai tanda diri yang belum berpunya. Namun, Asyraf tidak
berani mengangkat pandangannya terlalu lama. Bimbang kalau-kalau menimbulkan
maksiat pada hati. Apatah lagi, tabir aurat yang menghijab diri menimbulkan
rasa hormat buat mana-mana lelaki. Salah satu ciri-ciri mawar berduri.



Pertemuan yang tidak dirancang itu semuanya telah
menjadi perancangan Ar-Rahman. Dia Maha Berkuasa mentaqdirkan apa sahaja. Yang
pasti, Dia Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.
“Mungkin, dia seindah Aisyah Al-Humaira’
untukku…” bisik hati kecil Asyraf.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((())))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Rahmat Allah yang melimpah-limpah begitu terasa.
Pak Cik Abdul Rahim bersyukur kerana kali ini, di tengah-tengah lautan manusia
dia berpeluang mencium Hajaratul Aswad. Dingin pagi yang menanti kehadiran
fajar as-siddiq, mencengkam ke tangkai naluri. Langit gelap yang tak berawan
menambahkan lagi kedinginan subuh. Meskipun begitu, jutaan manusia yang
bergelar hamba tidak tergoda dengan lena, masing-masing lunak dalam esak tangis
mendambakan keampunan Pencipta. Terasa hangat bahang keagungan Allah, pemilik
kerajaan alam semesta.
Dalam kelazatan rintihan dengan nikmat
ketenangan, tiba-tiba bauan harum semerbak daripada kuntuman-kuntuman mawar
menyelinap masuk ke rongga hidungnya. Mata yang sejak tadi terpejam khusyuk,
dibuka perlahan-lahan. Jemaah umrah di kiri dan kanannya tidak menunjukkan
respond apa-apa. Terus khusyuk menghadap Khaliqnya. Bagaikan dia seorang sahaja
yang tercium haruman wardah itu. Bauan itu sepintas lalu dibawa angin dingin.
Perlahan-lahan pandangannya beralih pula ke kaabah yang tersergam megah dan indah.
Gemersik dedaunan Raihan dengan irama mengasyikkan…bermain-main di
pendengarannya. Tiba-tiba, kelihatan di dada Kaabah terskrin secara samar-samar
wajah seorang wanita yang cukup dikenali, cukup disayangi. Wajah itu indah
bermandikan seri, penuh perhiasan yang melengkapi, bagaikan bidadari dari Taman
Firdausi. Itulah wajah isteri tercinta, ibu yang telah melahirkan Khazinatul
Asrar untuknya. Manis wajah itu mengukir senyuman. Semakin lama, semakin
menghilang lalu luput dari pandangan. Segalanya berlalu pantas.
Lama Pak Cik Addul Rahim terpukau dengan
peristiwa ajaib yang dilaluinya di awal Subuh di Tanah Suci…sehinggalah azan
Subuh mendayu-dayu kedengaran dari menara-menara yang terbina kukuh di
sudut-sudut Masjidil Haram. Selepas mendirikan solat Subuh berjemaah bersama
jutaan Ummat Islam, dia bergegas ke hotel penginapan untuk menyampaikan berita
menakjubkan itu kepada isterinya.
“Zahra, wajahmu dimuliakan Allah, terskrin di
dada kaabah!” lonjak hatinya.
Setibanya di hotel, sarapan untuk jemaah umrah sudah
sedia menanti, namun isterinya masih belum pulang dari Masjidil Haram. Sabar
lelaki itu menanti.
“Mungkin dia solat sunat Syuruk seterusnya
menunggu Dhuha,” fikirnya.
Lama waktu penantiannya….berjam-jam. Diisi dengan
tasbih dan zikir. Jantungnya asyik berdebar-debar. Entah mengapa…
Tak lama kemudian, muncul kelibat seseorang.
Pengurus jemaah umrah
Malaysia
rupanya. Lelaki itu berjalan ke arahnya.



“Encik ni, Abdul Rahim bin Abdullah?” Tanya
pengurus itu.
“Ya, saya!” jawab Pak Cik Abdul Rahim tersenyum
mesra.
“Err, suami kepada Puan Zahra binti Muhammad?”
tanyanya lagi.
“Ya, ya…” balasnya, makin tersimpul senyuman.
Rupa-rupanya, kehadirannya bersama satu berita.
Seorang jemaah umrah
Malaysia
telah dipanggil menghadap Allah buat selama-lamanya. Nyawanya diangkat di
Masjidil Haram.
“Zahra meninggal dunia???” satu hakikat yang
sukar ditelan.
Perginya takkan kembali lagi, meninggalkan semua
yang menjadi kesayangan, membakar tiap kerinduan dan kasih sayang.
“Allahyarhamah mati dalam keadaan memangku
al-Quran setelah solat Tahajjud,” jelas pengurus itu lagi. Dada Pak Cik Abdul
Rahim berombak kencang. Dia
cuba
mengumpul ketabahan dan kekuatan.
“Innalillahi wainna ialihi rojiu’n…” manik-manik
jernih gugur membasahi pipinya satu persatu. Kolam matanya tewas menentang arus
kesedihan.
“Beratnya ujian ini…Oh, Tuhan!!!” dadanya sedih
menahan sebak.
“Zahra, kau pinjaman Allah! Abang redho dengan
kuasa Allah menarik balik pinjaman-Nya. sedangkan Rasulullah juga berpisah
dengan Khadijah tercinta…Al-Fatihah,” bisik hatinya penuh sayu dan hiba.
Pipinya banjir dibasahi air mata.
Jenazah ibu Khazinatul Asrar selamat disemadikan
di Bumi Barakoh, Mekkah Al-Mukarromah. Beruntunglah dia kerana disembahyangkan
oleh lautan para jemaah umrah. Tenang wajah Allahyarhamah di saat kematian.
“Ya Allah, golongkan dia bersama golongan yang
Kau redhoi kerana dia isteri yang solehah. Jadikan dia sebagai bidadariku andai
aku layak untuk syurga-Mu..amin ya Rabbal A’lamin,”. Doa kudus seorang suami
mengakhiri tawaf wida’ sebelum berangkat dari Tanah Suci.
Hatinya berbisik lagi, “Khazinatulo Asrar
puteriku, maafkan abah kerana pulang tanpa ummi bersama. Semoga kau akan tabah
menerima suratan ini nanti. Abah dapat rasakan, betapa pilunya hatimu duhai
puteriku kerana tak dapat lagi melihat ummi untuk selamanya. Ummi milik Allah,
anakku…Allah lebih menyayanginya. Abah terpaksa tinggalkan jenazah ummi di Bumi
Barakoh ini, namun sifat penyayang ummi tetap abah bawa pulang bersama. Moga,
kaulah nanti yang mewarisi keindahan ummimu sabagai hiasan duniawi seorang
suami, seindah mawar berduri……..”
Dan air mata lelakinya tumpah lagi.
DEMIKIANLAH, SEINDAH MAWAR BERDURI…..
Ku
damba kasih Ilahi…



FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN

No comments:

Post a Comment