Monday, March 14, 2011

Radiasi Nuklear dari Jepun Bakal Menghampiri Filipina?



Bagi sesiapa yang belum tahu,loji kuasa di Fukushima, Jepun telah meletup 2 kali selepas berlakunya gempa bumi di timur laut jepun... Beikutan dengan tu, heboh di Filipina dengan mesej berjaga2 supaya jangan keluar rumah, tutup pintu dan tingkap kerana radiasi dari loji itu bakal sampai ke Flipina hari ni.

Betul ke? Kalau betul seram gak, tak pasl2 sampai Malaysia ke...

Antara mesej2 yg ade berbunyi seperti ini:

"Pls pass (PERINGATAN: 4:30pm, berikutan listrik tenaga nuklear meletup di Fukumi. Jangan keluar jika hujan hari ini dan esok. Jika anda keluar, pakai jaket hujan atau menggunakan payung kerana jika anda terkena hujan kemungkinan kulit anda akan terbakar, anda akan mengalami kebotakan atau akan mendapat kanser, sila forward"

"Jepun telah kenalpasti kebocoran radiasi di loji Fukushima. negara-negara Asia harus mengambil tindakan keselamatan yang diperlukan. Duduk di rumah 24 jam pertama. Tutup pintu n tingkap. Sapu leher dan kulit dengan betadine di mana kawasan tiroid, tempat pertamabakal terkena radiasi. Ambil tindakan pencegahan tambahan, radiasi mungkin akan sampai filipina 4 ptg ini. Forwardkan pada org yg tersayang"

Serius seram...

Namun bersumberkan SINI, Filipina Nuklear Research Institute (PNRI) dan Atmosfera Filipina, Geofisika dan Astronomi Perkhidmatan Pentadbiran (PAGASA), berusaha untuk menghilangkan ketakutan masyarakat berikutan amaran dari awan radioaktif dan hujan asid disirkulasikan melalui mesej teks.

PNRI mengatakan mereka telah melakukan ujian hawa sejak letupan pertama di loji kuasa Fukushima pada hari Sabtu, sehari selepas gempa mematikan dan tsunami melanda Jepun.

"Berdasarkan pemantauan (kami), belum ada peningkatan kadar keradioaktifan sejak saat acara Fukushima," kata mereka.

Beberapa pakar juga telah mengkonfirmkan, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana beberapa sebab iaitu:

1) kawasan letupan terlalu jauh dan tidak mungkin mempengaruhi hujan di filipina (INQUIRER.net)

2) pola angin di jepun menunjukkan fiipina tidak mungkin akan terkena kesan radioaktif dari fukushima (Menteri Kesihatan Filipina)

3) Aamaran tentang hujan yang disebarkan pula ialah kesan hujan asid, manakala bahan radioaktif ialah bahan logam dan tdak bertindak balas dengan air seperti asap2 kilang (Menteri Kesihatan Filipina)

No comments:

Post a Comment